Nuffnang

Followers

Friday, January 7, 2011

Pemberitahuan ~ Kempen Anti CopyCat tetap akan aku teruskan walau ada pihak tak senang!

Tidak pernah sekali pun aku edarkan badge anti copycat ini kepada mana-mana pihak secara terus. Terutamanya untuk tujuan provokasi melalui email. Tidak sama sekali! Andai wujud sebarang tuduhan yang demikian. Sila tampil kemukakan bukti bertulis dan bergambar. Mungkin aku yang lalai bertindak demikian. Tapi setelah aku semak satu persatu dalam email, takde sebarang email pun berkenaan badge ini aku serah pada kenalan aku. Semua bahan bukti bertulis aku simpan sebagai rujukan. Jelas?

Rata-rata geng Blogger datang ambil badge berkenaan sendiri. Tanpa paksaan. Mereka punya hak masing-masing untuk melindungi karya mereka. Dan aku sangat hargai keprihatinan masing-masing dalam usaha menyedarkan masyarakat tentang isu copycat.

Aku lancarkan kempen Anti Copycat melalui blog Wansteddy Tales serta status email dan facebook di dalam wall. Adalah suatu kemestian andai geng-geng facebook dan yang ada link dengan email aku melihat badge ini secara terbuka. Paparannya hanya untuk tujuan pengiklanan dan pemberitahuan. Jika kalian berminat melancarkan kempen ini. Jemputlah ambil dan jadikan bahan kempen untuk lindungi hasil kreatif kalian. Ingat! Sebarang kandungan dalam blog anda juga adalah hak anda. Jika anda merasakan anda tak kisah. Jangan marah dan gundah gulana andai suatu hari nanti ada pihak lain menjadi 'diri anda' tanpa kerelaan. Fikirkanlah.

Andai ada pihak yang berasakan terganggu dengan status email dan facebook aku. Sila hidden alamat email aku. Nak buang pun takpe. Aku tak kisah. Yang aku kisah andai ada yang bersungut, kempen itu nampak semak di matanya. Seperti usulanku sebelumnya, silalah hidden status aku. Ambillah tindakan sendiri. Aku nak teruskan juga dengan kempen ini. Gasaklah apa orang nak kata.

Kempen ini diwujudkan bukan bertujuan menjatuhkan, memalukan pihak tertentu seperti anggapan salah sesetengah pihak. Kempen ini telah lama aku fikirkan ketika kecoh dalam entry-entry blogger, hasil kreatif mereka diciplak blogger lain. Ada juga comper contest blog dan luar yang alami situasi yang sama. Bila mana hasil idea kreatif dan karya mereka diciplak. Dan berlaku juga kes ciplak di kalangan rakan kreatif aku. Apabila hasil kreatif mereka digunapakai dalam bidang perniagaan tanpa pengetahuan mereka. Itu semua antara pencetus semangat aku melancarkan kempen ini. Diharapkan penjelasan ini dapat membuka minda dan hati mereka yang bersyak wasangka bukan-bukan.

Kalau berlaku salah faham lagi. Sila tampil dan rujuk kepada saya secara dua hala. Boleh melalui blog ini dan melalui emailku untuk lebih privasi: washifalo@yahoo.com.

Sekali lagi dimaklumkan. Badge ini adalah PERCUMA. Jemputlah bersama kita lancarkan kempen ini untuk memberi kesedaran kepada masyarakat umum. Keprihatinan anda amat dihargai. Sekian.

6 comments:

Mama Zharfan said...

ada isu lg ke wan..ish ish mcm2 hal la plak...

Wansteddy Tales said...

mama zharfan ~ kempen nak permudahkan blogger. yg lain pulak salah faham. salah terjah :(

Cik Puan Nurul said...

wan..saya pun kadang pelik tul la..paling xsuke kan kalo baca kat belog org entri yg sama pernah dikeluarkan olh blog org lain..serius cam muak je semua pakat nak kopi pes ape salahnya just letak link je atleast org respek kat kite yg kite bkn jenis nak kije mudah je,pastu nak suh org pakat ramai2 mai blog kite baca entri tu sbb best padahal entri tu belog tuan asal dh kuarkan dulu..sy mmg xleh nk update blog 18 kali sehari cam sesetengah org,sbb xpandai nak karang sekadar sebaris dua ayat dan biasanya sy perlu buat research,google pic yg bersesuaian barulah bleh nak taip entri dan kenkadang kene perah otak pikirkan ayat yg terbaaik sbb nak org yg baca dapat sst dr entri kita..dan amatlah menyakitkan kalau org main kopi pes je..sepatutnya org tu bina ayat sendiri kat blog kendian just letak link entri kita sama cam org yg kopi pes berita online takyah nak copy semua berita just letak separuh biar berita selanjutnya org klik link sendiri.-sori panjanglak tgk komen pun dh panjang haha

CatlinaFly said...

eh mcm ni pun ada isu?

jd inspirasi ,and kita manipulate idea tu supaya tak sama sejibon,takpe..jgn lah tiru bolat2 kan..

Wansteddy Tales said...

Cik Puan Nurul ~ lebih pnjg kita huraikan lebih faham pembaca dgn kenyataan kita Nurul. Saya suka! haha... saya beranggapan. selagi xde pihak tampil berbuat sesuatu smpai bila2 kesedaran psl copycat ni xkan ada. tapi klu ada yg krg senang. hak peribadi dorglah. saya pn dah malas nk pk2. entry ni cuma nk perbetulkan situasi bila wujud slh fhm kononnya badge ni wan ada edarkan melalui email. harap2 dgn wujudnya entry ni jelas dan nyata tujuan badge ini dihasilkan :D

Wansteddy Tales said...

CatlinaFly ~ tujuan wan nk berkongsi je. terserah pd geng2 yg ambil badge tu nk sampaikan penyampaian masing2 mcm mana :D

Yup! jika kita manipulasi dgn idea kita sndiri barulah layak dikatakan design kita. idea & konsep itu yg penting mmbezakan kita dgn hasil kreatif yg lain :D