Nuffnang

Followers

Friday, March 4, 2011

Aku seorang Lone Ranger!

Aku kerap bersarapan sendiri. Selalunya aku tapau nasi lemak lauk telur mata atau sambal paru. Air bancuh sendiri. Jimat.... Aku akan makan depan PC sambil membaca blog kawan-kawan. (aku memang suka buat 2in1 kerja). Sebab waktu berblog aku sangat terhad. Nak-nak bila sibuk amat dengan tugasan di pejabat. 
Kadang-kadang buat kerja nakal. Tulis entry banyak-banyak. Pastu autopublish pada hari-hari dan jam tertentu. Kurang-kurang tidaklah blog ini sepi beberapa hari. Kalau aku malas, maka tersadailah entry akhir sekitar seminggu dua tanpa entry baru. Setakat ini belum lagilah aku ambil masa tidak menulis begitu lama. Takde mood, takde idea sekalipun, aku merepeklah apa saja. Asal aku tengok entry aku tak terperam lama.

Lebih kepada psikologi aku sendiri sebenarnya. Suka tengok blogger yang rajin betul menulis entry baru. Kadang tu sehari dapat dua, tiga entry. Dalam hati memang nak buat macam tu. Tapi apa kan daya... Masa membataskan segala. Nak buat itu ini itu ini... Kalau takde kerja okeylah. Tapi kalau sibuk dengan tugasan pejabat, kerja tempahan, kejar due contest dan lain-lain lagi... Memang misi itu jadi angan-angan semata. Tapi kalau mood berblog itu lebih dari segalanya. Tidak dapat tidak, sehari 1 entry pun, jadilah!

Berbalik soal makan tadi. Bila dah baca beberapa blog. Kalau beberapa, maksudnya dalam 10 blog sekurang-kurangnya. Teringin nak letak komen, maka berhenti beberapa kali suapan makanan. Pasti terlongo lagi hadap entry baru kawan-kawan. Rajin sikit... cari dan baca pula entry yang menarik di bawah-bawah... Maka lanjut lagi masa membaca dari masa makan itu.

Sudahnya makanan aku sejuk. Perut aku sebu. Selera terbantut. Maka hari-hari tapauan aku mesti tak luak! Kalau sebungkus, separuh je makan. Itupun kalau ada selera. Takde selera, dapatlah perabiskan suku makanan. Rugi je. Membazir. Sebab kalau dah berhenti makan tu. Aku memang tak sambung makan balik tapauan itu. Tak gemar makanan sejuk.

Entry ini sekadar nak beritahu kalian. Macam mana aku jalani hari-hari kerja aku. Bersarapan depan PC memang besh. Tapi tak beshnya, masuk waktu tengahari nanti... perutku berkerongcong hebat mengalahkan lagu jaipong! Serius kebulur! hahahha...

6 comments:

CaDLyNN said...

err..lin pon suke bekfas depan pc smbl layan blog..:p

Mama Zharfan said...

me kat msia, me bekfast dgn anak2 sblm antar diaorg pegi nursery :)

Wansteddy Tales said...

Cadlynn ~ lebih bebas dan santai kan Lynn ^^

Wansteddy Tales said...

mama zharfan ~ wan xboleh bekpes dlu k.suziey. otw g kerja jln super jam! nk kena juga bekpes kat opis

AyuArjuna BiGoshh said...

hakak mmg kuat makan...and jarang sgt tak amik bfast :)

BabyIntan said...

Ekeke...adui...tergelak-gelak Intan baca ur entry nie tau :D

Samalah wan sehari dapat buat satu entry pon jadi lahhh ;)