Nuffnang

Wednesday, March 16, 2011

Mars Needs Moms memang BESH!

Minggu lepas kami menonton filem Mars Needs Moms di Cathy Cinema, eCurve. Alhamdulilah dapat tonton secara percuma sebab tiket ni hadiah sempena sertai contest Nuffnang. Trimas banyak kat Nuffnang sebab beri peluang saksikan tayangan perdana filem ni. Sangat besh okey! Besh sebab ia free! Dan  kisah dan grafik filem ni memang gempak besh! Peminat filem animasi jangan lepaskan peluang tengok filem ni. 

Aku suka ekspresi watak filem ni. Real betul macam orang sebenar yang berlakon. Siap detail kerutan di muka dibentuk cantik dengan teknik 3D. Paling menambat hati reaksi muka mak Milo yang tersentuh dengan ucapan Milo. "Kan bagus kalau mak takde!" Gitu lebih kurang lepas alih bahasa. Sebenarnya Milo memang sayang kat mak dia. Tapi sebabkan bengang tak dapat tengok rancangan TV kegemaran dia,  kena denda sebab tak nak habiskan makanan dia. Tergamaklah dia cakap camtu kat mak dia. Korang jangan jadi anak derhaka macam Milo tu tau! 


Pastu alien culik mak Milo masa tengah tido! Nasip baik masa tu Milo terjaga dari tido. Dia pun kejarlah kapal angkasa alien tu sebab nak selamatkan mak dia. Nasip tak baik. Dengan dia-dia sekali kena angkut pergi planet Marikh! Kat sana Milo berkenalan dengan Gribble, manusia yang terkandas kat Marikh. Kes Gribble ni pun sama macam Milo gak. Nak tahu lebih lanjut, tengoklah sendiri. Cerita banyak kang tak surprise dah haha... Selain tu ada robot anjing peliharaan Gribble yang setia dan Ki, alien perempuan yang sukakan budaya manusia. Suka curi-curi design grafiti kat dinding bangunan. Cun giler!


Aku ingatkan dorang direct design 3D tau. Rupanya pelakon kena pakai sut khas nak mainkan watak masing-masing. Penuh wayar sana sini. Akhir filem, dorang ada kongsikan pengambaran filem ni versi sebenar. Kelakar tengoknya.

Aku dah bagi banyak spoiler kat sini. Kalau nak lagi besh, tontonlah  sendiri. Tak rugi tengok sebab memang besh!

2 comments:

BIONIC WOMEN said...

Nak tengok ler...
macam best lak wan citer..hehe

Wansteddy Tales said...

BIONIC WOMEN ~ aahahha... peminat animasi memang cmni eily, tp mmg enjoy flm ni. xrugi tonton ^^