Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Monday, February 14, 2011

KFC Egg Tart

Pertama kali makan tat telur! Dan tat telur yang aku rasa ni istimewa dari KFC. Aku kalau orang sebut tat telur, aku punya pandangan sinikal kat jenis makanan ni. Aku tak suka! Sebab sekali pernah termakan tat telur yang.... terlalu memualkan! Sudahnya itulah pertama dan terakhir aku berani makan tat telur sehinggalah baru-baru ni. Gara-gara mengidam macam mak buyung. Aku minta hubby belikan satu untuk aku. Hubby beli satu lagi untuk dia. Sambil-sambil nak tunggu lauk order sampai. Sempat aku melantak tat telur ni.

Suapan pertama terus buat aku teruja. Rasa manis dan empuk tat ni memang sedap! Siap ada rasa cheese lagi. Sebenarnya creamy custard! Lebih menambah efek sedap tu, kepingan tat ni sangat crispy. Kesimpulannya... tak cukup makan sebijik je. Paling koman makan dua biji, baru puas hati. Tapi tak boleh lebih-lebih juga. Nanti jadi muak. Sebab telur kan...

KFC Egg Tart. Memang sedap!

5 comments:

Mama Zharfan said...

me sama mcm wan--me lg ler, tak pernah mkn pun tat telur--sbb mindsetting me kata tak sedap kuih ni hahahah

MRS. K said...

egg tart, chesse tart.. semua sooka!!

Wansteddy Tales said...

mama zharfan ~ baunya saja dah mengiurkan k.suziey. wan inilah 1st time rs suka kat tat telur :)

Wansteddy Tales said...

mrs. K ~ ahahhaa... wan cheese tart ok egg tart... erk! tp KFC egg tart syukurlah boleh masuk ke tekak. sedap yeh :)

Liza said...

Wah, mcm sedap.. nak try lah.