Bukan suatu fenomena yang baru kalau ayam naik harga. Kesannya harga lauk makanan pun naik mencanak! Peniaga ada alasan kukuh, harga ayam naik harga. Musykilnya, lauk lain pun harga naik jugak. Padahal takde pulak secubit daging ayam dijadikan bahan makanan tu. Tapi aku faham. Ini dilema para peniaga. Kalau harga murah, dorang jugak rugi tak balik modal. Kalau harga tinggi risiko pulak pelanggan lari! Kat rumah aku ni, makcik nasi kukus dah bagitahu kat hubby, nak tutup bisnes. Kesian pula...
Sabtu lepas cam biasa memborong lauk untuk seminggu kat NSK. Memang biasanya aku beli ayam mentah kat situ sebab NSK antara pembekal ayam yang murah. Tapi kejutan gak la standart ayam aku beli bawah RM15, untuk stok ayam debab. Hari tu aku kena bayar RM20++!
Haih... Nak komplen kat sapa? Aku tengok pembeli lain pun bermuram durja tengok tag harga masing-masing. Siap tinjau meninjau harga ayam pembeli lain. Tapi sorang pun tak cakap apa-apa. Faham situasi ni tak boleh nak buat apa.
Aku harap harga ayam akan dapat dikawal. Supaya peniaga lauk pauk dapatlah berniaga dengan lebih baik. Pastinya dengan harga yang munasabah mengikut kadar kuantiti dan kualiti makanan.
8 comments:
puasa makan laok ayam jer la lepas nie. hee. :)
kita makan ikan jer la. tak pun makan yang dalam tin. *terimbau zaman tinggal asrama dulu. :)
katanya bulan 4 ni kembali normal...tengok sajalah nanti...
Memo_Hazel ~bwahahhaa... kat KL ni Memo. Harga ikan pn mahal huhu
♥♥syahadah♥♥ ~ harap2 gitulah. damia mmg jenis makan ayam semedang. tension gak kalau bulan2 nk kena laburkan bnyk duit demi ayam huhu
huhu..yela kan..ttbe nek hrge ayam..adehh..sume xnak mkn ayam..
ahh semua lauk pauk pun naik harga..dahla ikan sememangnya mahal ayam pun dah naik harga..mencanak2 mahalnya..mujurla umh ni xramai org gamaknya makan lauk apala org yg anak ramai tu..sblm ni udang saiz biasa yg kecil rm12-rm15 sekilo la ni dah naik rm18 sekilo padahal saiz halus tu jugakk..hurmm..vegetarian jela..hahah masalahnya sayur pun mahal leni..sekali gi paso msti abis rm50 ke atas parakk gini..
ha ah, mak mira kate mungkin sebab cuti sekolah, ramai orang kenduri kawin, tu yang jadi mahal tu.. itulah sekilo sampai rm8.. huish.. mahal kan
harga ayam kali ni memang paling mahal...
Post a Comment