Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Friday, December 10, 2010

Redeem Voucher: Denim GAP untuk Damia

Lepas redeem hadiah kat Yap Kwan Seng dan Kelana Jaya tadi, aku terus ke KLCC. Banyak benda nak diuruskan di situ. Antaranya nak pos surat penting dan yang lebih utama redeem voucher GAP sebab 18 haribulan ni tarikh tutup.
Mulanya aku cadang nak belikan hadiah untuk diri sendiri. Konon-konon semepan besday 19hb nanti la... Sebab jarang kan dapat beli sesuatu yang branded dan mahal. Kalau nak beli benda mahal, tunggu peluang dapat voucher begini je la. Tapi bila aku belek-belek semua koleksi baju. Nampaknya takde satu pun memenuhi selera aku. Selera besar ini nampak baju cantik-cantik tapi harganya pun cantik juga... Maka terhalang niat nak beli baju GAP untuk diri sendiri.

Nasip baik kat KLCC ada juga disediakan butik GAP kanak-kanak dan Baby! Aku pun tukar rancangan, dan terus beli gaun denim GAP untuk Damia. Memang sweet sangat. Banyak design cardigan yang aku suka tapi harganya bawah RM100. Aku kalau boleh nak dapatkan sesuatu yang ngam-ngam RM100 tu.

Gaun GAP damia ni lengkap dengan panty sekali. Bernilai RM139 gitu. Tambahlah RM40 okeyla kan. Takdelah melaburkan duit lebih sangat. Memang cantik digayakan dengan legging. Harap-harap ngamlah dengan Damia :) Sehelai pakaian yang tak perlu dipakaikan dengan cardigan lagi. Yeay!