Nuffnang

Followers

Friday, December 3, 2010

HENTIKAN penderaan kanak-kanak ~ UNICEF

Entry ini dah lama aku nak buat. Tapi aku fikir, tangguh dulu... banyak kerja lain nak dibuat. Tangguh dulu, aku perlukan masa untuk fikirkan idea dan konsep penceritaan.


Sedangkan yang jadi mangsa... kanak-kanak dan bayi kecil yang sedang mengalami penderaan terus dalam penyeksaan. Sampai bila masyarakat kita harus tunggu untuk bantu atasi masalah begini? Ia bukan kisah di luar negara. Ia kisah di kalangan masyarakat kita sendiri. Mungkin membabitkan rakan kita, jiran kita dan mungkin ahli keluarga kita.

Andai kita berdiam diri dan lambat bertindak. Janganlah timbul rasa kesal dikemudian hari, apabila kejadian tidak diingini melanda. Hari ini kita biarkan, esok lusa apabila si kecil menanggung sengsara, barulah timbul rasa penyesalan yang berpanjangan dalam hati kita. Sedangkan kita pun punya hak untuk membetulkan keadaan. Bertindaklah lebih awal mencegah masalah penderaan kanak-kanak.

Gambar ini aku petik dari Google. Aku himpunkan dalam satu poster agar kita sama-sama dapat saksikan penderitaan anak-anak kecil ini. Ini sebahagian gambaran sebenar yang dialami kanak-kanak mangsa dera seluruh dunia. Termasuklah kanak-kanak di Malaysia! Ada kalangan daripada mereka yang parah dan ada yang sudah meninggal dunia. Apakah kita mahu lihat perkara ini terjadi dalam kalangan masyarakat kita? Bersamalah kita hentikan penderaan!


Penderaan yang paling aku benci adalah

jenis penderaan fizikal.

Ia mendatangkan kesan sama ada dalam bentuk fizikal dan mental. Pada fizikal kita dapat kesan pelbagai bentuk luka, lebam, kesan terbakar, melecur dan sebagainya. Dari segi mental, kita boleh dapati sifat si kecil yang suka menyendiri, murung, kerap menangis, kurang interaksi dengan masyarakat mahupun yang punya hubungan rapat dengan mereka. Terdapat juga kes kanak-kanak mangsa dera yang bersifat memberontak, mudah meradang dan boleh bertindak ganas pada diri sendiri mahupun orang lain.

Kesannya pada masa kini, kanak-kanak hidup dalam penuh ketakutan. Tidak seperti kanak-kanak normal lain, mereka jadi murung dan bersikap tertutup untuk berhadapan dengan masyarakat. Namun apabila menginjak dewasa, kanak-kanak mangsa dera ini lazimnya menjadi agresif, bersifat pendendam dan mungkin akan melakukan salah laku pada yang lain kerana dihantui oleh kisah silam yang menyakitkan fizikal dan hati mereka hingga ke peringkat dewasa.


Bersatu kita membantu kanak-kanak ini. Bersama kita jayakan kempen ini. Jadilah masyarakat penyayang dan bersifat prihatin. Jasa yang sekecil kuman, mampu menyelamatkan sebuah nyawa! Bersama kita Hentikan Penderaan!


Kempen ini bersempena:

2 comments:

Wansteddy Tales said...

Sedih tgk picca2 mangsa dera... tergamak org dewasa ni kan haih

ibundo said...

salam wan. penderaan dilakukan oleh orang yang sakit. Sungguh ramai orang yang sakit otak dan sakit jiwa keliling kita ni...
kesihan pada anak-anak yang didera.