Ini kisahnya bagaimana buat pertama kali aku merasa F&N Magnolia Sherbet dan terus jatuh cinta dengan rasanya!
Satu hari di tempat kerja, aku menerima sebuah bungkusan hadiah. Hadiah itu berbalut cantik, tapi tidak disertakan dengan kad dari pengirimnya. Adakah ini hadiah dari secret admirer aku? Owh! Tak sangka aku pun ada peminat misteri!
Satu hari di tempat kerja, aku menerima sebuah bungkusan hadiah. Hadiah itu berbalut cantik, tapi tidak disertakan dengan kad dari pengirimnya. Adakah ini hadiah dari secret admirer aku? Owh! Tak sangka aku pun ada peminat misteri!
Kerana terlalu teruja, aku terus buka bungkusan hadiah itu. Tak sabar-sabar nak tengok kandungannya. Kalau bungkusannya cantik begini, tentulah hadiahnya sangat istimewa!
Maka seperti yang kuduga... Hadiah yang kuterima sangatlah mengiurkan... Aiskrimkah ini? Kerana inilah pertama kali melihat aiskrim keluaran F&N Magnolia ni, maka aku tak dapat terus mengawal nafsu makan ini. Aku ambil satu F&N Magnolia Sherbet berperisa manggis.
Cubaan pertama merasanya... Rasa F&N Magnolia Sherbet sangat lembut dan halus berbanding aiskrim biasa. Keistimewaannya terletak pada rasanya yang unik. Membuka segenap ruang deria rasa. Menyingkap nikmat kemanisan buah-buahan....
Lazat... penuh perisa... kelembutan krim... keenakan buah-buahan.... Dari hujung lidah ke setiap rongga nikmat F&N Magnolia Sherbet sangat memukau! Inilah aiskrim yang paling sedap pernah aku rasa!
Tahukah anda? Manggis atau nama saintifiknya (Garcinia mangostana) adalah tumbuhan tropika malar hijau dan dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Manggis dikenali sebagai “ratu segala buah”. Khasiat buah ini terletak banyak pada kulitnya. Walaupun rasa kelat dan pahit, tetapi ia mengandungi banyak khasiat. Manggis kaya dengan Xanthones yang merupakan sejenis antikoksida. Buah ini dikatakan boleh membantu memulihkan sistem imunisasi badan.
Tahukah anda? Tembikai susu mengandungi pelbagai jenis nutrisi seperti vitamin A, B6 dan C, Folat, Potasium, Zink dan lain-lain lagi. Ia baik untuk penghadaman. Bertindak sebagai antioksida yang dapat melindungi tubuh dari pelbagai jenis penyakit. Mampu meningkatkan sistem imun dalam badan sekaligus menghalang jangkitan batuk dan selsema. Selain itu, khasiat tembikai susu membantu pelancaran sistem darah tubuh kita.
Tahukah anda? Laici kaya dengan vitamin C dan potassium. Kandungan rendah kolestrol, sodium dan lemak. Menghasilkan sel darah merah yang sihat. Menghasilkan elastin dan kolagen yang dapat menyembuhkan permukaan kulit yang tercedera. Kolagen dapat menegangkan kulit dan memperlahankan kedutan pada kulit. Ia juga dapat mengawal berat badan. Laici kaya dengan tembaga yang penting untuk proses hemoglobin. Apabila bergabung dengan zat besi, ia menhasilkan sel darah merah yang sihat. Menariknya Laici mampu mencegah kanser payudara dan menyihatkan akar rambut.
Tahukah anda? Limau mengandungi vitamin C. Ia mampu memperkuatkan jaringan otot-otot urat dan dinding pembuluh darah. Limau baik untuk kesihatan gigi, menyembuhkan sakit gusi berdarah dan gigi rosak. Ia juga mampu menyembuhkan penyakit sendi. Paling penting, Limau sangat berkhasiat digunakan untuk mengawal tekanan darah, kolestrol serta meningkat imun badan.
Kenapa aku suka F&N Magnolia Sherbet? Sesiapa je yang pernah merasa sekali, pasti tak puas. Mesti nak lagi! Walaupun aku suka semua perisa F&N Magnolia Sherbet, tapi perisa manggis yang paling aku suka! Kerana aku suka makan buah manggis. Malah rasa manggis dalam F&N Magnolia Sherbet tak ditenggelamkan oleh sherbet penuh krim ini. Perasaanku ketika menikmati F&N Magnolia Sherbet seolah-olah berada di taman buah-buahan. Nikmat kesegaran jelas dirasa. Rasa nyaman aiskrim yang lembut, halus dan mampu meningkatkan mood gembira!
Sedang aku menikmati F&N Magnolia Sherbet, tiba-tiba bos aku datang ke meja. Bos tanya, ada tak aku terima bungkusan hadiah dari sesiapa untuk beliau. Hadiah???
Aku blur... Hadiah? Bukan hadiah tu untuk aku ke? Dalam kebingungan, bos aku pun tengok aku semacam... Nak-nak bila dia tengok F&N Magnolia Sherbet kat tangan aku... sambil togok air liur berkali-kali... Er... nak jugak ke bos??
Tindakan aku? Cepat-cepat aku habiskan semua F&N Magnolia Sherbet kat tanggan dan dalam bungkusan hadiah. Mana boleh kongsi dengan my bos. Rugilah terlepas peluang merasa semua perisa F&N Magnolia Sherbet!
Lepas tu barulah aku bagitahu pada bos aku dari awal hingga akhir kisah macam mana hadiah beliau jadi habuan aku haritu. Kejutan tu buatkan bos aku merajuk dengan aku selama sebulan. Sedihnya, hujung bulan, aku tengok gaji aku susut sebanyak RM10. Harga 4 buah F&N Magnolia Sherbet pelbagai perisa yang aku makan hari tu. huhu.... Tu pun nak berkira, cis!
Tak lama lepas tu barulah aku terjumpa sebuah kad. Aku rasa tercicir masa aku tergopoh-gapah nak buka pembalut hadiah tempohari. Patutlah tiap kali aku terserempak dengan bos, dia buat muka ketat je nak tengok aku. Rupa-rupanya hadiah F&N Magnolia Sherbet tu istimewa diberikan oleh isteri beliau, huhuhu....
Tengoklah kad yang disertakan dengan hadiah tu. Inilah dia peminat setia F&N Magnolia Sherbet aka bini bos aku! Dan dari sumber yang dirahsiakan, isteri bos aku ni suka F&N Magnolia Sherbet perisa manggis. Alamak! Sama citarasalah pulak dengan aku! hohoho... Nasip baik bini bos tak datang opis, serang aku sebab perabiskan aiskrim untuk laki dia ahhahaha....
Contest ini dibawakan oleh Nuffnang. Diperlazatkan oleh F&N Magnolia! Contest tamat pada 31 Januari 2011! Jom join!
The nyum nyum ending!
81 comments:
alahai sweet laa bini boz :) tak cair ker dia pos tu :p
belum try lagi ni..nak jugak laa beli..pengaruh belog sudah :p
elissmie ~ hohoho... tersipu2 ai! confirm xcair tu elis, sebab dia guna bekas tahan sejuk dlm kotak hadiah tu, sebab tu kotak tu tinggi semacam! hahhaha <--- alasan :D
sedap aiskrim ni elis. xpuas mkn sekali :)
very creative entry!! good luck wan :)
mama zharfan ~ trimas k.suziey... lama wan karang entry ni. nak design karektor saja makan masa 3minggu! tu pn sbb on off smbil2 bz dgn job opis segala huhu... etry paling lama wan karang setakat ni ---> utk kontes hahah
hehhehe kelakar la cerita ni... best sangat .. wahh tetiba rasa macam nak makan aiskrim ....jom jom kita makan aiskrimmm hehehhe
Nigina ~ trimas :D jom makan! aiskrim ni mmg sedap. selain haagen dazs rasanya magnolia sherbet ni mmg setanding! sedap :D
moga2 wan menang contest ni--3 minggu tu!!! creativitiy is subjective, most of the times doddling ni akan dpt more attention :) all the best yer!!
http://suzie284.blogspot.com
mudah2an. kalau menang berbaloilah dgn usaha 3 mgu tu :D
memang best cerita nie.. buatkan cute mum terliur nak makan.. lagi2 tengok gambar carton comel tue menikmati ice-cream..
pastue ada info menarik pasal buah-buahan.. memang terasa macam kat ladang buah-buahan..
keseluruhan cerita memang lawak..tergelak cute mum baca...
gud luck...
http://mamiuyun.blogspot.com
omg!sgt2 comel sis!
pandai gle sis lukis nie.
owh ifa xpandai.haha
moga sis menang yaa!
serius comel kartun nie.
pastu cerita pun nice!
Cute Mum ~ saya susah nk jumpa aiskrim ni. last jumpa jugak kat JJ midvalley. tup2 kawan saya kata kat kedai2 biasa pun ada je magnolis ni... haih... masa nk cari xjumpa2 :) tp mmg puas hati makan. sedap :D trimas sudi wish cute mum :D
tiefazatie ~ trimas Ifa, nk siapkan seluruh expresi saja makan minggu. rujuk skecth segala tp lmbt juga nk siap :) ter'miss yg kreatif slogan tu.
mesti menang, sgt kretif dan menghiburkan. thumbs up! ;)
kak wan sgt kreatif la....insyaAllah mng...amin..
http://hanis-anati.blogspot.com/
xpe sis..usaha tangga kejayaan!
serius sgt best nie!
all da best sis!
kat sini xde lg aiskrim nie..huhu
Best best! ,ya Allah nih mesti penat buat gmbar2 kartoonnyer..x pe x pe,boleh mng punyer..good luck ;D
hmm gara2 cerita tadi tuh,jadi nk mkn icecream tuh plak XD
Insya Allah entri ni dalam perhatian juri...saya sendiri pun teruja baca entri akk.Bukan senang nak buat doodle comel macam ni...
Moga akk berjaya dengan hasil usaha akk memrah idea selama ni.
wan!!!
u r so good!! dunno how long u nak buat bende ni semua.. really hope u get that rm1500!!
Pantun komen ;
Tersentak seketika gara-gara pos baru,
Datang menjenguk blog Wansteddy,
Alangkah ku kagum dan rasa terharu,
Membaca kisah aiskrim yang funny dan happy.
Itu dia kreativiti Wansteddy ditonjolkan,
Wansteddy bersama F&N megah beraksi,
Manggis laici tembikai susu dan limau diketengahkan,
Khasiat mereka bersama dikongsi.
*Adil ;D
http://adilmohamad.blogspot.com
Ween ~ Trimas Ween :D
Hanis Anati ~ amin... trimas sudi doakan Hanis :D
tiefazatie ~ yeke.. akk ni nama je duduk KL 3minggu cari baru jumpa sbb kuar weekend je xcari betul2. harni masa nk upload url contest dlm nuffnang, rupanya dorg dah siap bg link kedai yg jual aiskrim ni. adeh... buang masa je cari2 merata xjumpa :P
Adil ~ trimas adil. akk rasa entry ni yg paling bnyk korbankan masa idea design akk. tapi kalau dah ada template tu laju sikit nak design. cuma bnyk expresi muka akk belum ada. tu yg parah nk lukis vector satu persatunya huhu...
ummuabdullahsyaakir ~ trimas dik :D harap2 begitulah. Tapi xboleh taruh harapan tinggi juga. Sebab ramai juga peserta untuk contest ni :)
Em's Family ~ amin.... harap2 masinlah mulut Mira ni. Agak lama jugaklah Mira, nak2 dgn stress kerja lagi. Pastu on off idea. tp awal2 wan prepare dialog dlu. pastu baru slow2 plan design dolly. pastu baru remake idea semula. harini barulah muatkan dlm entry. keseluruhannya... entry yg memenatkan selepas entry contest narnia haritu huhu... Wan doakan Mira juga menang contest ni. Wan sempat jengah awal entry Mira je haritu sebab server down. pasni wan singgah baca semula. entry Mira sure gempak mula smpi akhir sbb Mira ni bijak kembangkan idea :D
Adil ~ trimas Adil! pertama kali blogger dedikasikan pantun khas untuk akak. Akak akan abadika dalam 1 entry bila berpeluang nanti :)
best la wan...tp kurang gemar perkataan TRIMAS digunakan.....cintailah bahsa kita...satu lagi bukan ker perkataan KETAT merujuk kpd benda...sy rasa krg sesui utk org....yg lain semua ok...gud luck!
salam wan,
aiyoyoyooo ini macam saya tarik diri laa join itu contest ....pandai betul lukis katun ye wan...hanie ni dok terkial2 lg gune photoshop,wlupun yg asas...heh..tp nk gak try2
salam wan..
srnok baca n3 ni smbil layan gmbor dolly yg comey itu..
moga ader rezeki utk wan..
mana nk cari eskrem tu kat iph ni ek?huhu
err...tengok entry ni terus rasa nak p beli aiskrim tu sekarang jugak! sangat kreatif!!!! suka gile~ perasaan berada di kebun buah-buahan..hahaha..tmbh pulak adenye dolly comey~ tapi muka bini bos tu ala-ala muka owner blog ni la...ekekeke....
ouh..lupe nak tinggalkan url~
http://cadlynn.blogspot.com
good luck ye wan!
Mama Balqis ~ trimas bg cadangan mama balqis. tp kalau ikutkan bahasa dlm mana2 penggiat kartun pn mmg bnyk gunakan perkataan yang dipermudahkan. kalau guna perkataan skema lazimnya kita buat untuk komik standart utk tujuan pembelajaran atau pemberitahuan.
kdg2 beberapa prosa kata dicipta penggiat kreatif dan diperalihkan kegunaannya untuk tujuan lelucon.
itu apa yg wan fahamkanlah pasal ilmu kartun ;)
Ummi Hanie ~ Jomlah Join Hanie! Lain blogger lain cara penceritaannya. yg penting idea tu. apa pun wan wish good luck awal2 utk Hanie jugak. Dah create entry nanti, wan nak baca jugak :)
seronok baca n3 ni,lebih2 lagi ada kartoon yang cute sangat..
sedap je sis makan aiskerim tu..
good luck sis
Sari ~ trimas K.sari :D dalam entry contest ni ada nuffnang selitkan sekali jenis2 kedai yang jual sherbet ni k.sari. cuba surf, mungkin ada.
CaDLyNN ~ trimas cik Lynn :) alahai... kantoi suda! Perasan yeh? macam muka owner blog yeh? hohoho... Meh kita joget sekali kat taman2 buah Lynn, paling penting kena tapau eskrim ni bnyk2, baru besh :D
wow! this is incredible!! XD
cik Kanna ~ trimas cik Kanna :D
Sangat cute caracter nih. Good luck untuk wan. Terbayang² ice-cream magnolia masa baca entry nih. Nak kena cari gak nih ^_^
amboiiiii gmbo ko tu aku rse dah ikut kegedix kan aku hahaha...nie dah kena aura aku eh nak bergedix gituz???lawak le plaks aku bce entry ko nih...byk kemajuan!!!so kretipppp!!!harap2 ko menang..x menang aku x tau la nak ckp apo...bg aku dah perfecto dah...lagi perfecto kalo ada muka aku terselit kat mana2...heheheheh
kalo menang ko belanja la aku 5 hari mkn eskerim nih yea...aku tau mmg sedapppp!!!
theeggyolks ~ Thanx :D selalu baca entry contest the egg yolks sebelum ni. kreatif dan penuh kartun!
Fiza ~ Trimas Fiza :D
tk prasan eskrem ni mayb sebab slalu bli eskrem walls...tp bila bc entry ni mcm best je rsnye...yum2...suka tgk karakter tu..good luck wan
yantz-yeem ~ kalau ada picca ko.. kena ada kerjasama barulah sesuai selit hatta sebelah mata pun. hahahha... sengkiu! kalau menang xde hal nak belanje ;3 pizza hut A&W apa saja hohoho...
mama tisya ~ wan pn lepas 3mngu mencari baru jumpa kat JJ midvalley. trimas mama tisya :D
weeee sgt comel entry ini okeh!!
goodluck!!~
Trimas roeza :D
haha..meleleh air liur tgk magnolia sherbet yg kak wan pegang, nak kena rasa ni..love2 the vector image yg super cute..papepon gud luck, msti entry ni boleh lekat hadiah nuff punye..;)
Serenity ~ trimas Aja :D harap2 begitulah ;3
OMG! u r so kretif. no wonder la aida nak tempah dolly ari tu wan busy yek. ini la hasil nyer yg insya'Allah bakal menang !!!!!!!!!
adianiez AIDA ~ trimas aida :D haritu bz dgn job opis yang. wan setelkan semua vector dlm masa 2 hari xtidur malam huhu... sblm tu smpt rangka template je. mmg kusut jiwa raga. insya'allah kalau semua dolly kerja wan tu dah di approve wan paparkan dlm blog 40++ design dolly kerja wan. yg memeningkan kepala nk setelkan hahaha
alahai cute nye entry ni ..semanis sherbet tu..good luck wan! ;)mesti boleh memang nih...so creative!
catlina7@yahoo.com
blog leh klik profil hihihi...
CatlinaFly ~ trimas Cik Cat :D
wans,
memang terbaik... ni memang betul2 kreatip ni... semoga berbaloi usaha gigih mendesign ni....
gud luck Wans...
Wan, suka sangat watak receiptonist tu..apa namanya? Wan jugak ke? hehe..
comel!
berbaloi 3 minggu tu Wan.
kakyong ~ trimas k.yong :D
Nia ~ haha sbnrnya mmg nk taruk nametag dia. tp dah tau nanti xnampak namanya jadi tak jadi buatlah tag namanya. belum ada ic lagi tu Nia, nnt la wan create ic watak tu hahah...
kreatif sangat2 la kak wan...
suka giler..
comel kartun2 tu
hope akak menang
t citer lagi klu menang k..hehe
Ezay Hadry ~ Trimas Ezay, insya'allah. susah nk jangka la Ezay coz ramai juga pro comper join contest ni :D doa2kanlah untuk akak ye
Wan...mcm tau2 je..yus & en hubby bru2 ni try dh aiskrim ni..jmpa kat kedai kek king's..terus amik 2, bila nk byr, fuh, mahai rupanya! dh amik, byr je la..
bila mkn, fuh..best giler2!!sungguh, rsa buahnya 2 mmng rsa sgt2..
wan wat cite cmni, sweeetttt sgt2! klakar ada, nk senyum2 je baca. siap dgn info lgi, bgus btul..yus tau mkn je sblm nie..pe pn, all de best ya, wan!
Mama Yusra ~ Trimas Yus :D saya cuba selitkan mana2 info yang sesuai. Kalau kartun saja nanti macam kurang isi pulak hahah.. Sedap kan Yus. Wan pun rs xnyesal beli sebab wan ni gigi sensitif. Selalu takut nak makan aiskrim. Tp sebabkan tekstur sherbet ni lebih halus, rasa pun sedap mmg xde mslh pn nk makan. pantas je habis tu rs xcukup tu hohoho...
wahhhh sedapppnya nak yang perisa manggis dan tembikai susu feberet tuh..tak pernah makan aiskrim tembikai susu..kat mana jual ni wan tak nampak pun kat kedai ni..nak..nak..meleleh dah air liur ni...slrupppppppp!
Cik Puan Nurul ~ Nurul duduk kat Terengganu kan yang? dgr khabar sherbet aiskrim ni belum dipasarkan luar KL, tak tahulah kesahihannya :D tapi wan harap Nurul dpt rasa aiskrim ni, sbb mmg xrugi 2.50 pelaburan utk satu kotak. mmg sedap :)
comelnye kartun2 tu!
kak wan...
bnayak kali telan air liur bila baca entry nih..huhu....
wajib carik eskrim nih!
apepun gud luck ye kak wan..! info lengkat dengan khasiat buah-buahan lagi! u did a good job!chaiyok2...!
***comel jek kartun2 tu... :)
saya sgt suka entry ni! bila baca terasa cam sedap sgt aiskrim ni..good luck ye wan!
wan, satu hasil kerja yang sangat kreatif... kartun tu dah memang style wan, jalan cerita sangat menarik...
ros pun tak penah jumpa lagik eskrim nih...nak try gak la nanti kalau terjumpa kat memana....
anyway, gudluck wan!
wah..entry yg sgt kreatif plus cute pic..good luck dear..teringin nak try magnolia sherbet tu pas baca entry nie..all the best!!
ala..sedapp..ni yg nak p beli ni..T_T
cute la dolls tu :)
She's retarded ~ trimas dik ;)
nurulazham ~ trimas Nurul :D mmg sedap rasanya Nurul. Xrugi laburkan duit utk sekotak sherbet tu :)
MamaAiman ~ trimas banyak Mama Aiman :D
Ibu Ayra ~ trimas Ibu Ayra ;) cipta yg itu saja makan masa 3minggu mula dari skecthnya. tp bila dah mula dsgn dgn vector peruntukkan 2 hari utk semua expresi. tu yg kata tu... entry yg plg memeningkan kepala :)
mummy_ayu ~ trimas Ayu ;) jomlah makan Ayu. tak rugi mencuba mesti jatuh cinta dgn rasanya :D
misyamissyou ~ trimas Misya :D jom beli Misya, mmg sedap sherbat tu :D
wahh menariknye,kalo me jd juri dah leh jd juara dah ni hehehe congrats2..
miezaniera ~ hi mieza, Trimas dik :) wish akak lucky ya :D
follow u.. :)
eclipse sweet ~ trimas dik :D
MMG SEDAP SHERBET NI. DH MAKAN.. ENTRY YG SGT MENARIK. MUSTI BOLEH MENANG NIH HEHE
Adda ~ trimas cik Adda ;) mmg shedapkan... :D
Post a Comment