Nuffnang

Followers

Friday, April 29, 2011

1st Time Damia join Coloring Contest!

Ahad lepas kami ke eCurve sebab Damia sertai pertandingan mewarna HOOD VS EVIL COLORING CONTEST anjuran Cathy Cinemas. Pada usia 3 tahun 1 bulan, Damia antara peserta termuda pada haritu, aku rasa.

Tapi Damia agak moody haritu. Kena paksa bangun awal pagi. Belum sarapan pagi, tak cukup tidur. Sebab tidur lewat sangat. Maka Damia memang tak nak ikut dah cakap. Aku pulak kena ikut mood dia. Silap-silap takut dia buat amukan kat situ, risau gak aku. hohohoo...

Kami duduk di barisan hujung. Mujurlah sesampai saja di dewan tu, aku nampak Kak Ayu yang sedang mendukung Cik Amani. Kak Ayu la bagi penerangan nak register kat mana, nak kena buat apa semua. Al maklum, aku datang lambat. Peserta lain semua dah duduk dalam line biru. Ibu bapak semua kena duduk luar.

Seperti yang aku duga. Elok 5 minit pertandingan bermula, Damia dah merengek nak keluar. Bad mood sebab nak aku tak bagi dia ambil color pencil jiran sebelah dia. Yang dia dapat sekotak je, tak cukup! hohoho.... Biasa Damia tengok kotak pensil aku yang sedabak banyaknya pensil warna tu, tu la agaknya dia tak puas hati tengok kotak pensil kecil tu. Tapi sekurang-kurangnya Damia sempat mewarna bontot tupai tu. Jiran sebelah dia, belum mula contest lagi, dah nak balik. Bagus-bagus... semangat pengcontestan Damia masih ada walaupun sekadar tak sampai 1% haritu hohoho....

Sedang peserta lain kalut mewarna, Damia bersukaria di sini. Inilah pertama kali lepak-lepak di luar eCurve. Selalunya kami lepak kat Cathy Cinemas je. Memang jarang sangat lepakian di eCurve ni selain sebab hadiri tayangan filem percuma. Damia asyik nak melekat dengan ayahnya. Damia kurang sihat sebenarnya hari tu. Asyik batuk-batuk selsema dan ada rasa nak demam. Tapi kerana seronok ayah bawa bermain, Damia lupa kat rasa tak sedap badan tu. Sibuk bermain je.

Kawasan ni memang besh bawa anak lepak-lepak. Siap ada kolam lagi. Kiri kanan banyak pilihan makanan. Tapi kami tak makan-makan di situ. Sekadar lepak saja sebelumnya kat Chicken Rice Shop, temani Damia makan.

Saat sebelum pengumuman keputusan contest. Masa ni MC tengah buat contest untuk kanak-kanak. emua pakat dok pengejar MC. Siap nak hadiah kena angkat tangan dan jawab dengan betul. Damia angkat tangan juga, mengejar juga. Tapi salah haluan. Sukati dia je lari sana sini hohoho...

Cik Yana dan Cik Amani, anak perempuan Kak Ayu. Comel-comel kan. Geram tengok Amani yang kaletah dan Yana, kakak prihatin. Anak-anak K.Ayu ni semuanya sporting. Besh je melayan dorang. Aku suka tengok encik Afiq yang malu-malu. Bila aku mengusik dia, tersipu-sipu malunya. Mesti encem en.Afiq besar sok eh. hohoho... Jomlah berbesan kak Ayu! Haku pulak nak meminang dak Afiq! wahahhaha...

Kakak Damia ni kadang-kadang prihatin, kadang-kadang garang. Masa ni tengah memujuk Amani pegang kotak kismis. Agaknya dia ingat Amani sebaya dia gamaknya. Sebab sama besar je kot walaupun beza banyak tahun hahha...

Aksi ni masa kitorang nak suruh Damia ambil gambar kat stage. Bebudak lain ikut je cakap mak ayah dorang berdiri tegak kat stage board. Cik Damia pulak sibuk nak tolong staf kat situ. Kengkonon nak tunggu hasil drawing dia la. Padahal drawing Damia dah sedia ada dalam paperbag gara-gara Damia nak keluar awal haritu.

Lepas lepak eCurve, lepak pulak kat KLCC. Redeem tiket wayang Rio. Memang besh filem ni. Rugi sapa takmo tengok. Part besh tu siap ada pop up kat luar. Cam real je besh dia!

Antara goodies yang diperolehi pada hari kejadian. Antaranya dua tiket wayang Hoodwinked!, voucher Crocs bernilai RM50, T.shirt edisi istimewa Hoodwinked!, beg Cathy Cinemas, notebook, sticker Hoodwinked, roti, biskut, keropok dan poster gergasi Hoodwinked! Macam-macam ada...

Bab paling besh, temui blogger Kak Ayu, Ila dan Kak Ezna. Dengan Kak Ayu dan Kak Ezna, borak-borak pasal contest, tak boleh stop. Inilah pertama kali jumpa Kak Ezna dan anak gadisnya yang comel sangat, Cik Dania. Sebelum ni aku panggil nama je. Agak kurang sopan sebelum ni panggil nama je kan. Dengan Ila, borak-borak kejap, masuk panggilan. Terpaksa berhenti borak pulak. Sayang je. Memang teringin nak lepakian lama sikit dengan Ila. Besh tengok Amana yang comel lagi cool tu. Lagi nak besh, walaupun umur baru 3 tahun, dah pandai mewarna tau. Hasil warna yang membanggakan. Lepas ni bolehlah Amana join contest mewarna lagi ya. 

Pendek kata, memang enjoy bawa Damia beraksi di contest pertamanya ni.

5 comments:

Bukan Bidadari said...

waaa best nye goodies

Eliss said...

my nuha tak sesuai lagi aktiviti mewarna.menconteng serah kat dia..hehehehe

maszmadi said...

beshnyer bawa anak2 jenjalan kan..... tapi penat gak nak kena main kejar2, huhu

Ezna Khalili said...

seronok jumpa tukang buat header blog MY SMALL WORLD...hi wan :-) nice meeting u too....

AyuArjuna BiGoshh said...

besh kan wan...terima kasih sepit dan getah rambu bunga rose pink :)