Nuffnang

Followers

Friday, December 31, 2010

Melukis itu hobi, pendapatan tambahan & kerjayaku


Terlalu asyik dengan lukisan vector. Aku rasa skill melukis tanganku dah semakin jauh. Bila pegang pensil warna baru-baru ni. Rasa gayat-gayat je nak mainkan stroke. Oh ye... bagi yang belum tahu. Aku suka melukis. Aku punya himpunan sketches yang banyak. Sekarang bertabur sana sini. Malangnya jadi aku. Suka kumpul lukisan sampah juga. Hatta stroke hancus pun aku simpan. Tapi tak pernah dijilidkan dalam satu folder.

Buku sketches aku yang pertama aku hasilkan. Hanya menggunakan kertas A4 biasa. Tapi itulah satu-satunya buku skecth yang belum terabur setakat ini. Ada masa aku akan kongsikan sedikit lukisan tangan aku pulak.

Kerja tempahan banyak belum siap. Penat sebenarnya bermain dengan vector drawing ni. Walaupun orang kata boleh copy paste je sebenarnya ia tak semudah petik jari je. Sementelah aku pulak sukakan ketelitian dalam art. Cerewet pun ia. Puncanya kenapa kerja aku lambat siap.

Kalau putus asa. Dah lama aku tinggalkan kerja ni. Dek kerana minat yang mendalam saja masih kekalkan aku begini. Tanpa minat tak menjadi. Takde idea karya kan jadi bosan. Takde mood kerja tak jalan.

5 comments:

Cik Tim said...

hurmm..minat and hobi ley jana pendapatan. y not, melukis jadikn kerja sampingan. seni tu tidak bermakna cantik, tetapi makna yang ad disebaliknya. jiwa seni mampu merungkai segalanya; tentang apa yang berlaku pada suatu gambar tersebut. ;D

teruskanlah melukis!
aja-aja fighting! ;D

Adil said...

lukisan vector tu mcm mane eah? serious nk tahu.

Wansteddy Tales said...

Black_roses92 ~ THANX DIK :D mmg xbleh tgl melukis ni sbb dah dlm bidang kerja. cuma drawing by hnad je dah lama dtnglkan. sbb lbh fokus lukis kat komputer ;)

Wansteddy Tales said...

Adil ~ lukisan ector ni mcm contoh kartun dlm entry ini. sebahagian bsr lukisan dlm blog saya adalah lukisan vector. kita lukis guna software samada adobe illustrator atau adobe photoshop dan bnyk lg cth software lain ;D

Adil said...

oo woah..tq ;)