Nuffnang

Followers

Thursday, December 16, 2010

Kenangan Terindah Bersama Mamypoko dan Pa&Ma

Sedia maklum hari Sabtu Ahad lepas kami sekeluarga hadiri program Kenangan Terindah Bersama Mamypoko dan Pa&Ma sempena contest dengan tajuk yang sama. Perjalanan bermula waktu pagi tapi disebabkan sedikit masalah kami lewat sampai ke Bukit Merah, destinasinya. Tapi syukurlah admin terima juga kehadiran kami. Alhamdulillah... Kalau tak terpaksalah patah balik ke Kuala Lumpur semula. Atau paling tidak pun tukar arah ke kampung pulak hahaha...

Jalan naik macam naik bukit ke Genting Highland pulak. Mujurlah bukitnya pendek je. Takdelah
tinggi mana. Best je layan permandangan yang indah menghijau. Padahal dah lewat tu! hahahha...


Sessi pendaftaran. Ketika ni aku terima surat dari Karangkraf, tag nama dan goodies pelbagai barang. Aku sangat segan okey. Keluarga terakhir yang tiba. Masa ni dah ada acara permainan dah. Nasip baik staf-staf yang menjaga kaunter mesra-mesra belaka. Respeklah!

Dapat seat kosong. Aku tak tau dah duduk sebelah siapa ke siapa punya meja. Hentam sajalah. Sambil merehatkan pinggang. Perjalanan jauh. Oh ya, yang bestnya... aku masuk kumpulan PINK! Warna kegemaranku tau. Sungguh tak sangka. Tag nama tu aku bawa je dalam handbag kerja ni. Sungguh teruja dan suka tengok tag nama PINK tu hahhaa...

Aku ingatkan giliran kumpulan PINK dah lepas. Rupanya lepas game kumpulan sebelum ni masuk lak giliran kumpulan aku. Tak boleh tidak, kena gak serah diri hohoo.... Aku peserta terakhir untuk pertandingan Funny Photo. Serius aku dan hubby tak bincang apa pun. Sudahnya bila mc sebut " Satuuuuu duaaaaa tiga!" Terus aku lompat tak hingat dunia! Bergegak gempita lah sekejap dewan haritu kerana aksi selambaland aku! ahhahah... MC gelarkan aku "Kakak yang terkangkang atas pentas!" Hebat aku dapat gelaran haritu heheh...

Abang yang sebelah hubby tu menang tempat pertama untuk contest tu. Kami dapat tempat kedua. Best juga hampernya Produk Strawberry Shortcake. Sangat cute dan harumnya. Lebih best, warna PINK semestinya! Giler aku happy lagi. Walaupun Damia tak pakai sebarang produk, mommynya ada.. Boleh aku tibai pakai sampai habis...

K.Ayu dengan anak-anak daranya. Sangat comel Cik Amani. Cik Yana pulak sangat mesra okey. Aku rasa macam dah lama kenal je dengan anak-anak k.Ayu. Sebab dorang mudah mesra dengan kawan-kawan mummynya agaknya. Seronok berborak pasal contest dengan k.Ayu. Ikutkan macam-macam lagi nak disembangkan. Tapi masing-masing kena urus keluarga lagi. Terpaksalah berborak sikit-sikit je. Apa pun kalau ada jodoh leh la kita jumpa lagi kan k.Ayu... Borak-borak sesungguhnya :)

Sessi penyampaian cek Mamypoko bernilai RM500. Bergaya saja. lepas ambil gambar, sila turun tanpa membawa cek tersebut ya. Aku yang tak sempat tengok peserta sebelumnya buat. Terpinga-pinga kejap atas pentas. Boleh jadi mek lawak aku haritu hahhaha....

Sempat tau Cik Damia mengorat abang Mamypoko ni hahhaha.... Aku imagine Damia cakap ginilah kat encik ini "Abang, lebih-lebih cek tak boleh bagi free ke?" hahhaha...

Cek Maybank RM500. Alhamdulillah... rezeki... Waktu ni tengah beratur untuk ambil kunci bilik, voucher sarapan pagi dan kupon masuk taman tema Bukit Merah. Sungguh best! Kami dapat bilik duluxe bernombor 355. Nilai bilik tu RM500 semalam. Walla!

Selepas aktiviti tamat, sessi makan-makan pulak. Damia dengan aksi selambalandnya duduk gaya bebas. Maafkanlah gaya tersebut yep. Serius, aku tak pernah ajar anak dara aku duduk dengan gaya tu hohoho...

Aktiviti bebas. Kami nak pergi masuk bilik resort tapi singgah kejap bawah Dewan Kaloi. Teringin nak bagi belon berhias kat Damia. Tapi ramai sangat dah kerumun encik Badut haritu. Sudahnya Damia dapat tengok je la...

Damia memang tak kisah dengan orang. Ini salah satu aksi spontan dia bertegur sapa dengan staf Bukit Merah. Macam gaya orang besar dah. haih...

Bilik yang besar! 1 katil besar. 2 katil kecil dan sofa yang boleh buat tidur jugak. Aku ajak dah adik-adik aku datang lepak sekali. Tapi sebabkan dah lewat petang baru bagitahu masing-masing tak dapat datang. jauh juga Gerik-Taiping tu rupanya....
Nah satu lagi gambar bilik. Katil single sebelah kiri tu ada katil lagi kat bawahnya. Sofa tu pun boleh buat tidur-tidur juga. Memang bilik yang best untuk muatkan seisi keluarga.

Antara goodies yang diperolehi. Aku nak senaraikan semua tak ingatlah. Tapi antaranya... pas masuk taman air, voucher sarapan, kunci bilik, cek RM500, produk Nestle, produk wangian lelaki (Brute?) gitulah, majalah Karangkraf, losyen badan baby, hamper contest Funny Photo, cap, sapu tangan dan lain-lain.

Tag berwarna PINK kerana aku termasuk dalam kumpulan PINK. Sungguh suka!

Dinner, Lunch dan Breakfast semua ada. Makanan pun sedap-sedap. Tinggal nak atau tak nak makan je. Tapi memang puas hati bab makanannya :)

Lepas dinner bawa Damia berjalan-jalan di jeti.

Ketika saksikan acara pertunjukan api kat fountain tu, jumpa k.Ayu dengan keluarganya. Borak lagi! Comel kan Cik Amani. Baik-baik je tak buat perangai. Best dapat gomol-gomol. Tapi lupa pulak nak pinajm pegang Amani ni. Seronok berborak dengan mummynya punya pasal hahaa...

Macam-macam aksi ada...
Kat jeti ke Pulau Orang Utan. Siangnya tak pergi jugak... Kalau pergi takut ambil masa. Nanti nak lepak-lepak mandi dan balik ke KL terlewat pulak. Takpelah. Lain kali pergi. Kalau berpeluang.

MC pada hari itu. Aktiviti malam ni ada sikit contest. Kelakarnya... Peserta tanya, MC jawab. Peserta pun okeylah. Sporting jugak. Ketika ni K.ayu ajukan soalan "Apa nama maskot Mamypoko?" Jawapannya Poko Jang (betul ke aku eja?)... Hadiahnya hamper produk baby. Bestnya ada yang menang voucher hotel dan goodies bag. Aku tak join pun sebab tak target nak menang hamper hehe.... Tapi dalam kepala aku dah sediakan soalan susah-susah dah hahaha...

Lepakian dengan anak dara aku main game ni. Sibuk Cik Damia nak bergendang sekali :P

Dalam perjalana balik ke bilik, Damai terkejut terserempak dengan ulat gonggok! Memang aku gelak habis tengok aksi panik Damia ni hehe...

Strawberry Shortcake. Hadiah Funny Photo. Beshhhh....!
Bersambung hari kedua....

12 comments:

CaDLyNN said...

bestnye bercuti free...nak cuti jugak~~

cikceriacorner said...

alhamdulila..tahniah wan..rejeki..heheh

AyuArjuna BiGoshh said...

ahaks...tu lah kan...tak dapat nak berbual lebih...kalut ngan anak memasing :)...anyway best jumpa wan kat sana

Cik Puan Nurul said...

wahhh amboii besnye..tak pernah sampai lagi bukit merah ni jap sebenarnya xpenah sampai pun perak lagik sobsss..

Wansteddy Tales said...

Cadlynn ~ mari bercuti Lynn! da hjg tahun ni besh bawa bercuti :D

Wansteddy Tales said...

K.teq ~ alhamdulillah... trimas akak :D

Wansteddy Tales said...

K.ayu ~ masing2 kita penat k.ayu tu yg kurang rancak perbualan tu. tp kalau kena gaya boleh hiruk pikuk gak kita sbnrnya hahaha kesimpulannya: beshhhh :D

Wansteddy Tales said...

Nurul ~ Oyeke.. ingatkan Nurul org Perak tau. Maafkanlah saya :D next time Nurul nk cuti2 utara, bawalah anak ke Bukit Merah. Memang best :)

Mama Zharfan said...

u are so lucky to be one of the winners! congrats!

aiDieNa said...

Wah seronoknyerrr... penuh dengan xtvt.. :) Me dah lamer tak ber-xtvt macam tu..

Wansteddy Tales said...

k.suziey ~ alhamdulillah... ada org lain lebih bertuah akak. Hantar satu borang je terus lekat. Wan ingtkan contest ni kena hntr borang byk2. tp kalau wan hntr bnyk pn xterpilih mmg bengnang kot sbb org lain hntr sikit je terus dpt hahahha

Wansteddy Tales said...

aidiena ~ akak pun sama. blh kata sejak berkawin la xpernah lg join event beramai2 camni. syukurlah kali ni dpt juga merasa :)