Nuffnang

Followers

Friday, February 18, 2011

Konsert Hore Hore Bersama Aznil Hj Nawawi

 
Siapa tak kenal Aznil Haji Nawawi atau nama komersilnya Pak Nil jangan mengakulah rakyat Malaysia! Beliau antara artis contoh yang memartabatkan negara. Kebijaksanaan dan kewibawaan beliau dalam mengendalikan pelbagai rancangan menarik di kaca televisyen bukan calang-calang. Karismanya terserlah. Jiwa 1Malaysianya kuat dan tak mudah goyah. Walaupun berada di kemuncak kemahsyuran sebagai pengacara paling popular di Malaysia, Pak Nil tak lekang sikap sopan dan merendah diri. 

12 mac 2011 tanggal bersejarah apabila Pak Nil akan mengadakan konsert solo di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Hasrat Pak Nil ni dah lama. Dan akhirnya impiannya nak adakan konsert yang dekat dengan rakyat sepertimana idola beliau, arwah Sudirman Haji Arshad terlaksana juga. Tahniah buat Pak Nil! Tiada aral aku pun nak sertai saksikan konsert itu nanti. Pastu hari itu akan jadi hari bersejarah kat Taman Tasik Titiwangsa sebab julung kali Pak Nil akan adakan persembahan kat sana. Malumat terperinci adalah seperti berikut:
 
Tarikh: 12 Mac 2011 (Sabtu)
Masa: 8.00pm – 10.00pm
Tempat: Taman Tasik Titiwangsa
Klik sini untuk ke Nuffnang contest
 
Nuffnang bermurah hati nak berikan 30 tiket percuma kepada blogger bertuah. Syaratnya, sambung slogan besh berikut: “Dalam banyak-banyak artis, Aznil berjaya mencuit hati saya kerana…
Kata-kata dari pihak Nuffnang:

30 komen terbaik akan memenangi sepasang tiket ekslusif ke Konsert Hore Hore Bersama Aznil Hj Nawawi pada bulan hadapan!

Bukan itu sahaja, buat peminat setia Pak Nil yang ingin turut serta ke konsert ini tetapi tidak berpeluang untuk memenangi tiket-tiket ini melalui Nuffnang, jangan risau! Sebab anda juga boleh mendapatkan tiket tersebut dengan melayari www.ticket2u.biz untuk membuat tempahan tiket melalui Internet. Untuk pertanyaan lanjut mengenai tempahan tiket, anda juga boleh menghubungi Yati Rahman di talian 019-6601195 atau Amir Hamzah di talian 019-3406832 atau 03-78850848. Jadi tunggu apa lagi? Jom pergi beramai-ramai dan tinggalkan komen anda sekarang!

No comments: