Nuffnang

Thursday, March 10, 2011

Kena usaha cari Taska baru...

Taska Damia kol aku berkali-kali tadi. Tak sanggup nak jawab, sebab aku dapat agak dua perkara. Sama ada nak maklumkan Damia tak sihat, minta ambil balik. Atau sahkan nak keluarkan juga Damia hujung bulan 3 ni. Aku mintak hubby hubungi pihak taska semula. Dan tekaan kedua aku tepat sekali.

Aku agak macam tu sebab... masa hubby hantar Damia pada pengasuh tadi. Hubby sempat cakap "Semalam Hajah ada bagitahu ada pengasuh mengata Damia" Salah sorang pengasuh (yang Damia tak suka) tersengih-sengih nafikan "Eh... takdelah!" Kendian lari cepat-cepat mintak pengasuh lain yang ambil Damia.

Hubby maklumkan kat aku Hajah sahkan yang dorang dah tetap dengan keputusan yang dorang nak. Terima Damia hingga hujung bulan 3 saja. Bila hubby persoalkan isu tu, Hajah berdolak dalih.  Dia kata memang ada yang komplen eczema Damia berjangkit. Hubby katakan saja, kalau berjangkit, dah lama kena kat kitorang. Bila hubby cakap nak jumpa parent yang mengata Damia tu, Hajah kata "ada la... memang la... dulu ada..." See? Nampak sangat tak telus sikap Hajah. 

Keputusan dah dinyatakan. Aku dan hubby takde pilihan selain cari lagi pengasuh atau taska baru untuk Damia. Yang sanggup terima Damia seadanya. Mudah-mudahan Allah permudahkan jalan kami... amin...

Kisah hari ini lanjutan kisah sedih semalam: Taska + Parent + Damia + Isu pasal ECZEMA

18 comments:

MRS. K said...

ape la dorang ni.. kena amik buku kasi dorang baca.. hukhuk

A N A K - A N A K K U said...

erk kesiannya, kalau mcm tuekan wan, antar g umah org, y x ramai budak, demi kesihatan damia gak...coz kalau taska nie, maybe diorgnyer kebersihan x terjaga, tue y anak kita kene penyakit mcm nie, dan anak kita lak di salahkan...ishhhhh teruknyer taska tue, cer citer pe name taska tue, leh blacklist...hehehe

siti nurkhijah said...

kalau ct la... mmg ct tanya depan2 ngan pengasuh yang mengata tu... apa yg dia tak puas ati? basuh abis2 kepala otak dia tak berapa elok ngan sempit tu...

harap damia cepat sihat dan masalah wan cepat selesai..

MamaYatie said...

wan, tumpang sedey baca kisah ni..
hmm..rasanya better cari jer taska lain cpt2..org dah tak ikhlas nak jaga anak kita jgn dibiarkan beterusan kat situ..nnt anak kita plak jd mangsa..

org kalo cerdik takder der dengar ckp org sebarangan..mesti selidik & dengar 2-2 pihak..

Memo_Hazel said...

hmmm. kesian Damia. terpaksa pindah sekolah. hm. T__T

Suhana Shahril said...

Wan,
kalau dah begitu, lebih baik wan dan husband cari pengasuh yg lain.Mmg nmpk teruk sbb nak cari pengasuh bukan senang,nak2 pula dlm masa yg singkat.Tp itu lebih baik dr letak juga si Damia dlm tgn org yg dah x ikhlas mjaga.Drpd merana di kemudian hari, lebih baiklah kita bersusah2 dhl. Harap wan dan suami tabah menghadapi dugaan ini.

e.l.i.s.s.m.i.e said...

my nuha pun eczema tapi lepas jumpa doc kulit hari tu dia bagi ubat kurangkan alergik nampak ok dah.ada jugak tersalah makan, naik la ruam.tapi aku memang tak pernah pantangkan dia :p belasah semua..

kesian damia, harap jumpa la taska yang boleh jaga dia seikhlas hati.

Nad @ MamaZakwan said...

ade ke cenggitu pulak perangainye..
kesian damia, tak bersalah apa2..alih2, jadi mangsa..tak berhati perut langsung!

ummi sofiyyah said...

ummi selalu singgah blog wan ni, tp just tgk dolly2 yg comel2 itu...x perasan pulak kisah damia, hari ni sebak dada dan menitis air mata ummi baca entry2 wan yg sblm2 ni pasal damia dan penyakit eczema serta pandangan org terhadap pesakit ni...mmg perlukan darjah kesabaran dan ketabahan yang tinggi...semoga damia cepat sembuh dan semoga wan sentiasa tabah dlm menghadapi segala dugaan....lagi byk dugaan itu tandanya ALLAH sgt sayangkan kita....(air mata x nak berenti mengalir..)..semoga segala urusan dipermudahkan...amin..

Salina@IbuAqil said...

Semoga dipermudahkan segalanya utk damia.. Kesian dia.. Sabar ye wan.. Insya'allah.. Semoga ada kesudahan yg baik untuk kes damia ni..

Wan_hazel said...

kak wan saba je kak wan...macam tu lah law ade isu macm nie..sedangkan tak de pape yg nak dirisaukan..Better kak wan g tempat yg kurang orang..selamat..cari pengasuh yg leh trima n jaga damia seadanya..cari org yg berumur sikit or pengtahun luas...so boleh tgk2 kan damia n iklhas..

Wan doakan kak wan n husband dpmudahkan segalanya..hope leh dapat tempat yg sesuai utk damia...nanti sihatlh damia tu..mungkin suasana taska tu tak sesuai utk kulit damia kot kak..pskitaraan pun byk mnyumbag penyakit nie...tp yg penting..pnyakit nie tak bjangkit pun...

Sidratul Muntaha said...

beb..
aku punya suggestion
cari taska lain
then don't forgot to report under JKM if taska skunk takde lesen n qualifiaction.
belum ape2 dah tak bertanggungjawab.
jng lepas tgn beb.
hopefully ko laki bini dpt cari taska lain tuk damia.

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

sabar wan..kalau org dah tak mo jaga anak kita... tak payah lagi kita hantar situ..wan usahala carik tempat lain..sampai hati parent lain cakap macam tue.. tak tau ke hidup ne berputar2..hari ne ko kata anak org esok anak ko lagi teruk kena penyakit kulit!! sabar wan..

arief ne selalu jugak kena gatal2 tapi apa ila cakap?? anak ila ne mmg alergik tak pulak kata berjangkit dgn anak org..

insan biasa said...

sabar wan,insyaalah ada tempat lain yg lebih ikhlas nk terima jaga damia..dugaan tu banyak2 sabar eh

Mama Zharfan said...

org dh tak sudi, wan kena usakan cari tempat lain, mesti tau, utk damia kan :) sedih plak me bab2 gini..:(

iManAzRaf said...

semoga damia cepat sembuh...

Anaqi Pro said...

klu psl anak mmg hati ibu mana tak terusik...klu hajah tu dah macam tu...biar lah wan at least terang2 kita tahu dia tak nak dan tak ikhlas nak jaga anak kita...berdoa agar dipermudahkan urusan dan mendapat pengasuh yang lebih baik....

aiDieNa said...

Alahai sedehnya Wan.. dulu maser bebudak tu kita antar taska.. sama jugak kesnya.. walaupon kesalahan tu datangnya dari dorang.. mata anak saya kena cucuk anak pengasuh kat taska.. dah lar dia tak inform kat kita.. esok pagi dapat tau pon lepas tgk taik mata penuh kat mata anak.. then pastu kena jangkitan conjunctivitis.. dah tu dorang kalau boleh tak kasi kita antar anak ke situ sebab takut jangkit kat budak lain.. WTF kan.. geram tau.. dorang yg punya pasal.. cuai dan lalai jaga anak orang.. kita laks nak kena tanggung liabiliti.. sekarang dah tuka antar pengasuh jer.. payah...