Nuffnang

Followers

Sunday, March 13, 2011

Won Dashboard Mobile & Gadget Manager

Jumaat lalu, aku terima kiriman kurier dari Nissan. Sebenarnya tak pasti ini sempena menang contest yang mana. Atau mungkin saguhati sempena sertai contest anjuran facebook Nissan Malaysia yang lalu. Mungkinlah. Sebab seingat aku. Takde lagi aku sertai contest anjuran Nissan yang lain selain contest CarToon Crazy tu. Boleh rujuk entry Go Car-toon Cra2y CONTEST!



Ini hasil lukisan aku sempena sertai contest ni. Dan ya... aku tak menang pun. Tak tersenarai dalam Top 23 pun. Aku cuma fikir Top23 dipilih berdasarkan VOTE tertinggi. Dan umum ketahui aku tak suka contest base VOTE & LIKE2 ni. Aku menyampah sebab ramai peserta suka main taktik kotor. Tak semualah. Ada yang raih undi cara adil. Tapi adil tu cuma segelintir dari peserta saja. Ini hadiah yang aku terima dari Nissan.


Sebenarnya pemilihan Top 23 pun pernah jadi isu. Sebab ada yang komplen design simple pun terpilih. Design tak menepati syarat pun nama naik. Musykil kan. Tapi ah... Hak penganjur nak tentukan pemenangnya. Kita peserta, kalau bertuah, menang. Tak bertuah. Diam-diam sajalah. Kalau dengan cara aku, usah taruh harapan tinggi sangat. Untung sabut, menanglah. Sebab kalau kalah, kita juga makan hati. Siapa yang rugi... kita-kita aja! Berikut pilihan pemenang contest ini. Nak tengok lebih jelas boleh tengok kat sini.

 
Apa pun trimas pada penganjur kerana sudi berikan saguhati pada setiap peserta. Walaupun contest ini hadapi sedikit kekecohan, libatkan ketidakpuasan hati peserta. Pada aku, pemilihan pemenang adalah bertepatan. Aku sebenarnya target kereta katak hijau tu terpilih sebagai salah seorang pemenang. Tak kenal pun siapa designernya. Tapi aku suka! Sebab cute dan ada karektor! 
 
Tahniah pada semua pemenang. Pada pengalah... usah mengalah. Marilah kita mendesign dengan penuh ikhlas. Mana tahu esok lusa ada pula contest yang tak perlu raih undi camni. Boleh menang pulak. Memang BESHHHH....!
 

10 comments:

Adil said...

saye pown dpt jugak bnde tuh" ;D

sedeyhkan x menang .. ;(

sume yg masok top 23 tu cume lukisan yg dilukis gne software je .. lukisan yg lukis tgn x de lgsung
sedeyh je
wu .. wu ..
x puas ati! hahha ;3

deqlis said...

jgn sedey Wan..cuba lagi next time..
sume cantik2x deqlis tgk...

JOM BACA ENTRI TERBARU :- Review Hikayat Merong Mahawangsa

deqlis said...

oh yer...hadiah deqlis dah terima semalam...thanks...suka sangat..nanti deqlis buat entri beritahu hadiah dah sampai pulak..:-)

Mama Zharfan said...

design yg menang tu mcm keta robot ajer...tak realisitik :p

Wan_hazel said...

taniah kak...dapat saguhati pun tak pe...yang penting join koz nak keseronokkan..ehehhe...taniah kak

Wansteddy Tales said...

Adil ~ maka sahlah sempenan join contest ni. hahaha...

jgn sedih adil. akk nyer nama pn xnaik. mmg jd kes gak psal top23 tu. tgk la yg lukis kartun perempuan pun boleh lepas! pdahal syarat terang2 nk kereta kartun kan. pastu bnyk yg out of shape car pn lolos juga. musykil2... tp akk pk tu base pd vote. yg final baru dorg pilih sendiri.

xpe la adil. try lagi next contest ya. ada contest lukis2 lagi akk akan share, insya'allah ^^

Wansteddy Tales said...

Deqlis ~ takpe, tak taruh harapan tgi pn. bile wan tgk beberapa contestant dgn superb skill, terus mengalah je. cuma masa dorg pilih top23 mmg wan pn xpuas hati. sokong gak beberapa kenyataan peserta lain yg xpuas hati tu haha

Wansteddy Tales said...

Mama Zharfan ~ lain juri lain pndangan dorg k.suziey... wan pn dah letak harapan rendah coz nk compete dgn pro designer... xmampu! hahha

Wansteddy Tales said...

Wan_hazel ~ hadiah penyertaan je kot Wan. hahah... tp akk puas hati gak. dpt publish artwork sndri! haha

EzayHadry said...

thniah kak!! mmg ptut menang sbb design akak nmpak originality..yg top winner tu cam transformer pun de