Nuffnang

Followers

Wednesday, March 9, 2011

Taska + Parent + Damia + Isu pasal ECZEMA

Malam tadi Damia asyik buat perangai. Merengek dan mengantuk. Periksa dahi dan belakang leher... demam panas rupanya. Dengan batuk masih tak habis-habis. Kesian anak mummy... Tak pastilah kenapa tiba-tiba demam. Walhal masa hantar ke taska pagi semalam. Okey-okey saja. 

Pagi tadi demamnya belum surut. Aku fikir antara nak ke tempat kerja atau ambil cuti kecemasan saja. Sayang cuti tahunan juga sebenarnya. Sudahnya putuskan  ke tempat kerja juga. Tapi  masuk tengahari tadi, dapat panggilan dari pengurus taska Damia. Katanya... kalau boleh dia nak jaga Damia sampai akhir bulan tiga ni saja. Sebab?

Kata Hajah, ada parent yang komplen pasal eczema Damia. Geli agaknya tengok kulit Damia tak seindah kulit anak dia. Pastu boleh lak bagi reason, sebab Damia, anak dia pun naik alergik! Sudah.... Aku tak pastilah parent yang mana. Setakat aku hantar Damia ke taska, memang aku tak pernah berhenti lama nak bersembang dengan parent anak-anak di taska tu. Setakat yang aku tahu, sorang je nama kawan Damia. Itu pun sebab Damia selalu sebut-sebut "Kiki". Budak lelaki. Selebihnya aku tak tahu apa pun pasal anak-anak di taska Damia.

Sedih? Tentulah sedih... Aku bukan setakat sedih bila ada parent menuduh Damia punca anaknya alergik. Tapi sedih dengan pemikiran yang cetek demikian. Aku kira, kalau takde pengetahuan berkenaan eczema, bertanyalah dulu. Kalau segan nak tanya, koman-koman selidik dan cari info dulu dalam internet, kalau malas nak ke library pun. 

Adakah penyakit eczema berjangkit? Adakah eczema ni merebak melaui sentuhan? sisa kulit segala? Tidak sama sekali! Banyak sangat mitos berkenaan eczema. Ibu bapa lebih cenderung nak percayakan faktor mitos daripada berusaha nak cari bahan fahamkan berkenaan penyakit ini... Dan masih ramai percaya... eczema boleh dijangkiti! Itulah mitos yang paling salah untuk pengetahuan korang.

Maaf cakap. Ketika Damia dirawat di hospital dulu pun, aku tengok juga sikap segelintir doktor yang penggeli. Nak sentuh Damia pun main hujung-hujung jari saja. Lepas tu cepat-cepat basuh tangan dengan sterilaizer. Takut sangat berjangkit! Padahal awak tu sah-sahlah kena prihatin pasal penyakit ni kan. Kecualilah doktor di bahagian sakit kulit. Sebab mereka sedia maklum berkenaan dermatologi ni. Tapi tak semualah. Ada juga doktor bukan Derma pun yang bersikap prihatin, sentuh dan Damia pun dengan lemah lembut. Merawat kanak-kanak ni kena ceria. Sebab kanak-kanak lebih sensitif berbanding orang dewasa. Maka persekitaran tempat rawatan haruslah dalam mode ceria, agar dapat naikkan semanagat mereka.

Banyak sangat mitos berkaitan eczema. Antaranya ramai yang percaya:

1) Eczema berjangkit melalui sentuhan
Fakta ini salah. Eczema adalah penyakit genetik. Ia tak seperti kurap, yang boleh tersebar melalui sentuhan dan pakaian.

2) Pesakit eczema tak boleh dimandikan 
Fakta ini salah. Pesakit eczema haruslah diberikan keutamaan bab kebersihan. Mandi salah satu terapi yang penting. Selain menyejukkan badan, ia juga elakkan dari sebaran bakteria. Kalau lap-lap saja tak cukup. Sebab tak semua bahagian badan dibersihkan sekali.

3) Hanya kanak-kanak hidapi eczema:
Fakta ini salah. Jika anda diturunkan dari waris yang ada penyakit eczema. Maka anda secara genetiknya boleh menghidapnya. Tak kira pada usia yang mana. Ada yang hidap seawal usia 1 hari dilahirkan. Ada yang ketika berusia 20 tahun barulah menghidap eczema. Semuanya bergantung pada pencetus dan paras antibodi dalam badan anda.

4) Pakaian pesakit eczema tidak boleh dicuci dengan sabun
Fakta ini pun salah. Boleh saja gunakan bahan cucian, asalkan ia tidak terlalu kuat dengan bahan kimia. 

Dan pelbagai lagi andaian berkenaan eczema. Ada masa aku akan buat entry berkaitan eczema. Sepanjang kajian dan pemahaman aku. Sepanjang merawat anak sendiri, pengalaman sendiri dan maklumat lanjut dari pakar Dermatology dan pembacaan di semua sumber sama ada media cetak atau elektronik.

Pada parent yang menuduh Damia punca anaknya alergik. Aku tak tahulah nak cakap macam mana. Aku harap Hajah dapat beri aku ruang nak hubungi parent tersebut. Terangkan hal sebenar. Senang sangat dia nak singkirkan Damia dari taska. Tak fikir ke masalah kitorang nanti? Nak cari taska dalam tempoh berapa minggu ni ingat macam kacang ke? Suatu hari kalau Allah nak uji dia dengan penyakit eczema, masa tu barulah dia faham perasaan aku agaknya. Sesungguhnya menjaga  pesakit eczema ni banyak  dugaannya. Kita dihantui emosional yang pebagai. Kita dihimpit rasa malu, penat, kecewa dan pelbagai lagi. Namun kalau kita redha dengan masalah ini. Insya'allah semua perkara itu bukan apa-apa. Penyakit itu datangnya dari Allah... pada dia kita mohon agar dihindar dari penyakit berbahaya yang memudaratkan.

Pada Hajah, usah berdolak dalih dengan pelbagai alasan. Aku tak faham satu perkara. Tiap kali kami hantar dan ambil Damia di taska, tak dengar pun keluhan dari staff taska. Semua kata "Ok ok saja" "Takde masalah" dan lain-lain perkataan yang tidak mengusarkan hati. Kenapa baru hari ini dia sampaikan ada staff merungut susah nak jaga Damia?

Hari-hari setiap pagi sebelum ke tempat kerja, aku masakkan makan tengahari untuk Damia. Kalau tidak sup, masak lemak. Sebab Damia suka makan berkuah. Sebab pihak taska tak berani ambil risiko masakkan untuk Damia. Bimbang makanan itu jadi alahan kat Damia. Kendian kami akan tapau sarapan pagi untuk Damia. Pada aku soal makanan takde masalah dah. 

Apa lagi yang susah? Sebelum kerja, kami mandikan Damia. Bimbang Damia terlalu sejuk dimandikan dengan pili terus di taska. Walaupun semua itu ambil masa kami bersiap dan kadang kala kami lambat masuk kerja. Tapi demi meringankan beban staf taska, kami uruskan juga. Semuanya pengorbanan kami untuk Damia. Sambil nak memudahkan pihak taska. Setakat yang aku tengok. Setiap kali kami mandikan Damia, hanya dua lampin diganti. Bermakna tukar tengahari dan petang dibawa mandi. Kalau aku sediakan 4 pasang baju. Hanya sepasang digunakan. Sehari sekali je staf mandikan Damia. Apa lagi yang susah?

Soal bayaran pun kami tak pernah lewat. Setiap kali OT bayar penuh juga. Kalau nak merungut kami lambat ambil Damia. Ramai lagi anak-anak yang lebih lewat diambil dari Damia.

Tah la... Aku cuma rasa. Dorang takde punca nak singkirkan Damia, sengaja rekacipta punca. Aku sedang serba salah juga ni. Kalau terus letak, bimbang dorang jaga sambil lewa. Bimbang Damia diabaikan. Tapi kalau nak cari pengasuh lain, memang banyak urusannya. Mungkin lepas ni kami akan berhubung dengan Hajah. Bincang 4 mata. Setakat bincang dalam telifon tak jelas. Masalah pun tak selesai.

Aku percaya, apa pun jenis penyakit ada penawarnya. Segala kejadian ada hikmahnya. Iya, aku sedang bersedih dan kecewa. Tapi aku tak nak hidup dengan gelumang rasa sesal ini. Segala masalah tentu ada penyelesaiannya. 

Tiada Allah membebankan  hambanya melainkan ia mampu menanggungnya. Wallahualam...

29 comments:

Bukan Bidadari said...

sabar wan....... lantak kan jer depa tu

CaDLyNN said...

sian damia..
lin pon ade masalah eczema jugak..kene pastikan kulit cukup moist utk elakkan eczema dtg lg..sensitif sgt kulit :)

yantz-yeem said...

nak menangis aku bce...dah la aku x tau apa2 tadi mse kaco damia...huhuhu cian damia..kalo aku tau ko pun tgh bersedih xde la aku buli damia huhu sorry ye damia..anty nie mmg JAHAT!!!

ko slow talk le ngan pengasuh tu..

Mama Balqis BluePinkBaby said...

Cian Damia...sabar ya Wan...rasanya tu alasan depa tak nak jaga kot!mula la wat alasan memacam...

Ezzah Memo said...

hm. tersentap dalam hati memo baca. sian Damia. maseh budaq, d persalahkan pulak. hm. saba kak wan.

Sidratul Muntaha said...

wan..
org dah mula tak suke tu..
ko kena paham2 sendiri.
btw..
aku,dua2 anka ade ekzema..
mgm kena ajo ler taska gitu.
ade sijil ke tak?
pergi tak 1st aid course..
thu tak nak handling?!
silap2,yg staff tu sume takde certificate.
aku mmg pantang kalau sakit tak jelas punca,parent lain mcm gampang tuduh anak org lain yg sebar penyakit.
tpi siyes beb,dari ko bergaduh manjang takpuas ati,ko try ler cari org ke or nursery lain.
dari ko mkn dlm..
baik pelan2 ko blah.
org ni,dia tak ckp direct.
tpi kat blkg..
mcm2 dia buat...
nak2 kita jenis tak berkira,tak kisah...
mulalah dia pijak kepala.

BIONIC WOMEN said...

Macam2 ler..sian mia. X abis2 pasal pengasuh dan taska..
kalau ler wan dekat, memang eily dengan lapang hatinya nak jaga damia tuh, wat kawan ngan Dhiya.
Ntah paer2 parent tuh, kengkonon prihatin dengan anak dia, padahal x prihatin langsung, ntah2 aper dia bagi makan anak dia sampai alergik pun dia xtau, sesedap rasa jer tuduh org lain..huhu

Nur Sakinah Ahmad said...

anak saya pon eczema..dulu ms hantar dia kt taska, mmg ade parents yg tgk geli2. tanya apa mslh anak kita. takut anak dia kena jangkit pon ye..tp sy explain, dia kena eczema, dan eczema tak berjangkit. (lucky 4 me, zulfa dok taska ofis husband. jd takde la yg nak mencemuh ke ape sbb kwn2 seofis,kan..)

mmg ms eczema dia teruk, dia kena pinggir kat taska. takde kwn2 sgt sbb asyik garu je. tp alhamdullillah, sbb kena pinggir tu la, dia tak dpt HFMD (penyakit kuku-tgn-mulut). hikmah disebalik eczema!

sian damia..jmp je la hajah tu..tak psl2 nak tolak damia keluar..

awjan said...

eiii...parent manalaa xde hati perut g2..sampai hati...taska tu plak bleh jer main2 suh2 brenti gitu..akak sabar yer..

Unknown said...

Sesetgh ibubapa mmg kurang pengetahuan bab2 penyakit kulit ni.Pd mrk, majoriti penyakit kulit adalah berjangkit.Mrk ini jg golongan yg kurang mbaca dan jenis x tahu nak cari maklumat/info bab2 kesihatan.So, think +ve yer. Wan aggap jer, ibubapa yg komplen tu adalah golongan tsbt. Better jumpa dgn pihak nurseri, slow talk face 2 face.Terangkan hal eczema yg dihadapi oleh Damia.Insyaallah, semoga allah mempermudahkan semuanya.Wlbagaimanapun, sediakan jg plan B, in case pihak nurseri sendiri yg sbnrnya xmo jaga Damia.Sabar dan tawakal yer....akak doakan yg terbaik utk wan dan sweet damia.

Unknown said...

ya allah ada jugak berfikiran sempit begitu..
tak fikir ke ni hari kau esok2 mana tahu hari mereka..
aku geram ted sbb anak akupun ada ezema gak ni..sabar ted yaa

AishaAminudin said...

sedey baca kisah ko ni wan..
anak sha dulu pon suspek enzema, puas la dok goggle hari2, nk tau penyakit apa..sebab tu tak antar taska, mulut tempayan boleh la di tutup wan.. ni mulut org, mmg kadang2 nk kene penampor..

kalau x tau, search la dulu,jgn main terjah jer,my advice,ko bincang dgn hajah tu, ko luahkan jer semua yg ko rasa, tak paham aku org skrg,belajor tinggi2 pon ader gak yg buta IT..

sabo wan, moga ada hikmah di sebalik dugaan

Wan Amira said...

sorry wan.. lambat bace entry wan ni.. bile mira bace.. rase sayu jugak.. pade pendapat mira, seorang guru patutnyer dia kene tahu macam mane psikologi mak dan ayah.. mira tak tau la ntah betul ntah tidak cikgu besar tu kate bapak orang lain.. kalau yer pun..

haih.. mak ayah budak tu.. ape dia buat atau cakap kat Hajah tu sampai Hajah tu boleh cakap kat Wan nak keluarkan Damia dari taska.

Tapi betul kate Wan, kang kite nak cakap lebih2 depa tu jage anak kite, tempoh jage pulak dalam 8 jam sekurangnyer, macam2 boleh jadi..

tapi untuk nak tukar taska, true, bukan senang nak cari.. kesian jugak kat damia dia nak selesekan diri lagi..

Sabar yer Wan..

Mama Zharfan said...

sedihnya me baca entry ni :( kesian dgn damia :( kot2 dia terabai plak nanti..wan kena discuss cepat2 dgn hajah tu, and kalau dia berkeras tak nak damia kat situ, wan memang kena cari tempat lain tau..:(

BabyIntan said...

Sedih baca apa yg Wan tulis dlm entri nie...apa lah salah damia hingga ada yg rasa camtu sekali :(

Lagi terkejut bila wan kata some of the docs pon sentuh ngan hujung jari je...apa jenis doktor macam nie??? Akai letak kat lutut ke!

Geram sangat2 pada orang yg berfikiran cetek macam nie!

Kesian pada damia yg masih tak mengerti semua nie...semoga damia lekas sembuh dan riang gumbira seperti anak2 yg lain dan semoga tiada yg mencemuh dia lagi...amin.

Sabar ye wan...sedih sgt nie coz itu je yg mampu Intan ucapkan :(

Momokz said...

Kalau cara bini aku, mmg dicarutnya pengasuh tu. AKu comfom taska ko hantar tu takde pendidikan bab penyakit2 ni... Mesti tokey dia ada kerja lain dan tak selalu ada kat situ kan!

Sabarlah... mmg kebanyakan Taska tanak ambil risiko jaga anak-anak yang ada masalah, dorang tau nak duit je...

Wansteddy Tales said...

Trimas atas keprihatinan kawan-kawan semua. Gugur juga air mata baca setiap bait perkataan yang ditulis di sini. Bila sesuatu perkara libatkan anak dipertikaikan orang, memang mudah benar luluh hati ini. Mudah-mudahan segala urusan berkenaan Damia dipermudahkan Allah, amin...

Ctnurkhijah said...

wan..ct baru jer baca ttg hal ni...
tu la pasal taska sekarang ni, buka taska semata-mata nak duit jer...tapi tokey ngan pekerja sama jer, tak mau amik tau segala bagai tentang budak-budak. Nak senang keja depa saja...

Salina@IbuAqil said...

Sabar wan.. Aqil dulu ada enzema di mukanya.. Penuh!! Kadang merah seakan berair.. Tp sepanjang pengasuh dia jaga.. X pernah berjangkit dgn depa anak beranak.. malah diapun ada jaga anak owang lain, x pun berjangkit.. Hampir 9 bln jgk ler Aqil seksa kene enzima smpai dia hilang sendiri.. Sabar yer wan.. Kesian damia..

Syahida Biz Shop said...

Salam kak, anak saya pn eczema gak tp mgkn tak berapa teruk sgt, alhamdulillah setakat ni pengasuh tak komen ape2..
sabar ye kak, mungki ade hikmah sebaliknya.. Lagipun sy rase kalau dapat pengasuh lain ok gak, bukan ape, daripada anak akak disisihkan dan dipulaukan baik akak pindahkan anak akak.. nti takut terganggu emosi damia tu.. dah ler budak lagi.. takut tekanan plak kat die dek perlakuan pengasuh2 dan org lain kat taska tuh... Kalau blom jumpe lagi nursery yg sesuai akak try import ahli keluarga kat kampong jap wat sementara.. At least akak senang ati dari tinggalkan dia kat nursery ntah ape2 tu...

Anonymous said...

salam wan, saya ctnorzila. wan, anak saya pun ada eczema juga.. huhuhu cerita wan sama dgn saya. saya dh lah mengandung anak ke-3, pastu pihak taska dkt opis saya pula kata bole jaga sampai abih bln ni je.. mcm mana tu...? maraung juga saya & sedih juga melihat nasib anak saya yg sulung. Nyzryn nama ye.. mcm2 kami buat utk dia baikkan balik kulit dia. baik 3 bln je pastu jadi balik eczema dia..

Yg berckp kat saya tu pihak yg menjaga anak saya tapi ketua taska x de pula kata sedemikian rupa..

saya sampai skg cari ubat utk baik kan anak saya lg. skg anak saya dh masuk 3 thn. kalau sudi sms lah saya ye utk kita sama2 berkongsi maklumat ttg eczema ni.. 012-2910682 nama saya ctnorzila

Wansteddy Tales said...

sayu hati kenangkan perasaan ctnorzila. saya faham sngt2. inilah situasi paling getir saya rasa sepanjang letakkan damia di taska. sudahlah sblmnya saya fobia sbb kerana jagaan di taska lah penyebab damia mula2 kena eczema. tp itu taska sime darby. kuatkan smngt dlu. cuba pertahankan hak zila. lepas kes ni terjadi. suami saya ada konfron dengan pengetua tu dan marah2 jugaklah. last2 damia tak jadi dikeluarkan. doarng jaga sampai bulan 11 sbb kami nk pindah ke putrajaya lepas tu. cuba zila mnta penangguhan pd dorg. sekurang2nya bg masa sebulan. sbb kita pn ada hak, kalau nk adukan pd pihak atasan pn boleh. dorg xwajar nk keluarkan anak kita tiba2.

Anonymous said...

wan, huby saya tenangkan saya juga dan pertahankan hak kami di taska tersebut. skg saya kuatkan semangat dan dgr kata2 wan.

TQ wan. saya akan buat yg terbaik utk anak saya.

ctnorzila

Wansteddy Tales said...

Insya'allah ada masa saya sms zila. Buat masa skrg doa bnyk2 mudah2an dipermudahkan urusan ni. Insya'allah ada hikmahnya. mana tau akan dpt pengasuh yg lebih tinggi sifat sayangnya kat anak kita tu. serius ckp, masa kes damia ni mmg hubby wan gertak jugaklah kat hajah tu. bkn sbb nk marah saja, tp atas sebab kesedaran diri. biar dorg jelas duduk perkara yg sbnr, eczema ni bkn penyakit berjangkit. dan kalau pn rasa leceh nk jaga, dorg masih perlu tamatkan kontrak jagaan dgn kita. kalau kita dah bayar, maknya dorg pn terikat dgn peraturan. kalau repot pd badan kebajikan atau mana2 surat khabar mmg boleh dikenakan tindakan. Doa wan segala kepayahan zila ni akan dipermudahkan dan diberikan ganajaran yg berlipat ganda kelas. insya'allah... doa ibu ni paling makbul. doa2kan selalu anak zila cepat sembuh sihat mcm anak sihat yang lain insya'allah... :)

Anonymous said...

Terima kasih wan,

kata2 semangat utk diri sendiri. 1 lg wan saya bekerja di Bahagian Pinjaman Perumahan. Wan kerja di mana? ada masa kita berjumpa ye..
jumpa lagi.. assalamualaikum wan. jumpa lagi ye..

ctnorzila

Unknown said...

salam..
Saya pon mengalami masalah yang sama.. Rasa nak nangis pon ada bila tgk pandangan masyarakat yang tak paham pasal eczema.. saya check up di klinik desa, ada nenek cina nih dok jeling sampai berkerut2 muka xbagi cucu dia dekat ngan anak saya.. Anak saya baru 4bulan..tp sebab dia berkulit cerah, mmg nampak merah2 kat leher, kepala, tgn kaki..dengan kesan calar2 akibat dia garu..bila kene bogelkan anak utk timbang, ramai ibu2 yang dok tenung je bdn anak saya.. saya sedih sgt2..tp anak saya tenung je mata saya semacam faham perasaan saya.. Sampai je ofis, mmg saya menangis dalam surau.. saya bernasib baek kerana pengasuh sayangkan anak saya.. jiran2 pengasuh jugak lagi prihatin berkenaan masalah anak saya.. Sebagai ibu bapa yang mempunyai anak eczema, hanya kesabaran yang menjadi peneman.. Semoga Allah memberi kesabaran y tebal dalam hati..

MYRIZQGROUP said...

Salam sis
saya mengalami nasib yg sama dr masyarakat sekeliling. Dan sy tekad cari rawatan natural yg dpt sembuhkan Anak sy. jemput jln2 ke blog sy, berkongsi penjagaan dan rawatan eczema secara selamat, nonsteroid dan berkesan insyaallah.

MYRIZQGROUP said...

jemput semua ke blog saya bercerita tentang pengalaman Anak sy yg juga alami eczema.


marishmarjan.blogspot.com

hazreey wanna said...

Mohon share ye..