Nuffnang

Followers

Wednesday, March 16, 2011

Rango movie superb Besh!

Kalau anda peminat filem animasi, jangan lepaskan peluang tonton filem Rango! Memang besh, memang gempak! Seekor sesumpah yang kuat berangan dan akhirnya jadi hero. Suara seksi abang Johnny Depp memang besh! Sekilas tengok, ada scene macam  siri Pirates of the Caribbean. Tapi jalan citer Rango memang besh. Walaupun kita boleh duga penamat kisah animasi ni macam mana. Jalan cerita tu yang besh nak dilayan tu. Lain dari yang lain. Yang penting... superb kelakar!
 
Sebenarnya aku menang 4 tiket percuma anjuran Viola. Boleh baca entry ini. Won 4 tickets RANGO movie! Tapi disebabkan tayangannya pada hari ahad dan waktu pagi pula. Tak dapatlah aku pergi tonton tepat pada waktunya. Sedih juga. Mujurlah sebelum tu aku terima 2 pas wayang ekslusif TGV sempena sertai contest Nuffnang yang lalu. Merasalah redeem movie Rango! Alhamdulillah.. jimat belanja dan puas berhibur dengan filem yang besh ni.

Rango ni kisahnya pasal sesumpah yang hidupnya kesepian dalam balang akuarium. Sedihnya, nama pun takde. Untuk hiburkan diri, dia beranganlah nak jadi hero yang pelbagai. Suatu hari Rango dan akuarium dia tercampak keluar dari kereta tuan dia. Ada eksiden kat luar. Merasalah Rango udara segar di  padang pasir serba tandus! 
 
Rango alami kejutan jugak la sebab penduduk Dirt ni dressing ala-ala koboi. Pastu ada masalah air yang kronik! Bekalan air sangat terhad buatkan penduduk Dirt tension belaka.

Padang pasir yang tandus tu bernama Dirt. Kebetulan masa Rango tercangak sana sini terjumpa dengan awek psiko ni. Bean, dinamakan demikian sempena kesukaan bapa Bean pada kacang. hahah...

Bila dah jadi tetamu yang pelik. Baju pun lain macam. Gaya pun semacam. Maka Rango jadi tumpuan dan kena aim dengan penduduk setempat. Takut kena buli, Rango dapat idea kelentong dorang  ni semua dengan alasan dia ni pernah lawan penjahat dengan 1 butir peluru. Pendek kata cakap besarlah. Dan masa tu gak terbit idea nak gelarkan dirinya dengan nama Rango! Sempena nama kat botol air. hahhaa...


Kebetulan dorang hadapi masalah dengan helang dan ular orok-orok kat tempat tu. Tak pasal-pasal Rango terlibat dengan insiden kejar mengejar. Dan bebekalkan nasip baik. Helang tu tumpas 'dikerjakan' Rango. Pergh! Konon hebat, Rango dapat anugerah pingat syerif dari Datuk Bandar!

Kemuncak masalah, bila bekalan air Dirt kena rompak! Masa ni Rango sebagai syerif dan beberapa penduduk bandar keluar menyiasat misteri kehilangan air ni.  

Pembunuh upahan kat Dirt. Dia takut nak masuk Dirt sebab ada helang ganas tu. Tapi lepas Rango selamatkan Dirt dari ancaman helang. Ancaman dari ular orok-orok ni lebih menakutkan penduduk setempat.

Part paling aku suka. Hiburan semasa dari 4 ekor burung hantu yang jadi tukang cerita dan penghibur jalanan sekaligus. Merangkap pemuzik juga!

Aku rasa dah terlebih banyak spoiler aku bagi ni. Kalau korang suka filem animasi, jangan teragak-agak nak pilih filem ni. Memang menghiburkan. Aku pulak dari sengih pada terkekeh-kekeh layan gelak. Dan akhir cerita pun  besh!

1 comment:

BabyIntan said...

Sounds like best gilerrr cite nie Wan...cepat lah keluar dvd boleh lah si tecik tu tgk dan ibu dia sekali...ekeke :D