Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Thursday, March 10, 2011

Proses pembungkusan hadiah ~ selesai

Selesai bungkus semua hadiah pemenang. Kalau tiada pembantu memanglah lambat kerja dibuatnya. Bukan sikit dan kecik-kecik. Jiran meja sebelah menyebelah pun dah rimas dengar bunyi sreeeetttt sreeettttt... aku tarik salotip banyak-banyak hahaha...

Sambil membungkus tu kepala menerawang kenangkan Damia di taska. Sudahnya berkali-kali terhiris jari sendiri dengan cutter! Kalau pemenang terjumpa DNA aku (darah) tu buat-buat tak nampaklah ye... Aku nak bungkus balik dengan kertas baru... malas. Kejar masa nak siapkan proses pembungkusan dan kiriman barang untuk kawan sekali :)

Insya'allah... esok semua hadiah dan kiriman barang akan dialamatkan ke alamat para pemenang. Harap-harap tiadalah aral melintang, amin...

Bagi pemenang yang pernah terima kiriman hadiah dari aku, tentu dah masak dengan cara balutan aku. Jadi kalau tengok hasil yang amat.... buruk. Jangan ambil hati. Aku memang tak suka bab pakaging. Tak mahir membalut sebenarnya. Tak cekap kraf kertas, walaupun aku suka buat papercraft! hahah...

Aku dah siap ambil gambar, pastu card reader aku tak dijumpai, lagi. Macam biasa. Aku suka usung sana sini pastu lupa kat mana aku taruk. Sepatutnya card reader baru aku simpan elok2 kat opis. Yang lama letak kat rumah. Begitu mudahkan aku. Tak perlu ngusung keduanya dan hilang macam sekarang. Kan dah susah kalau nak upload gambar.... haih...

PS: Trimas banyak kawan-kawan yang berikan sokongan dan pendapat untuk entry sebelumnya. Harini saja, aku cukup emosional. Muka dah tak reti nak gariskan senyum. Mata asyik rasa kabur dek air mata. Tenggelam dengan kata-kata yang dititipkan. Walaupun jauh di mata, kata-kata kalian terasa dekat sungguh di hati. Buatkan aku rasa lebih kuat dan bersemangat. Dalam masa yang sama, ya. Aku benar-benar terharu. Trimas kalian...

3 comments:

Mama Zharfan said...

tak sbr tunggu hadiah :)

moga damia cepat2 dpt taska baru yer

iManAzRaf said...

tak sabar nak tggu hadiah... *hahaha... mcm lah dpt hadiah.. ;p

Wan_hazel said...

hehhee..tak sabar nak tgk balutan hadiah dari akak..eheheh..btw..tabah kan hati kak...tunjukn ketabahn seorang mama kat damia..