Nuffnang

Followers

Thursday, February 24, 2011

Term DOLLY

Beberapa hari lalu aku berbincang dengan rakan designer berkenaan perkataan DOLLY. Lambakan rekabentuk kartun yang disebut DOLLY kian mewarnai internet. Maka kita lupa dari mana asal usul perkataan ini yang sebenarnya. Trimas pada senior UiTM & opismare aku, Erol aka Momok, aku ketahui maksud sebenar perkataan tersebut. Jom kita semak maksud disebalik term DOLLY.



Memetik laman  Counter Balance, dolly bermaksud: Kambing biri-biri
The name given by the Roslin Insitute to the first cloned mammal; a sheep.  It took 277 attempts to clone Dolly (0.4% efficiency).

Ikutkan banyak lagi penjelasan lanjut berkenaan perkataan dolly, kambing biri-biri ini. Tapi cukuplah satu maklumat, kalian boleh dapatkan pelbagai rujukan lain melalui saluran yang disukai.

Selain daripada maksud kambing biri-biri. Ungkapan Dolly paling popular merujuk kepada penyanyi Amerika Dolly Parton. Melalui laman Wikipedia, berikut adalah maklumat berkaitan dengan Dolly Parton:

DollyParton Dolly Parton announces UK Tour Dates!!
Dolly Rebecca Parton (born January 19, 1946[1]) is an American singer-songwriter, author, multi-instrumentalist, actress and philanthropist, best-known for her work in country music.
In the four-and-a-half decades since her national-chart début, she remains one of the most-successful female artists in the history of the country genre which garnered her the title of 'The Queen of Country Music',[2] with twenty-five number-one singles,[3] and a record forty-one top-10 country albums.[4] She has the distinction of having performed on a top-five country hit in each of the last five decades[5] and is tied with Reba McEntire as the only country artists with No. 1 singles in four consecutive decades.[6]
She is known for her distinctive soprano,[7] sometimes bawdy humor, flamboyant dress sense and voluptuous figure.

Adakah entry ini membuka mata kita sedikit? Aku harap begitulah... Aku bukan pakar dalam bidang DOLLY. Masih banyak yang aku nak belajar. Dan bagi yang berminat nak belajar, usah segan bertanya. Selagi punya kudrat dan masa, aku cuba membantu apa terdaya. Sudah dapat ilmu jangan bongkak melupakan guru. Adat menimba ilmu. Insya'allah ilmu kan berkat dunia hingga akhirat...
Pada pendapat aku yang masih mentah ini... term adalah sesuatu yang kita cipta. Kalau berkemampuan, bolehlah paternkan term tersebut khas untuk diri sendiri sahaja. Namun selagi ia adalah sebuah perkataan. Tiada hak bagi seseorang individu itu memperoleh hak keatasnya, ia hanyalah sebuah perkataan. Tertarik aku untuk tegaskan di sini Kiddy adalah idea aku untuk jenis-jenis kartun aku. Boleh rujuk di atas atau kiranya aku kena paparkan tarikh ia didesignkan sebagai bukti? Tepuk dada tanya selera...

Aku tak kisah hasil lukisan aku dijadikan contoh. Yang berminat copy, dipersilakanlah. Tapi setiap hasil kerja aku haruslah berikah kredit khas untuk aku. Mana ada benda free, aku bagi free jugak ni, tapi haruslah menepati syarat yeh.  Asal jangan digunakan untuk tujuan komersil dan menguntungkan diri sendiri. Yang copy untuk promosi contest, dibenarkan asal jangan sampai menggunakan dolly yang dicipta khas untuk pelanggan aku. Yang berbayar atau dihadiahkan, aku kena bertegas sikit. Sebab melibatkan wang pemiliknya. Harap maklum ya.

Pelanggan yang manipulasi hasil karya aku. Contohnya jika aku lukiskan dolly, mereka punya hak nak lakukan apa sahaja terhadap dolly tersebut mengikut kreativiti masing-masing. Dihiaskan sebagai header, badge, watermark dan lain-lain lagi. Dibenarkan tanpa perlu membuat bayaran. Kerana anda adalah pemilik mutlak ke atas design itu. Lagipun design yang diberi hanyalah produk kekal. Yang tidak boleh diubahsuai melalui vector. Namun untuk tujuan percetakan atau diberikan kepada syarikat lain atas faktor perniagaan. Adalah tidak dibenarkan, melainkan anda adalah pemilik perniagaan tersebut. Adakah jelas? Jika tidak, silalah email sebarang pertanyaan kepada Wan yeh. Boleh je diskus. Aku bukan jenis straight to the point sampai suka ambil tindakan saman menyaman. Selagi boleh lakukan diplomasi, insya'allah... Tiada masalah :)

Ulang sebut perkataan sebelumnya. Aku hanyalah designer mentah. Mungkin ada silapnya aku di sini. Andai ada bijak pandai yang boleh berikan pendapat menggalakkan, dipersilakanlah. Berkongsi itu lebih baik,setuju?

Berikut adalah pelukis kartun atau dolly yang harus kalian kenali:

Momokz ---> Senior di UiTM dan di pejabatku. Seorang ilustrator buku kanak-kanak. Rajin lakukan kerja-kerja manipulasi gambar juga. Salah seorang sifoo aku bab design kartun suatu ketika dulu hingga kini.

Zayman --->  Otai kartun kat pejabat aku sekarang. Lukisan yang sangat besh dan bersih. Stroke yang cun dan superb! Beliau pernah bekerja di pejabat Lanun dulu. Dan kepelbagaian stroke Zayman memang menarik.

AcuRose ---> pelukis dolly berbakat wanita. Hasil kerja sentiasa mantap dan halus. Art Naive yang lembut dan digemari ramai! Salah seorang sumber inspirasi aku berkarya.

Wan Hazel ---> Seorang adik yang berbakat, menggunakan hobi dan kepakaran IT sebagai landasan mencipta hasil karya dolly. Siapa tak kenal? rajin melayan karenah pembaca blog beliau untuk hasilkan entry tutorial. Terkini punya hobi melukis dolly. Syabas Wan! Diharapkan idea dan minat Wan akan terus berkembang dan diperakui ramai!

Sarah Joan Mohktar ---> Mula melukis seawal usia 15 tahun apabila menceburkan diri dengan bidang komik bersama Majalah Ujang. Wanita berhati cekal dengan bakat yang hebat!

Mangosteenskin ---> stamp artist yang sangat berbakat. Hasil kraf yang teliti dan cantik! Berbakat dalam painting dan ilustrasi.


Dan ramai lagi! Memeriahkan dunia blog dengan hasil karya masing-masing. Memetik kata-kata dari kartunis kegemaran aku; Baba Chuah dalam majalah Gempak 271 ~ 1mac 2011

" Jangan ceburi bidang ini semata-mata nak kejar glamor atau dapat duit mudah. 
Perlu kerja keras kalau nak berjaya"

Aku? hanya untuk suka-suka. Tiada niat nak glamer apatah lagi nak kaya dengan hasil karya sendiri. Kalau aku nak kaya. Mahunya sebuah design aku cas rm100 ke atas! muahahaha giler wang!

4 comments:

Wan_hazel said...

Kak Wan..ade nama Wan lah dalam entri kak Wan..eheheh..tengs kak Wan...Wan jadikan kak Wan nie idola..Maaf lah kak Wan law Wan ade tertiru idea dolly kak Wan..nme pun baru berjinak jinak dalam dunia vector nie..masih banyak lagi yang Wan perlu blaja dan masih banyak lagi Tool yang Wan kene godek godek..Skali lagi teng kak Wan koz ukirkan nama Wan di entri Kak Wan kali nie..sangat2 terharu...

Wansteddy Tales said...

Wan dah jadi idola ramai blogger lain. entry sentiasa berisi dan bernas. design Wan pn tersendiri. Akak tgk originalitinya. jadi Perkara biasa utk permulaan kita mengikut cth design sedia ada. mana dtgnya idea kalau tidak dr pemerhatian serta proses blajar kan. insya'allah ble Wan makin mahir, lebih bnyk tool n skill wan boleh develop. syabas Wan!

Momokz said...

As salam...

Agak terkejut aku adalah "pelukis tua" yang menjadi senarai pertama dalam entry ko ni. Terima kasihlah sebab menghargai usaha aku yang sebesar zarah je ni.

Aku juga pernah mempunyai satu perasaan "Bangga menjadi yang pertama" suatu ketika dulu. Bila kebetulan idea kita menjadi ikutan, maka timbul pula satu perasaan lain yang dipanggil "Riak". Maka "Ego" pula akan mengambil alih dan sentiasa menunding jari menyalahkan orang lain dengan "Fakta yang tak nyata".

Tapi kita lupa nak ikut budaya orang cina berguru, di mana semua anak murid mempunyai "gaya dan cara" si sifoo. Walaupun hampir sama tapi TETAP tak serupa! Akhirnya, anak murid itu dengan sendirinya memasyhurkan sifoonya itu. Sape yang untung? Jawablah sendiri...

"Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Kalau takut persaingan, jangan hebahkan di khalayak ramai. Buat secara diam-diam je... kan selamat "Perniagaan" anda tanpa disaingi oleh sesiapa...

Wansteddy Tales said...

Momokz ~ waalaikumsalam...
aku nak komen bnyk. tapi aku kira, aku jawab dlm entry barulah. aku nak copy quote ko ni dan muatkan dalam entry tu. agar dapat membuka mata dan minda orang2 yg mahu membaca dan mendengar serta memahami :D