Nuffnang

Followers

Tuesday, March 22, 2011

Won Thierry Mugler Womanity Fefillable Spray EDP!

Hadiah wangian kedua yang diterima awal tahun ni. Thierry Mugler Womanity Fefillable Spray EDP bernilai RM290! Alhamdulillah.... Syukur sangat. Happy berganda. Terima kasih banyak pada penganjur, Her World!

Pertama kali aku tatap perfume ni dalam sebuah website, tertarik betul dengan rekabentuk botolnya yang unik. Bukan setakat wangiannya menambat hati. Warna PINK lagi! Bentuk botolnya kalau diamati ada struktur muka wanita. Anggun dan tampil pesona dengan karismanya. Memang tak terfikir aku berpeluang dapat genggam sebotol minyak wangi ni khusus untuk simpanan sendiri. 

Sayang nak gunakan. Aku simpan saja dalam kotak. Biar terjaga molek di dalamnya. Menariknya, setiap botol disediakan sebuah beg uncang yang ekslusif! Kombinasi warna kelabu dan silver yang menawan. Sesuai digayakan dengan bentuk botol wangian Thierry Muglery yang anggun ini.

Sekali lagi terima kasih pada penganjur, Blu Inc yang realisasikan impian aku dapatkan Thierry Mugler yang wangi lagi cantik ni! Hadiah wangi-wangi yang sungguh mengujakan!

10 comments:

Ezzah Memo said...

wow, tahniah kak. :)

Wansteddy Tales said...

Memo Hazel ~ trimas dik ^^

Cute MuM said...

bestnya hadiah..
mana wan dapat semua contest nie?
macam best jer..

Wansteddy Tales said...

Depend pada kategori contest Nurul. ada contest majalah, nation wide etc ^^

eija_sweetmama said...

bestnya hadiah..
tahniah..
hehe..rugi la kalau x pakai..
pakai jerk..tp botol simpan wat koleksi..hehe..:)

iManAzRaf said...

bestnye hadiah.. hehe... banyak btul akk dpt hadiah.. cngratz...!

Mama Zharfan said...

berbaloi2 wan aktif join magz contest :) me balik msia me join wan hehhee

Wansteddy Tales said...

EiJa ZaQuaN ~ hehe... pakai bila perlu je Eija. agak2 ada majlis besh2 baru pakai ^^

Wansteddy Tales said...

iManAzRaf ~ alhamdulillah ^^

Wansteddy Tales said...

Mama Zharfan ~ k.suziey balik malaysia. confirm lbh bnyk contest leh join ^^