Hari ini kami sekeluarga plus adik aku akan berangkat pulang ke Kampungku Gerik, Perak. Masanya bercuti panjang lepaskan segala stress sepanjang bulan Januari ni. Kat kampung tak pastilah ada line internet ke tidak. Sejak adik-adik aku semuanya dah belajar luar dari Perak, aku rasa mak abah dah tak perlukan streamyx line dorang tu. Lagipun yang rajin online pun adik-adik aku je. Harap-haraplah ada line kan. Bolehlah aku berjoget online dari kampung haahah...
Hu... Tak sabar nak suruh abah bakar ikan sungai. Cicah dengan sambal cili buatan mak yang sangat sedap tu. nyum nyum... Terkecur dah air liur aku membayangkannya saja :D
Baju belum siap packing, gigih nak posting entry baru. ngehngehngeh... Hubby dah jeling. Damia dah mula memunggah baju-baju lipatan tadi dan beliau membuat cubaan melipat balik sendiri. Serabut baju-baju jadinya. Nampaknya aku kena berhenti bersukaria dengan blog sekarang. Kembali menjadi surirumah yang baik sepanjang cuti ini hahhaa...
Hu... Tak sabar nak suruh abah bakar ikan sungai. Cicah dengan sambal cili buatan mak yang sangat sedap tu. nyum nyum... Terkecur dah air liur aku membayangkannya saja :D
Pemenang Baca & Komen lucky draw akan diumumkan esok, insya'allah... Kalau takde masalah. Kalau takde line internet tu faham-fahamlah... Mungkin pengumumannya terpaksa ditangguhkan. Susah gak nak posting post baru kalau takde line internet. Aku malas nak pergi cyber Cafe kat Pekan Gerik. Aku pun bukan jenis suka merayap. Kalau dah kat kampung tu menepek kat rumah je la. Lagi besh...
Lagi satu pemenangnya harus dimaklumkan awal-awal. Hadiah hanya akan dipos selepas aku balik cuti panjang ni. Minggu depan. Kalau dapat pos isnin, cukup cantek... Tak suka nak peram lama-lama hadiah pemenang. Aku sungguh terlupa pasal hadiah ni. Aku tertinggal kat opis lepas buat sessi ambil gambar haritu huhuhu... Takpela. Takkan lari hadiah tu. Sampai masa kan dihantar juga pada pemenangnya... Tunggu yeh....!
Doakan perjalanan kami pulang dan kembali semula ke Kuala Lumpur selamat dan lancar...amin...
5 comments:
waah! kt kampong jgn lupe berblogging plak
hehhe ;D
Adil ~ yay! boleh online dari kampung Nasip baiklah ada line ohohotenet! h
selamat bercoti..bestnye..
hati2 di jln raya..:)
best tu kak ikan sungai cicah asam..nom nom nom!!
hehehe...camat bercuti kak wan..
Post a Comment