Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Monday, April 4, 2011

Bersantap di Istana budaya ~ jumpa Datuk LAT!

Sabtu lepas lepak kat Istana Budaya. Saja-saja pergi untuk makan je. Tapi elok kami sampai tu tengah berlangsung teater Lat Kampung Boy ~ Sebuah Muzikal.

Beshnya tengah ushar-ushar hasil lukisan Datuk Lat yang tersergam besar-besar sekeliling ruang legar. Dengan pop up sebagainya. Nampak Datuk Lat tengah posing dengan peminat. Kitorang tunggu giliran posing sama. Tak nak lepaskan peluang bergambar dengan kartunis tersohor ni! Siapa sangka kerjaya kartunis berjaya mengangkat martabat seseorang ke tahap begini kan. Syabas Datuk  Lat! Menariknya, walaupun dah terkenal dan nampak sibuk, beliau tak kisah nak luangkan masa beramah dengan peminat sekejap. Beginilah idola negara yang wajar dicontohi. Tetap merendah diri walaupun sudah terkenal dan terkemuka! Sikap demikian haruslah diteladani setiap pengkarya. Kan... kan...

 
Boleh tahan juga juadah kat Istana Budaya. Harga pun berpatutan, tak mahal macam makan kat restoren atau kopitiam. Kiranya ini kali kedua bawa Damia makan-makan kat sini. Lepas makan-makan, bawa Damia bersantai kat ruang legar Istana Budaya. Masa tu mulalah sessi bergaya sakan dak kecik ni.

Ikut mood dia jugak kalau nak bergambar. Damia kalau takde mood, suruh senyum pun tak sudi. Tapi kalau dia datang gian nak berposing tu. Ada-ada je tempat dan gaya dia. Tapi dia bergaya cepat sangat. Tak sampai dua saat tukar gaya pose, tak sempat nak ambil gambar. Sudahnya imej mesti kabur. Aku bukan guna kamera DSLR nak ambil gambar style paparazzi tu, haih....

Tak puas-puas cik adik ni merayap. Siap landing atas karket bagai nak rak. Adu la.... 

Part besh tu, aku suka kartun artwork Datuk Lat yang ini. Kena-kena je dengan jiwa aku hohoho....




8 comments:

yantz-yeem said...

datuk lat nie oyang aku..mestilah baik tgk la cicit dia kan baik lagi gedix!!!hahahahaha

Wansteddy Tales said...

kenapalah tak menurun ilmu kartun beliau ke ke tgn ko kak? hahaha....

AyuArjuna BiGoshh said...

beshnya ari tu tak sempat nak jumpa dier :(

Adyshariz said...

selalu jer lalu situ, bekas skolah pon dekat situ jugak..tapi napelah x penah singgah..huhu

nmpk mcm menarik kan

CtiE zAr said...

cantik2 kartun dato ni lukis..

Wansteddy Tales said...

AyuArjuna BiGoshh ~ hari wan pg tu nmpk elok je datuk lat santai2. mujurlah tak ramai org. ada chance bergambar. kalau ramai. mmg xde can nk gambar sama.

Wansteddy Tales said...

Adyshariz ~ bekas sekolah? sekolah rendah ke sekolah puteri titiwangsa tu? wan dlu pernah skolah rendah kat situ smpai darjah 5 sebelum pindah balik kampung ^^

Wansteddy Tales said...

CtiE zAr ~ stroke beliau ada gaya tersndri. lain dr yg lain kan ;)