Nuffnang

Followers

Showing posts with label Perfume. Show all posts
Showing posts with label Perfume. Show all posts

Friday, March 30, 2018

Karnival Usahawanita 2018


Ready? Jemput layari laman media sosial rasmi @MAHA2018.my untuk makluman lanjut!

Wednesday, January 21, 2015

Minyak angin AROMATERAPI

Mata hakak selalu keluar air. Tengah-tengah buat kerja, tiba-tiba air mata berlinangan tanpa disedari. Eh, kenapa aku nangis ni? Walhal takde touching kat apa-apa pun. Rupanya sebab kepala selalu rasa panas. Bilik pejabat hakak ni memang panas. Rasa macam dipanggang hari-hari. Sebab tu tak pelikkan kenapa iMac hakak boleh buat hal dulu. Sedangkan kepala kita ni pun kalau boleh dilihat, naik wap-wap berasap. Apatah lagi komputer yang perlukan ruang sejuk.

Ok, berbalik pada tajuk. Sejak dik Noni warga Unit Agropreneur Muda sharing produk jualannya ni, tiap kali offer, tiap kali tu hakak beli. Berbaloi. Oles sikit saja kat belakang leher atau atas dahi, terus rasa mencerlang kelopak mata! Segar terus sebab aromaterapi ni sejenis minyak angin yang memang menyegarkan.

Mula-mula dulu hakak beli Safe Care: Mind & Spirit Aromatherapy. Oil sebelah kanan tu. Kalau mengantuk memang elok sapu kat kepala. Hilang kantuk, pijar mata haha... Jangan sampai terkena mata dan mulut udah la ye. Letih nak gagau cari bilik air nanti.

Harini hakak beli dua botol terus. 1 botol FreshCare: Teens Happy Cherry, perisa ceri. RM15 sahaja.  Yang ni bagusnya ada bau ceri, so takdelah ketara bau tengik pijar minyak angin tu kan. 1 lagi, minyak angin yang repeat order, Safe Care: Mind & Spirit Aromatherapy, yang ni mahal sikit RM18. Tapi berbaloi membelinya. Panas-panas kepala ni, sapu minyak angin ni terus segar kepala. Selain 2 perisa ni, ada banyak lagi perisa lain, macam: lemon, lavender (paling laris), serai dan lain-lain. Harganya antara rm15 dan rm18 sahaja.

So far tak pasti ada tak produk ni kat mana-mana pasaraya. Kot tak jumpa bolehlah minta no kontek cik Noni dari hakak. Tak boleh sharinglah kat sini. Dik Noni bukan bukak biz online. Sapa nak email kat hakak ye. Just tolong kawan je, tak amik comission apa pun. 

Ini testimoni dari hakak. Pada hakak besh sangat, sebab tu berani repeat order. Memang besh sungguh aromaterapi ni. Sesuai untuk orang yang drive, mudah mengantuk, pening kepala, selsema, batuk, kahak, hidung tersumbat dan lain-lain.

Monday, December 10, 2012

Won Carolina Herrera 212 VIP Perfume!

Hadiah yang paling Wan suka! Perfume Carolina Herrera 212 VIP yang sangat besh, wangi dalam botol kelalang yang seksi! Harga pasaran sebotol perfume Carolina Herrera 212 VIP 80ML EDP WOMEN dalam RM375! Syukur alhamdulillah.. 

Masih terjaga elok dalam kotak.
Rasa sayang nak buka ^^

Thursday, October 11, 2012

Won Paco Rabanne Perfume worth RM513!

Alhamdulillah... 
Hadiah bermakna tahun ni. 
Perfume idaman berjenama Paco Rabanne.
Nilai harga kedua perfume ini dalam anggaran RM513.
Dari bentuk kelalang hinggalah pada harumannya
memang lain dari yang lain.

Black XS by Paco Rabbane for Her.


Kalau close up boleh nampak ukiran tengkorak pada buah rantai yang menghiasi botol ni. Suka sangat pada gabungan warna merah hitam yang tampil misteri dan menawan tu.

Black XS by Paco Rabbane for Men

Warna hitam dan putih ciri maskulin dan misterius. Kelalang perfume untuk lelaki juga dihiasi dengan simbol tengkorak pada buah rantainya. 

Puas hati dapat memiliki sendiri perfume Paco Rabanne :)
  
~MF

Thursday, September 13, 2012

Won Bag It worth + - RM2K!

Alhamdulillah... Hadiah yang besar ganjarannya buat Wan kali ni. Satu beg penuh dengan hadiah bernilai hampir RM2K. Sejujurnya Wan dah terhilangkan keratan form contest asal. Juz ambil form isi atas poskad dan hantar. Lebihannya buang. Wan memang jenis potong 1 mukasurat sekaligus. Bila dah menang teraba-raba cari maklumat tepat. Tak jumpa pula. So anggaran keseluruhan hadiah ni lebih kurang RM2000 rasanya. Kemenangan sempena sertai peraduan majalah.

Produk Crabtree & Evelyn. Bagi peminat produk ni tentu sedia maklum keberkesanan, keharuman dan kesegarannya. Memang besh dan antara jenama produk yang Wan sangat suka.

Handbag ELLE yang bernilai RM260, promosi yang Wan tengok kat SOGO KL. Harga asalnya tak ingat pula. Tapi kebetulan memang Wan harap sangat-sangat dapat menang handbag sebelum pengumuman pemenang Cosmo bulan tu. Handbag yang selalu Wan guna pakai dah rabak. Hari-hari belasah ke mana saja, kat semua acara. Mahal macam mana sekali pun, tentu dah sampai masa boleh ranap jugak. Nak-nak empunya handbagnya sangat ganas haha...


Harajuku Lover Earphone yang unik dan cute. Harajuku Lover ni antara produk ciptaan Gwen Stefani. Penyanyi dan pereka fesyen terkenal tu. Wan memang suka koleksi Harajuku Lover ni nak-nak lagi perfume dia. Suka sangat kat rekaannya yang cute tu. Tapi setakat ni belum pernah menang lagi perfume idaman tu. Dapat earphone pun dah bersyukur sangat. Ada jugaklah hasil ciptaan Gwen Stefani kat rumah ^^
 
Cermin mata berjenama Just Cavalli bernilai RM850! Terkejut tengok nilai cermin mata ni sebenarnya. Rasanya harga spek ni paling tinggi antara hadiah-hadiah yang lain. Bila memakainya automatik rasa glamor macam artis! Eh? hahaha...

Perfume Tommy Hilfiger Eau De Prep GIRL for women 100ml bernilai RM240 dan Tommy Hilfiger Eau De Prep for Men 100ml. Keduanya masih dalam kondisi yang sama dengan gambar ni. Berbalut belum dicuba. Tapi Wan memang suka haruman Tommy Hilfiger. Berkenan hati waktu cuba harumannya di MidValley dulu. Sekarang sudah sepasang perfume idaman dalam simpanan :)

Kesemua hadiah ni masih elok tersimpan belum digunakan. Rasa sayang nak guna hatta untuk keperluan sendiri pun. Alhamdulillah... impian nak menang hadiah Bag It terlaksana. Rasa beruntung dengan hasil yang diterima ni. Terima kasih Cosmopolitan. Terima kasih Blu Inc :)

Wednesday, September 12, 2012

Won Carolina Herrera worth RM388!

Alhamdulillah... antara jenis hadiah yang Wan sangat suka sepanjang join contest majalah ialah, PERFUME. Pertama sebab, memang tak terbeli der perfume memahal walaupun dihajati sesangat. Kedua, Wan memang pengumpul botol perfume. Sayangnya botol-botol perfume lama dulu, banyak dah terbuang bila pindah rumah. Atau datang mood mengemas. Habis botol-botol lama ditong sampahkan. Bila teringat, baru timbul rasa nyesal, sebab tak simpan huhu... Hadiah ni sempena sertai majalah Her World.

Carolina Herrera Glam untuk wanita. Menariknya kelalang haruman Carolina Herrera ni sangat pelik dan unik. Dari kotak ke botol. Botol ke tombol. Tombol ke dua buah botol haruman. Dua haruman berbeza dalam sukatan 60ml. Sangat besh.

Carolina Herrera 212 Glam for Men. Kelang botol untuk lelaki simple je. Tapi lebih kandungannya nampak lebih banyak kan. Walhal isinya sama banyak juga dengan perfum untuk wanita, 60ml juga.

Buat masa sekarang Wan dan hubby pakai perfume jenama ni. Memang segar dan tahan lama. Terima kasih Her World dan Carolina Herrera!

Monday, July 23, 2012

Won Nina Ricci Fantasy Perfume!

Alhamdulillah, selamat memiliki haruman Nina Ricci Fantasy yang sangat unik dan wangi ni. Wan memang perfume collector. Tapi yang free sajalah. Nak harapkan belanja cash sendiri, pikir berpuluh kali, bertangguh berbulan-bulan, tak beli-beli. Alhamdulillah, impian memiliki perfume idaman tercapai dengan kemenangan dengan menyertai contest. Hadiah ni Wan perolehi sempena promosi Nina Ricci, majalah Hot Magazine.

Dalam sebuah kotak ada pelbagai keunikan. Dari pakaging botol hinggalah tarikan lukisan karya LiliDoll yang sangat cantik ni. Siap disertakan dengan jalan cerita dalam bentuk kartun. Memang Wan sangat teruja dengan hadiah ni. Rasa bertuah dipilih sebagai salah seorang pemenang wangian yang digemari ramai ni. Produk Nina Ricci sentiasa menggunakan khidmat artis berbakat untuk menyampaikan visi kewanitaan, bebas, impian dan puisi kontemporari. Setiap satu rekaan mempunyai fungsi dan aroma yang tersendiri.

Lukisan di depan dan belakang pamplet. Tapi hanya dapat tunjukkan separuh saja.  Nina Fantasy  direka bentuk  buah epal. Wan suka kombinasi warna pink, putih dan keemasan yang menyerlahkan keanggunan dan ketrampilan feminin dalam botol dan kotak perfume ni. 

Untuk maklumat lanjut mengenai perfume Nina Ricci Fantasy, bolehlah layari laman Nina Fantasy - Nina Ricci.

Wednesday, July 18, 2012

Won Grand Prize peraduan Ekspresikan Sayang: Avon dan Seri Dewi & Keluarga

Hadiah utama peraduan Ekspresikan Sayang tajaan Avon dan Majalah Seri Dewi & Keluarga. Hadiah ni dah lama amik. Sekitar tengah bulan Jun lepas. Tapi baru harini nak update. Salah satu sebabnya... saja. Nak ngelak korang tau dari keluaran manakah ia hahaha... Puncanya hakak kau segan ayat berbaur jiwang-jiwangan. Tak rasi dengan jiwa hakak! hahah..

Inilah hadiahnya. Sekotak produk Anew Avon. 2 botol perfume untuk lelaki dan perempuan jenama Avon. Free O2 for Her & Him. Bau-bauannya... Walla! Very da wangi. Tapi masih tersimpan elok dalam kotak, belum digunakan. Yang For Him itu nanti nak berikan kat hubby je nanti. Free o2 for Her akan digunakan bila perfume yang digunakan sekarang dah habis. Hakak sangat berjimat cermat orangnya. Salah satu sebab, tak tahan bau berlebihan perfume walaupun kat badan sendiri. Jadi mudah nak pening macam nak pitam jadinya. Pelik tak pelik sangatlah kan hehe...

 Avon FREE o2 For Her & For Him

Inilah contest yang Wan join tu. Alhamdulillah... sangkut menang. Nak join contest ni kena sediakan gambar bersama suami atau keluarga. Sediakan slogan dan kata-kata kasih sayang yang bersesuaian. Wan cuma target menang conso je, sebab tak yakin dengan slogan sendiri. Tak sangka, dapat hadiah utama. Syukur alhamdulillah...

Inilah sebabnya kenapa tak maklumkan awal-awal. Penganjur siap publish slogan yang kita buat. Malu hakak... Nak baca sendiri pun serasa tebal 2 inci kulit muka! haha... Geng contest lain yang menang Merlyn Bahiyah (dapat GP jugak!) dan Yumie Lufya. Keduanya setara pro comper sebab hebat dengan pelbagai jenis contest. Tahniah pada semua pemenang yang turut sama memenangi peraduan Ekspresikan Sayang tajaan bersama Avon dan Seri Dewi & Keluarga :)



Friday, May 25, 2012

Won Marry Me! Lanvin perfume worth RM263!

Hadiah besh dari majalah Female. Sebotol perfume Marry Me! Lanvin bernilai RM263! Melihatkan pakaging dan rekebentuk botol saja dah cukup mengujakan. Apatah lagi aroma harumannya. Memang superb besh! Terima kasih Female!

 Limited edition Marry Me! Lanvin.
Superb cool design. Bahagian depan.

 Bahagian belakang

Tuesday, December 27, 2011

Won Paco Rabbane, Lady Million ~ Lisa Malaysia Magazine LUCKY DRAW

Hadiah sempena sertai cabutan bertuah Majalah Lisa Malaysia pada November lalu. Contest ni senang sangat. Cuma like pages FB Lisa Malaysia, dan menang. Tersenarai kalangan 50 pemenang memang berita terbaik. Menangi hadiah Paco Rabbane perfume lebih baik lagi! Syukur alhamdulillah...

Perfume Paco Rabbane, Lady Million. Pakaging gempak, haruman semerbak. Selayak namanya perfume ni memang sangat wangi dan lembut tak menyusuk deria bau. Terima kasih Lisa Malaysia kerana sudi berikan hadiah bermakna ni untuk saya. Aku anggap ini hadiah besday pertama sebab redeem dalam  hujung bulan  November/ awal bulan disember tahun ni :)

Saturday, December 24, 2011

Won One Drop Perfume LUCKY DRAW

Alhamdulillah menang cabutan bertuah peraduan anjuran One Drop Facebook. Antara hadiah yang diberikan sehelai baju-T One Drop Perfume bersaiz L, mug One Drop Perfume, serta One Drop Perfume aroma Rush inspirasi dari GUCCI. Penghantaran sangat cepat dan cekap. Produk pun terjaga rapi dalam pakagingnya. Rasa besh sangat menang hadiah dari penganjur yang berwibawa. Terima kasih admin One Drop Perfume!





Tuesday, May 24, 2011

Won Tron merchandise!

Alhamdulillah selamat terima barangan ekslusif Tron. Hadiah diterima dari Measat. Terima kasih banyak! Memang besh-besh hadiah yang diberikan. Memang tak sangka besh macam ni. Biasa tu kalau merchandise yang diberi simple saja. Tapi kali ni siap dengan CK perfume lagi. Memang gempak.

Yang paling mengujakan. CKin2U for men. Kini menjadi milik hubby. Suka dengan rekabentuk botol perfume ni yang sempoi dan ekslusif. Lebih besh, wangiannya memang harum.

 
Cuba teka ada apa dalam kotak ni? hehe... memula tengok pakaging saja dah bikin gempak okey. Memang besh kotak ni. Design simple tapi smart!

Di dalam kotak di atas terdapat ini benda... sebuah lampu meja untuk komputer. Sambung je dengan USB hub lampu kan menyala. Yang buat unik, elemen biru neon yang cantik tu. Lagi satu produk Tron dengan design yang smart!

Lapik cawan ekslusif Tron. Nampak simple je kan. Tapi cute dan ekslusif. Sayang nak guna aku, simpan dulu dalam kotaknya. Dengan harapan bila beli showcase baru nanti bolehlah jadikan bahan hiasan.

Yoyo Tron? dapat dua set. Satu dah selamat pecah gara-gara kehandalan aku dengan anak daraku bermain yoyo! hahhaha.... Setiap kali berputar ada cahaya biru ikut berputar dalam yoyo ni. Superbbbb!

Aku ingatkan DVD movie Tron. Rupanya game Wi Fi la... Al maklum haku takde wi fi, simpan sajalah CD game ni. Sayang gak tak dapek nak try. Isk.. isk... isk... kena gigih cari contest dengan hadiah wi fi pulaklah gamaknya lepas ni hohoho....

Yang terakhir dan lebih istimewa. T shirt Tron yang superb smart! Memang cun. Kain pun sangatlah kualitinya. Design besh! Sayangnya tshirt ni bersaiz XL! Besar dabak hubby aku  nak pakai. Ada kemungkinan Tshirt ni akan diberikan kat abang aku di KK nun. Sebab hanya beliau yang sesuai kenakan Tshirt ni agaknya hohoho....

All in one. Nampak cam sikit je dari atas kan... Tapi paperbag ni mengandungi macam-macam item yang besh. Trimas Measat team! Korang memang murah hati dan superb beshhhhh!