Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Friday, December 3, 2010

Saya minta maaf...


Saya tak main-main buat kerja. Kalau saya kata saya sibuk, maka benarlah saya sibuk. Saya pun perlu masa untuk diri sendiri. Barang setengah jam pun jadilah untuk rehatkan fikiran dan badan dari terus-terusan buat kerja.

Berehat tu macam-macam kerja yang saya rancang nak buat, saya cuba buat sebaik mungkin. Ada masa lebih banyak, bloglah tempat hiburkan diri. Tak perlulah saya canangkan selalu, saya sibuk buat kerja itu kerja ini untuk orang itu untuk orang ini. Merungut banyak kerja bukanlah cara terbaik nak selesaikan masalah.

Tak perlu saya paparkan jumlah pelanggan saya sebab buat begitu, saya yang panik. Dan saya setuju je terima mana-mana tempahan walaupun yang sedang dalam senarai pun panjang menjela. Tak sampai hati nak tolak permintaan orang. Tapi... saya tak terbuat. Tak sempat nak sentuh pun kalau urusan kerja lain harus diutamakan.

Di rumah, peluang buat kerja design memang suntuk, sementalah nak uruskan hal keluarga. Lagipun cukuplah hari bekerja saya design hal kerja pejabat dan design orang. Beri ruang saya jadi manusia juga.


Entry ini ditujukan pada para pelanggan yang aku hormati. Sebab tu aku guna ganti diri saya, bukan aku. Ekoran terjumpa luahan perasaan pelanggan aku yang dikasihi. Aku faham... lama sangat tunggu giliran. Nak marah, tak dapat herdik kat aku, maka beliau luahkanlah dalam blog. Aku tak kisah. Aku faham. Maafkanlah kelemahan aku. Aku tak daya nak buat semua sekaligus. Percayalah aku pun macam korang juga. Manusia biasa. Ada dua tangan, dua kaki. Satu otak. Dan yang penting aku pun punya perasaan.

Join contest. Kalau kaki blogger perasan, dah lama aku tak join contest dan giveaway blog. Ada yang susah payah jemput aku join contest. Satu pun aku tak join. Dalam hati timbul rasa bersalah pada dorang. Tapi aku takde masa nak berhenti buat contest. Kecuali kalau aku betul-betul berminat atau nak cuba nasip. Banyak perkara-perkara yang aku suka buat dulu terpaksa aku sekat lakukan sekarang. Tahan diri untuk selesaikan kerja-kerja yang tertunggak. Janji dengan manusia harus ditepati.


Ikhlas dari wansteddy, "saya minta maaf..."

7 comments:

Whitey Mommy said...

betulllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll
sha yang kat umah ni dah cramp otak dan tangan... wakakakakaka bukan main2... tapi... kalau tangan ada 10 pun tak terbuat juga... sebab otak ada satu...
kalau otak ada 10...
adui... alien la namanya..dah tentu nan ado orang nak order... ya dak... pfffttt...

Wansteddy Tales said...

hehe... myb org xfhm kerja design ni bkn mudah. nmpk je cm senang. tp nk design setiap satu tu mkn masa jugak. nntlah smpi giliran mereka dorg baru tau proses kerjanya mcm mana. tentu ada sana sini nk pinda2 ia mkn masa. kat situ nnt dorg fhmlah tu. so akk xamik hati. kesian kat dorg je. mmg dah bengang sngt dah tu kalau x xkn luahkan gitu ya tak? siapa? biarlah akk sorg je yg tau. kwn2 semua toksah tnya. hahahha...

Mama Zharfan said...

masa u buat my order dulu ceapt jer ;) ;)

Wansteddy Tales said...

mama zharfan ~ hehe... masa tu kurang pelanggan. lgpn kalau saya start design mmg xberhenti dah. lg 1 sbb template k.suziey dah pilih bnyk memudahkan wan. walaupun temp asal dah hilang, wan rujuk design yg sama gitu senang dan cepat. klu nk design baru kenalah fikir bnyk cari konsep idea baru. nnt design sama dgn pelanggan lain mslh jugak huhu.. plus skrg urusan pending design pn sbb nk kena uruskan bab redesign. itu la antara dilema nk siapkan kerja yg ditempah ni :)

AcuRose said...

hurmm..serious lah sedih acu baca luahan wan ni. acu faham perasaan wan skrg ni. Berbelah bagi dan serba salah. Tpi takpe wan, tu mungkin segelintir customer yg camtu, kuat kan semangat. Ramai yg lain lagi acu rasa yg boleh bertolak ansur. yelah kita buat ni cuma sambil2 je, dan ramai da tahu status kita yg bekerja dan berkeluarga. Bkn ada company designing yg ramai staff bole bahagi2 kerja kan.

Uhuk2..acu demam2 ni pun kuatkan semangat nak komen gak nih.. tak bley tahan..><

Wansteddy Tales said...

acu demam? patutlah kurang aktif berblog. sian acu. makan ubt dan bnykkan rest tau. wan doakan acu cepat2 sembuh, amin...

trimas memahami acu. akui jugak xsemua macam tu. ada yg masih boleh sbr. ni kes yg xblh sbr dah tu termeletup tu kot. wan xkisah sbb mmg dah salah silap wan juga. jd entry tu sngt sesuai beliau tulis dan tuju kat wan. hrp2 dia maafkanlah wan kelewatan ni. dlm hati sebal dgn rs berslh kat semua ><

Em's Family said...

mira pun dah lame dah tak join contest wakk. nengok blog pun susah, sekarang ni banyak auto publish jer.. just tak nak bagi sunyi.. :) takpe kite busy sebab cari rezeki kan..