Berminat. Meminati. Diminati =
Perkataan yang sama. Maksud berbeza.
Merangkumi segala aspek berikut: Perlakuan. Pertuturan. Perbualan. Pengayaan. Penulisan. Pembawakan. Pembinaan. Perwatakan. Daya berfikir.
Hari ini aku sibuk. Banyak kerja aku kena siapkan. Banyak kerja aku kena perbetulkan. Maka hari ini aku sangat sibuk. Berblog pun masuk petang baru nak update. Aku utamakan urusan kerja dulu. Kemudian aku design kerja tempahan. Lalu aku hantar email pada pelanggan. Mana yang dah siap aku tunggu keputusan hasil kerja. Kalau jalan, boleh teruskan tugas siapkan design untuk pelanggan seterusnya.
Nak berblog tak sempat. Nak merayap ke forum-forum tempatan tak minat. Nak bertegur sapa sambil blogwalking pun, pergerakan terbatas. Bukan kerana aku sombong tapi masa hari ini sangat pantas. Kelajuan pantas. Buatkan segala perancangan aku terbatas.
Beberapa tika, ketika aku tak sibuk dan sedang bercuti. Aku peruntukkan masa berblogwalking. Kadang kala timbul rasa tegang. Timbul rasa geram. Kadang-kadang aku rasa nak pegang bahu beliau. Pandang terus pada matanya lalu aku nak sebutkan "Tolonglah jadi diri sendiri." Tepuk bahunya berkali-kali. Kemudian aku berlalu pergi biarkan si dia memandangku terkontang kanting dengan penuh tanda tanya. Apa maksud aku sebenarnya. Adakah ia terlalu tersirat? Tidak. Tidak. Tidak.... Ia sangat mudah dijangka.
Mula-mula kelihatan watak aku seorang diri. Dibaliknya bayang-bayangku berlindung. Kemudian datang seseorang menemankan bayangku dengan bayangnya. Kemudian bayang-bayangnya mula membayangiku. Keadaan aku seperti dibayangi....
Sungguh aku kesal dan tak suka. Sekian.
8 comments:
owh, dramatik sungguh sampai nak pahamkan apa maksudnya umidanish jadi fening plak,ekeke..nape tu...
wan- sabarek
hurmm..dalamnye maksud yang tersurat dan tersirat gayanya
umidanish ~ kdg2 bila ckp berlapik boleh beri perubahan lebih positif. sbb tu saya pakai kias2 je. kalau hala terus nnt timbul masam muka. tak baik. tak suka :) tp kita pn kena tegur. agar hati ni tak dihantui rs geram sngt. rasanyalah. hehehe
k.ayu ~ itulah. besar dugaan. kdg tu menung pnjg jugak. pastu pndg enteng. ah... biarlah. pastu pk semula. sebal lagi hati ni. dr diam baik luahkan. xdpt penuhkan isi botol setitis air pun jadilah. ><
nurul ~ kembangkan kepala supaya xmemudaratkan perasaan org. penat jugak nk lepaskan perasaan gaya gini huhu
tersirat sungguh N3 kali ni, tapi paham..sangat paham..
salute dgn kesabaran wan
Adyshariz ~ kdg2 sabar je xckp kena bersuara tegakkan hak & pendirian tp bila luahkan jd mslh sebaiknya... sabarlah semula. elakkan lebih tekanan :)
Post a Comment