Nuffnang

Friday, December 10, 2010

Clinelle hadiah dari kawan :)

Aku sebenarnya ada empat khabar gembira berkenaan hadiah. Tapi hari ni kerana hanya confirm tiga hadiah yang dah sampai kat tangan. Itu sajalah aku update dulu. Baki hadiah tu tunggulah bila hadiah dah selamat sampai ke tangan.


Hadiah produk Clinelle ni (jenuh aku dengan kawan aku dok praktis sebut-sebut tadi hahaha) aku terima dari kenalan yang baru sangat dikenali. Kawan forum. Dek kerana beliau berada luar Kuala Lumpur, susah beliau nak redeem hadiah ni tanpa pertolongan kawan-kawan. Nak jadi rezeki, ketika KayRel (bukan nama sebenar :) tawarkan hadiah ni pada geng-geng forummer lain, aku pulak sedang online. Maka berdezup aku pm kotak mesej beliau. Bak kata KayRel "Wansteddy... Fast like lightning" hahaha...

Rasa terhutang budi pulak dapat hadiah free macam ni. Mula-mula aku sangka hadiah kecil-kecilan saja. Tapi ketika redeem... Nah! Sekali set penjagaan muka yang besar-besar rupanya! Sangat terharu okey... Bersyukur berkenalan dengan kawan macam ni. Langsung tak berkira... semoga murah dan berganda rezeki untuk anda KayRel! amin....

Ini kira macam hadiah hari jadi pertama buatku. Syukur dan rasa happy sangat. Kawan yang tak dikenali secara rapat pun buat baik gini kat aku. Terharu okey... Trimas KayRel.