Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Monday, January 3, 2011

Selamat Bekerja 2011!


Hari baru. Bulan baru. Tahun baru. Selamat bekerja kepada semua rakan blogger dan pembaca. Khasnya pada yang sudah bekerja. Bagi yang masih belajar, selamat menjalani hidupan sebagai seorang pelajar semula setelah bercuti panjang.

Hari ni lewat aku bersiap ke pejabat. Tapi nasip baiklah jalan lenggang. Walaupun keluar jam 8pagi sampai ke pejabat sebelum waktu kad merah. Walla! Senang hati sikit yang gundah gulana ni. Sebenarnya separuh hati je rasa nak bekerja hari ni sebab asyik teringatkan Damia. Mudah-mudahan Damia diberikan kesihatan yang sempurna dan gembira di taska hari ni. Risau jugak sebenarnya. Malas nak cerita panjang. Bila aku kenang wat tambah resah gelisah ni.

Sebelum mulakan tugasan baru. Update dulu entry baru. Harini nak lebih fokus pada kerja. Banyak yang belum siap sebab minggu lepas cuma dua hari saja bekerja. Harap-haraplah tahun ni aku dapat berikan komitmen yang lebih cemerlang dalam tugasan.

Bukan anugerah cemerlang tu yang aku kejar. Lagipun orang macam aku jangan mimpilah nak dapat. Sebaiknya kita jujur dengan setiap kerja kita. Lakukan dengan amanah. Siapkan mengikut masa ditetapkan. Selebihnya kita doa dan tawakal mudah-mudahan rezeki yang kita kecapi tiap-tiap bulan itu berkat. Amin...

Azam aku tahun ini? Tingkatkan kemahiran design. Tingkatkan ilmu contest hahahha... Dan tekad dengan kempen ANTI COPYCAT! Semoga azam aku ini dapat dilaksanakan dengan penuh kejayaan :D

16 comments:

Momma Mia said...

Selamat bekerja Wan!!!
Semoga tahun ni bakal menjadi tahun yg cemerlang utk wan sekeluarga

Wansteddy Tales said...

mommaMia ~ trimas Alin :D selamat bekerja utk alin juga. Sama2lah kita doakan kejayaan kawan2 ye Alin. Mudah2an rezeki kita diberkati sepanjang tahun, amin...

cikceriacorner said...

selamat tahun baru dan selamat bekerja..:)

adianiez AIDA said...

sama ler kita wan. pagi ni pun aida masuk bilik terus buat keje. now (da kul 11:45 pagi) meja da kosong. tunggu bos lulus jek, baru aida masuk sistem.
anugerah cemerlang tu satu bonus jer wan. but, kepuasan diri sendiri tu yg penting...

AyuArjuna BiGoshh said...

chaiyok chaiyok

Wansteddy Tales said...

Selamat thn baru k.teq :D

Wansteddy Tales said...

Aida ~ kat opis wan, xde dah istilah happy. dtg punch kad. fokus keje. balik punch kad. dah... nama nak berkwn2 dgn kwn opis tidaklah. pd wan kerja je yg blh buat wan happy itu pn kalau xberi tekanan hahahha.... kita ni aida, bonus pun payah nk dpt. nk dpt anugerah cemerlang lagilah susah muahahaha...

Wansteddy Tales said...

caiyo2 k.ayu! :D

mummy_ayu said...

selamat bekerja gak to wan....
and of coz selamat tahun baru!!!
harap apa yg diazamkan tercapai..amin!!

Adyshariz said...

slamat bekerja di tahun baru..moga azam tahun ni tercapai..

Mama Zharfan said...

jom menang contest byk2 hhehe
Amiin

AcuRose said...

Selamat bekerja juga utk kamo Wan..Moga akan terus berkarya dan tabah untuk menghadapi hari yang mendatang.. :)..

Wansteddy Tales said...

mummy ayu ~ trimas :D mudah2an tercapai juga azam dan cita2 ayu tahun ni, amin...

Wansteddy Tales said...

Adyshariz ~ trimas :D selamat tahun baru buat Adyshariz sekeluarga :)

Wansteddy Tales said...

mama zharfan dulu underground skrg kena gak bgtau join nak2 contest FB hahahha

Wansteddy Tales said...

Acurose ~ trimas Acu. mudah2an tahun ni kan lebih cerah. yg lepas tu wan jdkan iktibar dan harap2 xjd lagi kendian hari :D