Nuffnang

Followers

Showing posts with label Ulang tahun. Show all posts
Showing posts with label Ulang tahun. Show all posts

Saturday, February 3, 2018

Minyak TYT Herbal Medicated Oil

Masa bersalinkan Mia dulu, macam-macam jenis minyak urut yang famili syorkan. Tapi yang kekal kakak pakai sampai kini, Minyak TYT Herbal Medicated Oil. Maknanya dah lebih 10 tahun setia dengan produk ni. Botol sekecil ini pun tahan lama. Tak silap yang ini harganya dalam RM5.00 lebih saja. Hari-hari pakai urut kaki dan belakang badan pun, masih tahan lama lebih sebulan ke tiga bulan.

Yang ini botol bersaiz besar. Harganya RM8.00 lebih saja. Kalau pergi farmasi, kedai ubat, Mydin, Giant, jumpalah produk ni. Memang mujarab. Selain minyak herba, ada juga herba rendaman kaki dan mandian TYT. Masa arwah abah sakit dulu. Kaki abah selalu sejuk-sejuk. Belikan Herba Rendaman Kaki TYT, abah suka sangat. Rendam di kaki dengan air panas, meruap ke kepala segarnya. Muka pucat tampak lebih segar kemerahan. Bagus sangat herbanya. Kalau ibu yang berpantang pun boleh pakai produk ni.

Baru-baru ni kepala asyik gatal-gatal je. Niat nak gunting rambut dah, bagi pendek ala Sofea Jane (lagi haha). Kakak memang tak boleh berambut panjang sangat. Cepat stress. Yang geram, kelumumur pun mudah sangat merebak kalau tak jaga rapi. Lambat syampu dan tak pakai perapi. Habisss... bersalji kepala. Dalam geram nak capai gunting potong sendiri. Teringat pula tips masa event penyampaian hadiah TYT dulu. 

Tak ambik masa lama, terus lumur sampai ke kulit kepala. Tahu apa? Tak sampai seminit hilang gatal kepala. Lagi terkejut, rasa sengal-sengal kat bahu pun hilang sama. Magik je rasa. Semuanya sebab minyak berubat ni memang terkandung herba yang baik dan mujarab. Tak sia-sia selalu ada simpanan. 

Kalau korang jenis suka pakai minyak angin. Try lah beli TYT. Seawal baby sampai orang tua semua boleh pakai. Minyak ni tak panas langsung. Baunya pun segar dan tak tengik. Tapi memulihkan dengan cepat. Nak-nak untuk sengal badan. Sebab tiap urutan melancarkan aliran darah. 

Saja kongsi pengalaman dengan minyak TYT. 
Sebelum tidur lumurlah kat kaki. 
Macam pakai minyak terapi. 

Tuesday, December 19, 2017

WHSWZ bornday

Eh, kakak sebaya dengan Sunway Lagoon! Cuma beza 10 tahun saja hahhaha... Titip entry ni sebagai kenangan. Sepanjang usia yang berada ini. Banyak impian yang daku angankan. Ada yang sudah tercapai. Ada yang masih gigih ingin digapai. Apa pun semangat ini takkan luntur. Gambatte kudasai!

Impian sebelum menjejak usia 35 tahun:

1. Kereta x1 (alhamdulillah menang)
2. Motorsikal x2 (menang keduanya)
3. Rumah x1 (syukran)
4. Simpanan cash (biarlah rahsia)
5. Simpanan emas (biarlah rahsia)
6. Anak (alhamdulillah dah 9 tahun usianya)
7. Naik pangkat (27 ke 29 kira naik le kan kah3)
8. Kurus (kena buang inch lagi)
9. Travel: 
✈️ Bali ❣️ Hong Kong ❣️ China ❣️ Amsterdam ❣️ London ❣️ Abu Dhabi ❣️ Sao Paolo ❣️ Hong Kong ❣️ Singapore ❣️ Korea ❣️ Jepun ❣️ Jepun ❣️Hong Kong

Lain-lain, dah tercapai baru update, hehe... 
Just for momento. 

19 Disember 2017
WHSWZ

Saturday, July 22, 2017

Birthday mak

22 julai 1954 | tanggal hari lahir mak. Harini genaplah usia mak ke 63 tahun. Gambar ni diambil sekitar tahun 1980, kata mak. Kakak pun belum lahir lagi. Tapi kenapa wajah mak tak makan dek usia? haha...

Pernah sekali berjalan sama, kawan mak tegur "Eh, adik ke ni...?" Tak tahulah dia maksudkan emak yang muda. Atau anaknya yang nampak tua, hahaha.... Itu kisah masa zaman UiTM dulu. Langsung tak kenal make up. Kasut paling tinggi yang kakak berani pakai, 2 inci je. Semuanya gara-gara asyik digelar dalam kepala "budak tomboi" oleh abang dan my kakak. Tak berani nak oles lipstik pun kat bibir. Bila masuk kerja, barulah berjinak-jinak nak pakai baju kebaya. Tu pun jenuh kena bebel dengan kakak opismate yang suka paksa adiknya ni lebih bergaya hahaha... 

Sebenarnya dah lama rancang nak reshoot semua foto gaya mak ni. Baru-baru ni, bila boss minta fikirkan konsep untuk tema raya kat pejabat. Terus terdetik: klasik raya. Konsep ni dah try bawa tahun lepas kat bahagian lama. Tapi kurang mendapat sambutan. Tahun ni, dapat geng opis pakat gila-gila. Alhamdulillah... semua yang dirancang, menjadik. Yang penting semua sporting!

Ambik peluang ni ambil pose gaya mak. Tapi disebabkan ramai sangat tuan direktor depan studio. Satu gambar ni je hampir sama. Lain-lain.... 1001 ekspresi! hahhaa... Kalau kakak tak segan, kakak share la pic-pic yang lain dalam blog nanti, ye...

Apa pun ambil kesempatan ni kongsikan gambar mak dan kakak. Sama tapi tak serupa? Masa mula-mula masuk kerja kat JAPEN dulu, ramai dok sangka kakak free hair kat luar pejabat. Sebab ingat gambar mak ni, kakak. Takkk... sejak dulu lagi memang gambar mak ni sentiasa terhias atas meja kerja. Sebab tengok gambar mak, terubat rindu nak jumpa mak yang jauh nun di kampung.

Luv u mak! Moga panjang umur, murah rezeki dan cantik-cantik selalu! Moga Allah berkati hidup Hajah Rapiah Nawi dunia hingga akhirat, amin...

Monday, October 10, 2016

Penyampaian hadiah Hari Pengguna 2016

Alhamdulillah... selesai juga Majlis Penyampaian Hadiah Hari Kepenggunaan sempena Hari Pengguna HPM  2016. Majlis berlangsung di Dewan D, Maeps Serdang pada sabtu lepas bersamaan 8 oktober 2016. 

Kami sempat join contest mewarna bagi katergori B (7-9 tahun) untuk Damia dan kategori D (13 tahun ke atas) untuk hakak dan suami. Tak sempat nak snap sebarang gambar aktiviti semasa mewarna. Memang tak cukup masa 2 jam diberi. Ikutkan hakak tak puas hati dengan hasil lukisan sendiri. Kalau extend sejam lagi bolehlah completekan details dalam poster tu. Melukis dan mewarna dalam perut berkeroncong amatlah tidak menyeronokkan ye. Maka hasil lukisan pun ala la sajalah. Nak pula sepanjang tempoh 2 jam mendengar rengekan Cik Mia yang komplen lapar... lapar... lapar... Kesian Mia. Silap kami juga sebab tak sempat nak breakfast dulu. Pengajaran pada hari kejadian. Bila lapar, idea dan mood nak buat contest pun tersangatlah terhad ye, noted!

Alhamdulillah... dapat tempat pertama kategori Poster grafik (E). Suami dapat tempat ketiga peraduan melukis komik.  

Selesai urusan penyampaian hadiah, penganjur umumkan nama pemenang peraduan Mewarna. Bila masuk bahagian pemenang kategori D, tiba-tiba dengar pengacara umumkan... "pemenang tempat kedua jatuh kepada... Wannnnn Hairuuuu..." automatik terbangkit bangun! Nasip baiklah masa kat stage perhati lukisan tu, betul lukisan hakak. Kot nama orang lain kan naya huhu... alhamdulillah... 1 lagi hadiah berjaya dibawa balik. Wang tunai RM200! 

Akhir sekali kami pusing-pusing booth pameran di sekitar Dewan D. Awal datang tadi memang tak sempat nak tengok apa-apa. Ralit urusan pendaftaran mewarna, daftar pemenang dan cari port mewarna. Bila dah habis event baru berpeluang jengah bahagian pameran. Bila tengok lukisan budak-budak sekolah rendah, sekolah menengah, tertunduk malu rasanya! Hebat-hebat belaka. Bukan saja idea, bahkan skilll melukis pun mengalahkan profesional illustrator. Tabiklah!

Inilah hadiah yang berjaya dibawa pulang. Total kemenangan bagi tahun 2016 sebanyak rm2900. Syukur alhamdulillah... Untuk maklumat lanjut senarai pemenang, boleh klik link berikut: Pemenang HPM 2016.

Monday, December 22, 2014

Happy 32y Birthday to me

Kad hari jadi dari Aliya Damia. Surprise gift katanya. Memang surprise pun, sebab cik Mia pakat dengan ayahnya beli kad ni masa hakak tengah tidur dalam kereta lepas balik kerja. Letih sangat sampai tak sedar pun bila masa dua beranak tu buat pakatan rahsia haha...

Sepanjang tahun 2014, alhamdulillah.. dapat pelbagai jenis hadiah hasil join pelbagai contest. Dari hadiah kereta bernilai lebih RM100k kepada hadiah travel voucher bernilai ratusan ribu ringgit. Pengalaman paling menarik tentunya kemenangan hadiah utama percutian ke Liverpool - London, Brazil, Bali dan Hong Kong. Percutian dalam negara pun tak kurang menyeronokkan juga asalkan FREE! ahaha...

Tapi dalam banyak-banyak hadiah paling bernilai tahun ni tentunya ingatan tulus ikhlas dari anak dan suami. Sejak dua menjak ni rajin Damia ucapkan "Mommy... i love u." Simple word saja dah bikin hati mommy touching. Hakak kan berjiwa kecil, cepat tersentuh.

Selamat hari jadi yang ke-32 tahun buat hakak. Tanggal 19 Disember 1982 - 2014. Tua sudah... Semoga bermulanya angka 32 ini dengan kejayaan dan keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Semoga kesihatan terjaga, rezeki berganda, keluarga bahagia dianugeragkan Tuhan buat hakak, amin...

Monday, December 15, 2014

Helium gas ballon

Bersemangat waja hakak kau nak meriahkan majlis kan. Hohoho... Tah menjadi entahkan tidak. Harap2nya berterbanganlah wahai belon-belon dambaan beta hahaha...

Friday, August 30, 2013

Selamat Hari Jadi ke~21 Elly!

Hari ini 30 Ogos 2013 adalah hari ulang tahun kelahiran ke 21 bagi adik bongsuku. Bulan Ogos memang penuh dengan tarikh hari-hari lahir dalam ahli keluarga kami. Dari adik di bawahku pada 23 Ogos lalu, abah pada 24 Ogos lalu, anak-anak saudara dan terakhirnya adik bongsuku ini. 

Alhamdulillah dalam usia muda adik aku sudah bergelar suami orang. Kiranya inilah hadiah paling bermakna dalam hidupnya. Syukur majlis pernikahannya lancar dan selamat seperti dalam perancangan keluarga. Meskipun sudah beberapa minggu berlalu, masih rasa tak percaya yang adik yang dulunya selalu aku buli-buli manja (heheh) dah jadi suami orang. Alhamdulillah... Kakak kau memang touching giler k.

Semoga perjalanan hidupmu lebih bermakna. Dikurniakan kesihatan baik serta berpanjangan. Ditinggikan darjat, dimurahkan rezeki dan diberikan keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Doa kakakmu, semoga rumah tanggamu yang dibina dengan kasih sayang utuh bahagia selamanya hingga ke anak cucu, amin...

Kasih sayang keluarga kekal selamanya.

Friday, March 29, 2013

Ulang Tahun Perkahwinan ke-6

Alhamdulillah.... 
Genap 6 tahun sudah bergelar isteri kepada Azmi Paysal.
Hadiah ulang tahun pertama; kelahiran Damia.
5 hari dilahirkan sebelum sambut 1st anniversary perkahwinan.

Untungnya hari lahir anak dekat-dekat dengan tahun anniversary.
Boleh buat majlis doa selamat dan kesyukuran untuk 2 tarikh ini.

Mendoakan agar kesejahteraan keluarga berkekalan. 
Berdoa agar keluarga sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT. 
Dan berdoa semoga keluarga sentiasa dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan, dipermudahkan segala urusan dan dihindarkan dari segala marabahaya dunia dan akhirat.
Amin....


ps to my laling:
pecah kaca pecah gelas, 
sudah baca, harap balas
(dengan hadiah besh-besh ye) 
hahahha....

Thursday, March 28, 2013

Selamat Hari Lahir ke 35 sis!

Selamat Hari Lahir ke 35 tahun buat kekanda disayangi.
Dilahirkan pada 28 Mac 1978.
Anak jati Kampung Pulau Belayar, Gerik Perak.

Jujurnya masa kecik-kecik dulu kami dua beradik ni memang tak rapat. Meskipun cuma 2 orang je perempuan dalam 5 beradik, tak boleh nak ngam pula. Kakak ni lagi rapat dengan abang yang sulung. Aku pula jenis malas nak campur dengan dorang. Jelak kena makan buli je dari kecik. Tapi bila dah makin remaja, kakak belajar di Kolej Kejururawatan kat Negeri Sembilan, baru terbit rasa prihatin kat kakak sendiri. Hanya surat je jadi penghubung kami. Zaman 90-an mana nak ada henset kan. Nokia cokia pun mahal mak enon kau. Inikan pula brand Apple (yang belum wujud lagi zaman tu). Nak bersms tak mampu nak beremail berFB lagilah tak mungkin. Tapi sekali utus surat, berkajang-kajang paper diberi. Ada-ada je cerita dikarangkan. Kadang-kadang aku lukis komik untuk kakak. Saja nak bagi dia happy belajar kat sana.

Apa pun semoga hubungan kekeluargaan kami makin erat dan penuh dengan kasih sayang. Ucapan ikhlas dari adikmu yang comel lagi cute~

"Happy birthday kak! Ye, mak abah masih panggil ko 'adik' tapi aku tetap berpangkat adik yang termaktub dalam surat beranak! Muahahaha..."

Kenapa bukan aku yang dapat gelaran adik? 
Yang itu akan diceritakan dalam entry akan-akan datang. 
Tu pun kalau aku rajin nak bercerita haha...

Monday, March 25, 2013

Selamat Hari Jadi ke 5 tahun Aliya Damia

Semalam genaplah usia Anakanda Aliya Damia ke lima tahun. Syukur ke hadrat Ilahi, Damia membesar sihat sepanjang usia ini. Meskipun diuji dengan beberapa ujian sakit, Damia dapat tempuhi dengan hati yang cekal. Terima kasih pada anakanda Damia kerana sentiasa menceriakan hati ayah dan mommy.

Kelahiran Damia hadiah kepada ulang tahun perkahwinan kami pada 29 Mac. Aliya Damia Azmi dilahirkan pada 24 Mac jam 9.30 malam di Hospital Selayang. Dalam keluarga, hanya Damia sorang je anak jati Selangor hehe... Semalam kami buat jamuan ringkas meraikan hari jadi Damia. Cukuplah tiga beranak berjimba-jimba party sendiri. Insya'allah dalam minggu depan akan diraikan pada jamuan lebih besar. Sambutan bersama dengan sepupu sepapatnya yang lahir dalam bulan yang sama :)

Kek Hari Jadi ke 5 Aliya Damia. Teringin nak beli kek princess, tapi tak tau nak cari kat mana. Sudahnya bersyukur dengan fruit cake ni. Pilihan Damia sendiri ni. Kebetulan mommy pun suka dengan kek ni. Warna putih dan rasanya pun sedap sangat.

Ayah sponsor makan malam semalam. Domino's pizza dan lain-lain makanan faveret Damia. 

Dah cukup usia nak potong sendiri keknya.

Hadiah untuk Damia dari ayah. Dah dibuka pada malam hari jadinya, tak sempat nak tunggu waktu jamuan. Set rumah Barbie idaman Damia (dan mommy) sedari dulu lagi. Akhirnya tercapai hajat Damia miliki sendiri. Lupa pula nak ambil gambar sesudah kotak dibuka ^^

Biar ringkas tapi bermakna. Syukur Allah perkenankan doa kami. Miliki anak yang membahagiakan hati kami. Doa mommy yang tak pernah putus buat anak kesayangan mommy ni  "Semoga Damia membesar sihat, bijak, cantik, menyayangi mommy dan ayah dan yang penting sekali jadi anak yang solehah. Amin...."

Wednesday, December 19, 2012

Happy 30 Birthday to ME!!!!

Bangun tidur harini dengan kejutan baru. Selama ni, isilah apa-apa jenis form pun, letak angka 30, masih tak rasa apa-apa lagi. Sebab hati masih mengaku "masih muda... belum cukup umur.... belum capai 19hb Disember... aku still 29 tahun!" Proses ketidakbolehan menerimaan kenyataan diri sudah meningkat tua. Melalui angka!

Dan apabila pagi ini terpaksa menjejak realiti.... Masih rasa macam termangu-mangu je haku. Iya... muka tak banyak berbeza. Macam hari-hari biasa, muka itulah juga aku hadap di depan cermin waktu pagi kala bersiap nak ke tempat kerja. Tapi ada suatu perasaan syahdu pula bila kena terima hakikat diri. "Hari ini besday aku yang ke....30!" waaaaaaaaa.......... Tua sudah....

Selamat Hari Jadi yang... 
ke 30 pada diriku sendiri. 
Perempuan ini masih sukar menerima hakikat diri.
Hahahaha....

Terima kasih banyak pada semua kenalan khususnya di FACEBOOK yang sudi ucapkan Happy Birthday. Terima kasih juga pada kawan-kawan yang SMS, email dan private message ucapkan kata-kata hikmat itu. Juga sekalung terima kasih pada kenalan yang sudi doakan segala kebaikan buat Wan. Wan doakan moga-moga doa baik-baik itu berbalik juga buat kalian serta keluarga. Amin....

Menjejak usia 30-an ni apa azam pula aku?

Saturday, March 24, 2012

Selamat Hari Lahir yang ke-4 buat anakanda Aliya Damia

Tanggal 24 mac 2008 hari kelahirannya. Masih terbayang pipi merah serta mata hitam penuh saat menatap wajahnya buat kali pertama di Hospital Selayang dulu. Bayi yang sekecil itu kini kian membesar, alhamdulillah... Aliya Damialah rezeki, penawar suka duka hidup mummy dan ayah. 

Selamat Hari Lahir yang ke empat buat anakanda Aliya Damia. Mummy doakan segala kebaikan buat anakanda di dunia dan akhirat. Semoga sihat walafiat berpanjangan, panjang usia, dilimpahkan rezeki, dikurniakan kebijaksanaan, menyayangi mummy dan ayah serta patuh perintah agama. Semoga dirimu selalu di dalam perlindungan Yang Esa, amin...

Seminggu sebelum menyambut ulang tahun ke empatnya, Damia diuji dengan sakit berjangkit. Chicken pox. Alhamdulillah... Sebelum tarikh hari jadinya dah nampak petanda baik penyakit ini akan kebah dan Damia boleh kembali bersekolah. Ikutkan hati macam-macam kisah Damia nak dikongsi dalam entry ni. 1001 cerita pun takkan habis. Apa pun biar mummy ringkaskan saja segala cerita... Seperti tahun sebelumnya, tiada majlis keraiaan untuk Damia. Cukuplah sehari kami peruntukkan buat anakanda Damia bergembira. Mummy dan ayah akan raikan khas buat puteri ini. Semoga menjadi hari yang diingati Damia. Insya'allah...

Selamat Hari Lahir puteri mummy...
Berbangga perolehi dirimu sebagai pelengkap hidup kami...

Monday, December 19, 2011

Happy Birthday Wansteddy!


Alhamdulillah... hari ini berginjak angka sebenar usiaku. Sebelum ni selalu aku war-warkan usia aku 29 tahun. Hakikatnya aku masih berusia 28 tahun sehinggalah jam 11.59 malam semalam! Dengan rasminya kini aku beralih ke angka sahih. Hahah... selamat hari lahir Wan Hairulshifah Wan Zahari. Jam 4.30 lebih karang waktu kelahiran.

Semoga angka ni menyedarkan diriku betapa aku perlu belajar bersolek lebih baik. Demi melindungi kedutan yang kian berselirat di muka. Dan belajar serta rajin-rajinkan diri memasak lebih kerap. Kerana selama ni aku jadikan kerja memasak sebagai hobi. Bukan tugasan harian hahah... Seterusnya aku nak lebih gigih dalam usaha kerja. Patuh pada matlamat. Tak terkejar-kejar deadline hingga menghuru-harakan hari-hariku. Lebih rajin buat kerja design, lebih  rajin join contest dengan teratur. Lebih bersosial dan kurangkan mulut muncung! hahahah...

Dah tua gini takde lagi sambutan hari lahir macam kecik-kecik dulu. Imbas kenangan kanak-kanak aku. Famili aku jenis menitik beratkan soal hari lahir. Hatta buat jamuan kecil untuk seisi rumah pun dah memadai. Untung ruginya aku yang lahir di hujung tahun. Kadang-kadang mak abah aku lupa hari lahir aku. Tak macam hari lahir adik beradik yang lain sebab dekat-dekat. Hari jadi aku yang di hujung tahun selalu dilupakan. Secara tak sengajanya kot. Untungnya hari jadi aku jatuh pada bulan bonus gaji! Maka dapatlah hadiah yang besh-besh sikit haahhaa... 

Sekarang ni... nak harapkan sape. Kawan opis? no komen... Mungkin sebab aku ni bukan jenis mulut banyak maka tak rapat dengan kawan-kawan sepejabat. Maka no birthday party untukku. Bahkan masuk saja kerja, bos tak pernah wish besday aku. Selalu keciciran namaku di dalam kad berhias bos yang tulis sendiri. Sedangkan nama staf lain ada pula. Itu zaman boz pertama aku bekerja dulu. Dato' Syed namanya. Ganti bos kedua, Haji Nik... jenis takde nak wish-wish besday dah. So papan kenyataan tidak lagi diisi dengan kertas berbunga wish besday untuk staf BKVS hahha... Bos ganti yang kini jadi ketua cawangan aku Pak Rashid jenis bz manjang. So soal wish-wish ni memang takde la hahha... Dan masuk bos paling terkini. Langsung takde! Mimpilah kalau dia nak tampal kertas birthday untuk semua staf secara bulanan okey...  Disebabkan itu... Jangan mimpi kawan-kawan opis aku nak raikan birthday kengkawan. Kalau ucap kat dalam facebook tu kira terlebih bagus sangat dah tu. hahah... Makan dalam tak.. Makan dalam tak...  hahahaa.... Kesimpulannya opis aku jenis tak boleh diharap bab-bab keraian. Nak raikan apa-apa sendiri-sendiri je la :P

Harini, hubby kena pergi ke Port Dickson. Ada program Hari Penerangan dan Inovasi di sana. Setiap pegawai 41 kena hadiri taklimat selama 4 hari kat sana bermula hari ni. Kecewanya aku... Rancangnya aku nak tonton teater Aladdin the musical di Sunway Lagoon malam ni. Malam ni! Aku dah happy berjoget sakan jumaat lepas dapat panggilan dari Hot Magazine, katakan aku menangi 2 pas masuk teater ni. Tentulah aku suka. Benda free! Kena pulak jatuh pada hari jadi sendiri. Macam hadiah la ni. Sayangnya.... tak dapat pergi. Sedih sangat-sangat. Nampaknya burn gitu sajalah tiket tu. Sayangkan...

Ucapan untuk diri sendiri: Happy Besday Wansteddy! Bersyukurlah masih bernafas hingga ke hari ini... Moga happy-happy selalu. Murah rezeki dan dikurniakan kesihatan baik berpanjangan. Yang penting semoga keluargaku aman bahagia, selamanya... Amin...

Thursday, April 14, 2011

Sambutan Hari Jadi Damia ke-3 tahun

Semalam kisah pasal Majlis akikah Asyraf. Harini kesinambungan kisah semalam. Hari yang sama, meraikan sambutan hari lahir Damia dan Haikal, abang sulung Asyraf.

Damia yang tak sabar-sabar tunggu majlis bermula. Sibuk main dengan lilin berhias 'Happy Birthday'. Sudahnya ada beberapa perkataan hilang dan patah. Sabor je la.... Masa ni masih berlangsung majlis Akikah Asyraf. Damia yang penat lepak-lepak kat lantai tunggu giliran sambutan besday dia pula.

Sebelum majlis bermula, para sepupu Damia  dah beria main-main kat luar rumah. Berdiri 3 dari kanan, Along, Birhday Boy. Lahir pada 29 mac. Tarikh yang sama dengan hari nikah aku.

Main bubble... Damia tak join geng sepupu ni. Sibuk melaram kat dalam rumah. Masa ni Damia pakai kebaya yang Nurul, opismate bagi sempena hadiah hari jadi Damia yang lalu. Ada aku ceritakan dalam entry: Hadiah untuk Damia dari Auntie Nurull! Tak sempat nak ambil gambarnya dengan kamera aku. Dalam kamera mak dan kakak adalah gambar Damia berkebaya hijau tu. Aku lupa nak simpan masuk dalam external hardisk.

Majlis dimulakan. Damia nak potong kek sendiri. Jenuh budak-budak lain tunggu potongan kek. Mana taknya, dak kecik ni penuh hati-hati memotongnya. Sampai tak luak, hahaha... Sebenarnya ramai budak-budak masa ni. Tapi tah kenapa takde satu gambar pun sesuai nak share. Cuaca masa tu panas berbahang. Peluh mencurah-curah kat dahi memasing. Macam kena siram dengan spray iron baju tu... Sebab tu tak sampai hati nak paparkan wajah-wajah berlemuh dek peluh hahaha...

Bila mak ngah dia (kakak aku) pas hadiah untuk Damia, barulah dia berhenti cuba nak potong kek sendiri!

Trimas Mama Ngah... Ayah Ngah... Damia suka hadiah tu! Beg sandang pink! Damia memang dah lama kepingin nak ada beg sandang sendiri. Kalau balik kampung. Mesti tak lepaskan peluang gendong beg-beg sekolah along dan angah yang berat tu. Akhirnya dapat juga Damia sandang beg dia sendiri :D

Gigih lipat dan masukkan baju hadiah dalam beg dia sendiri. Terharu Mama Ngah dia tengok kaletah Damia. 

Acara kemuncak majlis hari jadi ni bila along (Haikal) terima hadiah dari atok! Hadiah ni Mama dan ayahnya yang belikan. Sudahnya budak-budak lain berebut nak bawa. Kalau perasan, takde gambar Haikal dalam majlis hari jadi. Haikal cukup pemalu orangnya. Suruh potong kek, tak mau. Duduk pun jauh-jauh je. Sudahnya hanya birthday girl sibuk potong kek, tak bagi chance birthday boy sekali, haih....

Kesimpulannya sambutan hari lahir ni memang besh! Nanti aku share design pennant yang sempat aku design dan print sehari sebelum balik kampung. Gigih tu design. hahhha...

Wednesday, March 30, 2011

Raikan Damia di Menara Kuala Lumpur

Lepas ke warehouse Mattel. Kami tukar haluan ke Menara Kuala Lumpur sementara tunggu malam sebab nak jemput adik aku. Kiranya macam meraikan hari jadi Damia jugak ni. Bawa jalan-jalan kat Menara KL. Selama 6 tahun hidup kat Kuala Lumpur ni. Inilah kali kedua aku jejakkan kaki ke Menara KL. Alasan kerap kenapa asyik bertangguh nak ke situ. Tak tau nak buat apa selain tengok seluruh panorama Kuala Lumpur. Rupanya aku silap. Sekarang Menara KL dah banyak pembaharuan. Macam-macam ada. Mini zoo, pusat simulasi kereta F1, boleh naik kereta kuda dan lain-lain lagi. Hanya dengan beli 1 tiket per individu semata.
Kuda ni macam tertarik betul kat Damia. Dari jauh dia datang try nak dekat dengan Damia. Cik Damia tak sudah-sudah sebut "horse... horse..." Suka la tu! Aku pulak tak berani nak pergi dekat. Mana tau nak jadi kes kuda amuk tiba-tiba ke, lebih baik utamakan keselamatan kan hahaha... Dasar penakot!

Menara KL dari jarak dekat. Selalu tengok dari jauh je kan. Pertama kali aku datang Menara KL dengan rombongan makcik-makcik UMNO sekitar tahun 2001. Aku ikut mak aku  masa tu. Percaya atau tidak. Dengan muka berminyak sebab kurang rehat kitorang memang jakunlah tengok panorama KL masa tu. hohoho...
Minah gadget. Tak tahu sangat apa fungsi alatan tu. Yang aku perasan, bila kita hala ke setiap kawasan dia akan paparkan beberapa lokasi yang hala ke situ. Contohnya lokasi Bukit Bintang ada Lot 10 dan lain-lain. Gitulah lebih kurang. Aku malas nak pakai. Tapi Cik Damia beria nak pakai macamlah reti guna. Kulu kilir diusungnya benda alah tu dengan muka confident. hohoho....

Tak boleh hala ke arah matahari. Tapi bila orang bagi amaran, lagi rasa teringin nak buat kan. kehkehkeh... Takdelah aku ikut perasaan. Buta mataku nanti sah-sah salah sendiri kan. Besh jugak layan panorama KL dari atas ni. Rasa macam tak percaya tengok banyak bangunan naik mencanak sana sini. Sedangkan zaman 90-an dulu nak nampak bangunan tinggi 5 tingkat pun payah. Aku pernah tinggal kat KL sejak lahir hingga darjah 5 dulu. So takdelah begitu jakun bab-bab KL ni. Walaupun sekembalinya aku dari kampung ke tanah tumpah darahku di HKL ini, aku dapat kejutan budaya gak. KL dah berganda-ganda berubah berbanding zaman 80-an dulu.
Kami tiba pun dah petang. Lagipun tak lama menyinggah kat atas. Sebab pusing-pusing kat situ saja. Tak sampai setengah jam dah turun semula.

Masuk Zoo mini. Tak ingatlah pula nama zoo ni. Yang buat aku menyampah. Masuk saja kena hadap balang-balang kaca pelbagai jenis ular. Aku memang tak suka ular. Jadi fobia semacam. Nak-nak jenis bapak ular sawa dok berlingkar tepi kotak kaca. Mengerikan tengok saiz badan ular sawa yang lebih besar dari saiz peha aku. Pastu ada la beberapa haiwan lain. Kelakarnya tengok hamster yang super duper aktif dan burung ni. Sangatlah mesra alamnya. Bila aku fokus muka dia dengan kamera dia jengah balik skrin nak cari muka aku pulak. Macam dok main cak-cak la pulak...

Masuk pusat simulasi F1. Ayah Damia baru test beberapa minit, Damia dah melalak! Dia ingat ayahnya nak gerak tinggalkan dia naik kereta F1 tu la.  Serius sedih budak ni. Tahap tersedu-sedu takut kena tinggal! Aduhai.... sabo je la...

Sessi terakhir, lepak kat KLCC sementara tunggu nak ambil adik aku kat Hentian Duta. Sempat tu main game kat Lancome stage ni. Patutnya setiap pengunjung yang main game ni, makeover, dapat free goodies, perfume dan apatah lagi. Tapi aku tak selesaikan tugasan make over. Sudahnya burn gitu je. Malas aku nak make over depan orang ramai gitu. Lagipun masa tu nak solat magrib. Sayanglah dah penat-penat  orang makeover muka aku, kena tanggal make up pulak kan.... Next time sajalah!

Kesimpulannya sabtu lepas. Berjalan-jalan tanpa haluan tapi dengan pelbagai agenda. Bila aku tengok gambar-gambar kat sini banyak pulak gambar aku hohoho....