Nuffnang

Followers

Saturday, January 29, 2011

Keserasian Damia dengan suplimen AGEL

Harini aku nak update perkembangan Damia lpeas 9 hari makan Agel produk. Alhamdulillah sejak hari pertama Damia makan suplimen AGEL Umi, nampak perubahan dari segi emosi. Sebelumnya kerana alahan dan tak sihat, Damia nampak murung. Nak berjalan pun terdingkit-dingkit sebab kaki asyik menggeletar. Pantang nampak air, Damia dah jerit fobia. Aku kira dia rasa sejuk dari dalam badan. Sebab tu takut nak kena air. Hari pertama makan Agel Umi, Damia terus berlari!

Kebetulan masa makan tu kami lepak di taman KLCC tunggu hubby solat jumaat di masjid dekat KLCC. Damia memang suka taman permainan, tapi sebelum makan tu moodnya macam nak tak nak je. Tapi lepas aku pujuk minum jus, memang ketara dari segi emosi. Buat pertama kali Damia ketawa gembira bukan dipaksa-paksa macam selalu :)

Tentulah aku senang hati. Ibu mana yang tak seronok tengok anak sihat walafiat ceria sepanjang masa kan... Damia sekarang kembali aktif. Suka mandi macam dulu. Kadang tu belum pun cakap nak bawa pergi mandi, Damia dah buka pakaiannya dulu telanjang bulat nak pergi mandi! Kadang tu berdesup masuk toilet sendiri sebab teruja nak mandi manda. Itu yang bahaya tu. Memang kena sentiasa berjaga-jaga tengok anak-anak time emlasak gini. Nak-nak banyak kes kemalangan kanak-kanak di bilik air. Libatkan air panas dan lemas serta lain-lain. 

Kembali pada produk Agel. Setiap hari kami bagi 1pek UMI dan 1pek EXO. Kedua suplimen ini sesuai untuk penyakit kulit. UMI untuk antibodi dan EXO.. Aku tak pasti, tapi memang elok untuk kulitlah.

  [agel_exo_packet.jpg]
Minggu lalu (jumaat) aku pergi ke pejabat AGEL dan beli set tester AGEL. Kandungan set tester ni 10 Umi dan 10 Exo. Dengan harga ahli dapatlah dengan harga serendah RM190. Kerana aku belum jadi ahli, meraba cari nama member yang aku kenal yang jadi agen AGEL ni. Untuk pengetahuan kalian, aku pernah beli AGEL dengan seorang kenalan blogger. 3 UMI dan 3 EXO dengan harga RM90 kalau tak silap. Kerana masa tu keadaan Damia sangat teruk kerana eczemanya. Dan suplimen tu pulak sikit je kami gunakan, memang tak nampak perubahannya. Sudahnya aku give up. Tapi baru-baru ni kerana puas berusaha nak berubat Damia, aku tak dapat fikirkan idea lain, selain belikan Damia produk Agel ni.
 
Kebaikan produk Agel ni, selain untuk kesihatan. Nak makan pun tak rasa tertekan macam telan ubat yang lain. Rasanya sedap kerana Agel diperbuat daripada jus buah-buahan. Macam Umi berasaskan epal dan Exo berasaskan anggur. Keduanya rasa buah yang asli. Segar dan sedap. Budak-budak pasti sukakan rasanya! Damia pun suka. Kadang tu dia mintak berpek-pek. Aku tak bagilah kan... sehari aku bagi 1 pek UMI dan 1 pek Exo dah memadai.

Keadaan Damia sekarang memang jauh lebih baik dari dulu. Aku pun tak sangka. Sungguh aku teruja dan senang hati. Alhamdulillah.. akhirnya termakbul juga doa aku selama ni nak tengok kulit Damia yang cantik sihat macam dia ketika bayi dulu. Sepanjang usia Damia bermula usia 9 bulan hingga minggu lalu, susah nak tengok kulit damia yang sihat. Sentiasa mengelupas, merah dan kehitaman bekas menggaru yang kasar. Sekarang ni tidur malam Damia pun kurang nak bergaru. Lebih lena. Kadang tu terjaga aku tengah malam, tengok Damia tidur elok je tak lagi tergaru-garu sendiri macam selalu. Syukurlah...
 
Hari ini, kalau tiada aral mungkin aku akan ke pejabat AGEL di Jalan Pinang. Rancangnya nak jadi ahli. Kalau jadi ahli dapat beli dengan harga yang lebih murah. Bukan nak jadi agen pun. Aku tak berminat kerja jualan langsung ni. Kalau ada sesiapa yang berminat nak tahu lebih lanjut berkenaan Agel email la kat aku yeh.  Walaupun aku pun bukan arif sangat pasal Agel ni, tapi manalah tahu aku boleh bantu sedikit sebanyak. Bantu membantu amalan mulia :D

7 comments:

Mama Zharfan said...

glad to hear that damia is gettting better :)

Mama Zharfan said...

kalau free bila2 jom join HB yer :)

jom join Heartbeat!

Wansteddy Tales said...

mama zharfan ~ harini je buat perangai semula. garu2 kejap myb sbb nk tdo td tu. insya'allah ada masa wan nk reg juga HB tu :D

PDM said...

hi dear,
nanti u e-mail kat I ya pasal product ni.Anak I yg sulung pon mcm damia.parut tu yak tak tahan.menggaru lagilah.kesian.mmg betul tidur mmg tak pernah lena kita ni kan?

phatdivamama@gmail.com

Wansteddy Tales said...

PDM ~ Wan dah email. Jemputlah baca, agak meleret sikit sbb wan citerkan testimoni jugak tu. harap2 anak PDM segera sembuh ya. mmg xpernah tdo lena kita nk jaga anak eczema ni. dorg perlukan lebih penjagaankan..

CikWa said...

Salam Wan
tq ats review Wan ni :)
even Wan bukan beli dgn saya tapi review ni berharga sungguh :)

UMI - Ultimate Molecular Immunity - seaweed based supplement untuk modulates antibody

EXO - Exotic Antioxidants, 17 berries in single sachet dengan kadar ORAC tertinggi per ounce di dunia.

Wan boleh juga sapu EXO yang telah disejukkan atas kult Damia. Semut tak datang sebab EXO or any other AGEL's product memang takde gula

tqvm Wan n good luck :)

kalau ada apa2 Wan nak tanya tentang AGEL Wan boleh email saya momluvyou@gmail.com, even Wan bukan line saya pun takpe. AGEL ni masih baru di Malaysia tak ramai yang ada info pasal ni, jadi kalau ada ahli AGEL, kita sama2 la spread info pasal kebaikan AGEL ni :)

Welcome to AGEL Wan :)

Wansteddy Tales said...

Cik Wa ~ trimas sudi singgah dan berikan banyak tips pasal Agel. Wan setakat ni cuba atas nasip je. Syukurlah percubaan ni buahkan hasil. Rasa happy sngt tgk perubahan positif kat anak. Wan mmg bnyk nk study lagi pasal Agel ni. Insya'allah dr masa ke semasa wan akan hubungi Cik Wa dan Nuha utk dptkan penerangan lebih terperinci :)