Nuffnang

Followers

Tuesday, December 14, 2010

Otak dah Ngeng!


Sebab suka main-main dengan design. Lambatlah nak siap kerja aku. Design yang penting-penting banyak belum jalan. Gasaklah. Meeting ni dah dua kali tangguh. Aku yakin betul... hahhaa... Esok takde tangguh dah. Arghhh tension!

Tadi masukkan maklumat baru dalam SKT tahunan. Dek kerana hari ini barulah boleh update berkenaan kegiatan dan latihan, dan hari ni jugak tarikh akhir nak hantar HRMS, maka aku dengan tergopoh gapah mengisi apa yang patut. Ikutkan banyak lagi senarai kegiatan luar yang aku nak isi. Tapi sebabkan kepala aku dah ngeng sikit harini hadap PC dopopatjam, maka aku pasrah je la. Redha pada ketentuan markah huhu.... Staf lain aku tak tahulah sempat tak dorang masukkan berkenaan kegiatan dan latihan tu.

Harap-harap tahun ni merangsang sikitlah pencapaian kerjaya aku. Ya, kalau ikutkan sepanjang berkhidmat ni, aku rasa tahun ni memang aku banyak keluarkan design baru. Konsep baru. Malah banyak juga design aku dicetak keluar dan digunakan untuk aktiviti pameran jabatan. Woot Wooot... Happy? Ya... Bila hasil kerja kita dihasilkan, dicetak dan dipaparkan. Aku happy!

Lupa habis dah kata-kata berunsur hampagas tatkala mendesign dulu. Sama ada dari yang secoot-coot pangkat ke pihak atasan. Tibailah apa korang nak tibai. Benda dah publish... hohohoo.... Owh ya... Masa projek dalam pembikinan memang terpaksalah tahan telinga dengar orang kondem artwork kita. Nak-nak jenis tak faham sangat amendalah yang aku design tu. Tapi bila hasilnya dah diterima barulah aku rasa lega. Lupa habis kata-kata tak best dulu-dulu hahhaa...

Well... hidup ini kena jugak positif. Kalau orang bagi kata-kata negatif, kita senyum je. Anggap je suara lalat berhurung tepian telinga. Tabahkan hati. Besok bila dah okey takdelah makan hati dan rasa nak dendam-dendam lagi. Sejak terapkan nilai positif kat kepala ni, aku jadi kurang stress... Ya kadang-kadang aku cakap je stress tapi kerja jalan jugak. Dan kadang-kadang aku sengih sengsorang. Berjoget sorang-sorang kat meja kerja. Bukan bermakna aku gila. Tapi kerana nak hiburkan hati yang lara. Bila tekanan datang, janganlah difikirkan sangat yang bukan-bukan. Lagi naik stress tu. Rilex-rilex je walaupun tahu memang belakang kena bambu.

Gasaklah, mulut manusia bukan boleh dijahit. Kalau boleh, dah lama aku sediakan jarum dan benang kait kat drawer meja ni hahahah... Baiklah. Merepek sakan aku harini. Aku taip laju-laju. Aku tak tengok pun hasil tulisan aku di atas. Apa yang aku fikir terus taip, maka kalau jumpa perkataan tak betul, ejaan yang salah. Jemputlah tinggalkan komen. Esok kalau sempat dan kalau aku suka buang masa, aku betulkan semula. Sekian.

ps: sapa kata aku okey? kerja belum siap okey. Esok nak jumpa bos-bos besar. Aghhh... Balik. Peluk Damia. Ajak main. Lepakian malam. Tido. Lupakan stress itu :)

1 comment:

cikceriacorner said...

heheh..xpe wan..yg penting kite eppy ngan hasil keje kita..kdg2 org kondem work kite coz saje nak tunjuk dia bagus..pdhal x pon..heheh..oleh itu kite patut bangga ngan work kite..biaule org nak kate ape..:)