Nuffnang

Followers

Friday, January 14, 2011

Perkenalkan secara rasminya... Wansteddy Dolly

Lukisan vector ini adalah 100% dilukis baru menggunakan perisian Adobe Illustrator CS5. Idea melukis dolly ini timbul atas beberapa faktor. Setelah ditimbang tara, aku ambil keputusan meminda hampir keseluruhan rupa bentuk dolly rekaan aku. Rasanya inilah masa yang paling sesuai. Tahun baru. Azam baru. Idea baru....

Boleh saja aku tukarkan sebutan dolly kepada Chibi. Tapi aku yakin ramai yang akan confuse nanti. Oleh itu, aku teruskan juga dengan sebutan Dolly ini. Kalau korang nak lebih rasmi. Boleh sebut. Lukisan vector. Itu lebih tepat :D

Memulakan langkah dengan lukisan vector dari rujukan laman internet. Aku menjadikan designer Korea, Taiwan dan Jepun sebagai sumber inspirasi mencipta dolly. Kalau aku tuliskan nama-nama designer ini, ramai... Namun salah seorangnya mungkin kalian biasa tengok rekaan dollynya tapi tak tahu nama pelukisnya. Chih Hang. Korang google sajalah nama ini pasti kalian pun kagum dengan kerja seni halusnya. Setiap lenggok dolly berkesan, mantap dan cantik.

Aku harus akur untuk meneruskan langkah seterusnya untuk menginjak perubahan. Bertitik tolak dari beberapa masalah libatkan idea dan konsep design. Serta menerima kritikan. Aku rasa sudah sampai masanya aku tampil dengan lukisan yang betul-betul asli dari jari jemari sendiri. Kerana ramai tak dapat bezakan vector lukisan atau yang sedia download. Justeru aku ciptakan vector baru. Supaya hasil kerja aku punya gaya tersendiri. Tidak lagi disamakan dengan yang lain.

Buat masa ini. Aku cuma dapat siarkan design dolly yang ini. Masih dalam proses menyiapkan bahagian badan dan muka dolly. Dalam simpananku kini dah sedia banyak vector anggota badan. Bila diperlukan ia akan dicantumkan dengan gaya dolly yang sesuai. Secara tak langsung aku dah dedahkan tips design aku ni. ahaahahha....

Masih dalam proses menghasilkan karya dolly baru. Kalau kalian masih ingat. Dolly kanak-kanak yang aku lukis tangan dulu? Ya... lukisan begitulah lebih kurang akan aku jadikan dalam bentuk vector pula. Dan ia akan jadi dolly rasmi chibi kiddy. Justeru, aku punya dua jenis design dolly yang berlainan. Boleh digunapakai untuk lain rekaan mengikut kehendak pelanggan.

Harini ini aku siap lukis anak kucing putih bermata biru jernih. Aku siapkan background mini beserta namanya Kitty... Tak sempat simpan masuk dalam thumb drive lukisan itu terkubur dalam pc lama. Kalau masih dapat diselamatkan syukurlah... Tapi kalau memang PC itu kong sepenuhnya.... "Selamat tinggal Kitty"... huhu... Penat aku lukis anak kucing tu dengan satu persatu bulunya okey...

Lebih dari kesal aku rasakan. Kerja pejabat aku sepatutnya 80% siap jadi 30% siap. Lagi 50% ? Burn... Maka aku tak tension? Sangat-sangat tension..... Mengeluh tak selesaikan masalah. Baiklah aku banyakkan sabar dan besarkan mata cepet ini untuk giat menyiapkan tugasan saat-saat akhir. huhu...

Banyak terlepas contest. Mana-mana contest via facebook aku mintak tolong korang votekan. Boleh? Dengan termalu-malu ini aku mohon jasa baik korang, huhu... Tak sempat nak buat promo dari blog ke blog ekoran kesibukan ini huhu...

9 comments:

mimie1678 said...

cantik...

Adil said...

cute chibi dolly! huhhu

Wansteddy Tales said...

mimie1678 ~ trimas Mimie :D

Wansteddy Tales said...

Adil ~ trimas Adil ^^

Mama Zharfan said...

comel :) tp free hair la plak heheh

Wansteddy Tales said...

mama zharfan ~ ehee... dun wuri k.suziey... design boleh fleksible kut permintaan. baru je explore lukis shawl. masih keras ohowww...

nba-Nur said...

Cute dan cantik.. Lepas ni boleh buat dolly muslimah bertudung pula ye.. Wan memang kreatif..

Wansteddy Tales said...

nba-Nur ~ insya'allah :D

Karisma Izzah said...

cumilnye...