Nuffnang

Followers

Tuesday, January 4, 2011

Trimas pada yang PRIHATIN

Sebenarnya bukan pertama kali rakan blogger memaklumkan perkara berkaitan isu copycat ke email aku. Bagi yang pernah hantar email memaklumkan hal berkenaan, aku ucapkan terima kasih atas keprihatinan kalian. Jasa kalian tetap kukenang kerana menyokong aku secara langsung atau tidak langsung. Sungguh buat aku terharu...

Aku sebenarnya dah malas nak fikir lanjut. Tak nak perkara jadi lebih keruh sedangkan aku dah tenang-tenang. Lagipun dah berlaku konfrontasi dua pihak. Andai designer yang kalian maksudkan masih terus dengan gaya design dan konsep design seakan sama dengan aku. Aku dah tak boleh buat apa. Namun seperti usul kalian. Jika perkara ini boleh dibawa ke peringkat perundangan, mungkin aku akan pertimbangkan. Jika perlu buktikan dari segi waktu aku merekacipta design. Aku dah sedia ada semua bukti yang diperlukan.

Kita boleh jadikan sesiapa sahaja sebagai sumber inspirasi. Tapi meniru gaya, stroke dan konsep design itu menunjukkan di mana kedudukan kita selaku seorang designer. Adakah anda kreatif atau sekadar tampil dibalik bayang-bayang individu lain? Terserah pada individu lain menilainya. Kita sendiri tahu sama ada kita di pihak benar atau buat-buat benar. Tepuk dada tanyalah minda...

Dah lama tertarik dengan entry dari Kak Zubye, Eye Of Grace. Entry berkaitan copycat bertajuk: Be Genuine with your Work. Jemputlah baca sebagai panduan kita bersama untuk menilai erti kreatif. Dan jadilah warga kreatif yang bijaksana, yang punya identiti dan karisma tersendiri.

6 comments:

CatlinaFly said...

menjadi inspirasi, tak apa..

copycat bulat2?wallahualam sy cuma rasa mungkin sebab org tu kagum sgt dgn hasil kerja sesorg?kagum sampai tahap stalking? huhuhu./..

tapi tulah, minat takpe, yang penting cara kita menginterpretasikan idea tu..

lagipun, sesuatu idea tu bukan hakmilik mutlak kita kan?melainkan kite dah patternkan :)....

Wansteddy Tales said...

CatlinaFly ~ itulah yg org tak berapa nk jelas soal kreatif ni. sbg cth kalau kita dnlwd vector. kita ubahsuai dan letak layout ikut idea kita. itu kreatif. tp kalau stroke design sama, konsep sama, layout sama mmg dikategorikan sbg ciplak lah. setuju benarlah dgn kata Cat tu... "cara kita menginterpretasikan idea tu.." itulah kreatif idea sbnrnya.

aiDieNa said...

Huh.. siapakah orang itue??

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

wan g la jenguk blog org yg tiru tue then komenla "isk macam saya penah buatlah .." hehe

Wansteddy Tales said...

aidiena ~ hahah... hanya jauhari mengenal manikam :D

Wansteddy Tales said...

Baby ~ hahahha kes2 provokasi dah berakhir Ila. saya da xnk amik port. masuk thn baru dgn azam baru. lupakan yg lepas2 mulakan buku baru :D