Nuffnang

Followers

Friday, November 12, 2010

Aku rasa EMAIL aku kena HACK!

Aku tak pasti betul ke tidak. Tapi dah banyak kali aku dengar komplen dari kawan, famili dan pelanggan yang kata dorang dah kirimkan kat aku email, tapi bila aku buka email box xde apa pun. Yang masuk pun email spam yang menyibuk sana sini. Email tak penting boleh pulak menyibuk dalam inbox tu tau. Tapi aku dapat kesan satu la. Kalau email masuk ke dalam spam box memang xde can aku nak bukak dah sebab email-email tu hilang gitu je.

Pernah gak beberapa kali bila aku nak buka email. Key in username key in password pastu dia macam hang. Kena tunggu beberapa ketika barulah boleh buka. Itu pun aku tengok xde apa-apa. Kenapa yeh? Korang pun pernah jadi gini ke? Ke memang email aku je yang bermasalah sebenarnya?

Benganglah jugakkan. Nak-nak kalau email masuk tu pasal info penting. Buatnya aku tak terima dah keciciran maklumat aku.

Kalau tak dapat kiriman email balas dari aku, jemputlah titipkan mesej dalam blog atau facebook aku yeh. Tak koser dah aku nak memikir benda-benda merungsingkan camni dalam keadaan bergelut dengan banyak tugasan ni haih...

2 comments:

Salina@IbuAqil said...

uishhh bahaya wan.. email2 akak aritu wan smpt baca kn.. kalo ada email yg x sampai 2 kira bahaya wan.. ermmm cmana leh dpa hack akaun kte erkkk.. ermmm musykil..

Mama Zharfan said...

better tukar pw cepat2..guna pw yg strong sikit :)