Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Thursday, January 6, 2011

New Year Giveaway By KedaiGambarKami Part 1(27 Disember 2010 - 28 Jan 2011)

Pertama kali aku google dan temui nama CatLinaFly aku mencipta satu tahap imaginasi dengan karektor pemilik nama ini. Masa tu baru google tengok senarai nama. Belum masuk blog beliau lagi tau. Pastu terbitlah dari awan-awan atas kepala aku idea tentang karektor seperti dibawah...
Superb Kawai! Aku bayangkan CatLinaFly adalah gabungan kucing, budak perempuan bernama Lina dan sepasang sayap pink! Maka terbitlah karektor peribadi CatLinaFly seperti yang dibawah....
Karektor budak perempuan dalam sut kucing boleh terbang! Ahahahah... Itu imaginasi sebelum aku jengah masuk blog Cat tau! Selepas aku masuk... CatLinaFly yang sebenar adalah seperti gambar disebelah. Memperkenalkan diriku sebagai Wan dengan blog lama Me and My Lovely Doter. Aku sampai sekarang kekal panggil CatLinaFly dengan gelaran Cat tanpa memikirkan faktor empunya nama ini bengang tak bengang kat aku! ahhahah... Sebab aku suka nama timangan yang manje lagi comel. Cat. Sebutannya mesra alam. Dan seperti nama manjanya. Cat memang rakan blog yang mesra. Sekali sekala Cat datang singgah blog aku. Yang lama dan yang ini. Cat bingkiskan kata-kata yang bagus. Yang buat aku berfikir sejenak. Kata-kata dengan isi. Maka aku letakkan Cat ditahap tertentu sebagai seorang blogger. Cat punya karisma tersendiri. Ini bukan ayat bodek penganjur ye kawan-kawan.... Ini pengamatan peribadiku tentang kenalan blogger :D
Umum dah ketahui Cat dikenali ramai kerana bizz online beliau dan hubby melalui khidmat fotografi. Kedai Gambar Kami. Menawarkan perkhidmatan fotografi dan photobook yang berkualiti! Sesuatu yang menarik tentang gambar Kedai Gambar Kami. Penggunaan ruang dan posisi gambar. Kelebihan ini jelas nyata dimiliki pemilik Kedai Gambar Kami. Usah khuatir soal kualiti. Untuk kepastian anda boleh singgah dan tengok sendiri hasil-hasil gambar yang diambil. Memang puas hati! Yang buat aku tertarik... gaya Cat ambil gambar. Tengok macam gambar di atas. Siap panjat kerusi nak dapatkan posisi terbaik. Kelas...! Tak cukup dengan tu. Gambar juga dimanipulasi dengan kesan khas yang lebih mantap. Syabas! Satu peringkat foto kreatif yang menaikkan lagi kelas produk Kedai Gambar Kami! Sampai sekarang aku masih rasa kagum dengan bakat krew Kedai Gambar Kami sebab berjaya cipta logo design kretif untuk Hanz. Boleh rujuk gambar diatas. Comel sangat tau! Kreatif dan sangat berkesan sebagai logo. Selain perkhidmatan fotografi, Kedai Gambar Kami juga menjayakan bizz rekabentuk header, button, logo dan lain-lain. Apa kata kalian singgah dan tengok sendiri blog-blog Cat. Mesti rasa besssh punya!
Ketika masih di blog lama. Me and My Lovely doter. Ketika tu nama manje Damia, Aliya. sekarang aku dah ubah nama manje baru, Damia atas nasihat orang tua-tua, takut tak serasi nama Aliya tu. Wallahualam... Aku selalu berkongsi entry tentang kisah Damia dengan eczema. Salah seorang rakan blog yang sudi berkongsi kisahnya, Cat. Thanx Cat. Masih teringat-ingat lagi kata-kata perangsang Cat agar Wan bersabar dan kuatkan semangat. Mungkin kerana E-en pun menghidapi eczema. Maka kami punya satu persamaan berkenaan anak. Kadang tu bila Cat menulis pasal alergik dan eczema. Aku kunjung baca. Tapi masalah blogger ini, yakni aku. Selalu jadi silent reader je. Jarang titipkan komen. Cat punya anak comel yang pandai posing juga. Nama manje, E-en. Satu gambar yang lekat di mata aku selain 2 gambar di atas, gambar E-en beraksi macam Boo karektor budak comel filem Monster inc! Besh... Dan jadi ibu bekerjaya dengan bizz online serta jadi blogger sepenuh masa. Cat ni memang di tahap superwomen sebab sanggup full BF anak. Salah seorang ibu yang menyokong kempen penyusuan bayi!
Cat juga pernah bertemu empat mata dengan kenalan blog. Antaranya Cik Comel Karipap Sayur, Miss Q! Owh.. kalau nak pilih-pilih gambar Cat dengan kenalan dia banyak lagi. Tapi apa kata korang jengah dan baca sendiri blog Cat. Layanlah sambil kenal-kenal Cat lebih dekat. Kadang-kadang tu kita sekali baca je entry-entry blogger ni. Kenal gitu-gitu je. Tapi melalui cerita-cerita blog doranglah kita rasa lebih dekat dengan dorang. Ya tak? Kalau tidak pada korang. Ada masalah pembacaanlah kat koranglah tu! hahahah gurau... gurau... aku gurau je!


It's more than meets the eyes! Jom ke Kedai Gambar Kami (www.kedaigambarkami.com) sekarang!

19 comments:

CatlinaFly said...

habis rumah ku dan cite bawah kain diselongkarnye hahaahaha..good luck wan! ;)

Wansteddy Tales said...

CatlinaFly ~ ahahaha... itulah kata... bukan entry contest dah tu. entry review! thanx Cat :D

AcuRose said...

camni nyer citer, takde can la acu wan :P..huhu..
gud luck wan..entry yg sungguh memberangsangkan.. :)

CatlinaFly said...

tulah..cuma full BF tu tak sampi 6 bulan sebab kena reject huhuhu :)

Wansteddy Tales said...

Acurose ~ thanx acu! act lain comper len gaya entrynya. menang kalah penganjur yg tentukan. wan enjoy buat entry ni sbb dlm msa sama wan review apa yg wan kenal dan faham pasal Cat :D

Wansteddy Tales said...

CatlinaFly ~ sayang... tp ok dah tu Cat. 6bulan ekslusif BF dah cukup bagus!

Mama Zharfan said...

besh entry wan ni..susah gak me nak celen ni hehhe
me zero lg idea..tp plan nak join :)

Wansteddy Tales said...

mama zharfan ~ thanx k.suziey... wan create entry tu rs cm luahan perasaan je k.suziey. mcm wat entry contest akak dlu. ke laut melencongnya! hahhaha

juelee said...

salam..

nak minta tolong vote..

http://julianamirul.blogspot.com/2011/01/kekawanku-sayang-please-vote-saya-trip.html

Wan_hazel said...

mesti menang lah nie kak Wan...comel lak gmbar catlinaFly tu..kucing terbang..ehehhe..

Wansteddy Tales said...

juelee ~ done. good luck yeh :D

Wansteddy Tales said...

wan hazel ~ trimas Wan. Jomlah join! Idea kretif Wan sure lebih gempak :D

Lulu caldina said...

Good luck...ngee

karipapsayur said...

Eh, apsal photo haku ada sini??

(baru perasan)

hahahhaha

Wansteddy Tales said...

Lulu caldina ~ trimas Lulu :3

Wansteddy Tales said...

karipapsayur ~ miahahaha... jgn mare tau cik sayor. smbil2 tayang cik Cat tayang Cik Sayor juga hahahah

saya cik puan syaz said...

best2.. entry yg best.. gudluck tu u too.. =)

tertarik dgn petikan yg last sekali.. mungkin dari segi pembacaan tu yg buat bloggers tu rapat dan saling memahami.. mcm syaz sendiri.. berkongsi pengalaman dlm meraikan hari bahagia..bl jumpa bloggers ni..kami semacam dh kenal lama.. bercakap tanpa henti.. ckp pasal persiapan masing2.. seronok rasanya.. ^_^

Wansteddy Tales said...

saya cik puan syaz ~ Trimas banyak Syaz :) saya tak pernah lagi jumpa2an dgn ramai geng blogger. insya'allah satu hari bila berkesempatan nak join juga gathering.

CatlinaFly said...

dtg cilok gmbr jap utk assignment blogger...dun worry,sy akan kredit kan kat wan ;)