Jumaat lepas, balik dari kerja terus menghala ke Bukit Jalil demi nak menyaksikan pertunjukan Disney On Ice. Dan ya, asalnya tiket yang aku menangi sekeping saja. Aku ada ceritakan dalam entry Won Disney On Ice ticket! Tapi dek kerana keterdesakan. Aku beli lagi dua tiket. Gasaklah. Asalkan kitorang semua merasa tengok pertujukan tu. Soal duit membeku macam ais... abaikan saja! hohoho...
Kami masuk dalam dewan pun dah terlepas beberapa adegan. Yang penting karektor Cars tu. Tapi okeylah. Elok masuk saja persembahan Mermaid sedang berlangsung. Sempat minta tolong dengan salah sorang staf ambilkan gambar kami berempat. Sekeping ni saja. Nasip baiklah gambar molek saja. Tak gegar. Muka aku tak herot atau kabur. Kira ada gak kenangan muka setepek saksikan Disney On Ice.
Persembahan Simba The Lion. Memang efek yang besh! Prop yang pelbagai dan kemas. Aku teringat lak zaman kecik-kecik dulu. RTM selalu buat prob dengan costume haiwan segala ni. Untung anak aku merasa tengok semua ni secara langsung. Luar negara punya lak tu. Aku dulu, nak tengok costume beragam. Layan TV tercongok tengok maskot A.L.O.N.G... Along! je. hahhaa....
Mood Damia sangat baik. Sampaikan aku rasa tak percaya je. Berbaloilah pelaburan dua tiket tambahan malam tu dengan peel macam ni. Langsung tak buat peel nak balik ke. Nak merayap ke.
Damia paling suka watak Timon dan Pumbaa ni. Siap dia kata "Mummy... tu... Moo... Moo.." aduhai... aku nak sebut nama haiwan yang betul pun tak tergamak. hahaha... Tapi watak dorang ni memang kelakar la. Kira pencetus ketawa untuk persembahan Simba ni.
Siap angkat tangan atas kepala tepuk-tepuk. Nasip baik dia tak buat standing ovation waktu tu hohoho... Tak banyak sangat gambar ak dikongsikan di sini. Banyaknya aku ambil video. Boleh ulang tayang tunjuk kat Damia nanti. Tak tunggu kat rumah. Dalam kereta Damia dah minta tunjukkan video persembahan berulang kali. Tak rugi aku rakam hahaha...
Persembahan TinkerBell. Yang bergayut merelip-relip dengan kepak tu besh. Aku tak ingat lak apa wataknya. Tapi kalau aku jadi watak tu, confirm gayat! Masa ni TinkerBell belum dapat gelaran tu lagi. Kira newborn TinkerBell la ni.
Damia dengan muka paling berseri lepas habis persembahan. Memang besh la prob segala. Berbaloi redah jem jumaat lepas. Harini selepas baca entry beberapa kenalan blogger. Rupanya Kak Ayu Arjuna serta anak-anak pun saksikan persembahan yang sama pada hari yang sama. Tak terfikir langsung nak kontek K.Ayu. Ingatkan K.Ayu dapat tiket hari yang lain. Takde jodoh nak jumpa-jumpaan sabtu lepas. Next time la K.Ayu kan.
10 comments:
wah ebst tu...tgk show mcm nie...part binatang 'b..i' tu...ayu ckp kat ian & iris..lembu pendek..ha ha ha..sb tak sanggp la nak sebut....
mummy_ayu ~ hahah... logik gak. Tu la nak sebut yg huruf B tu cm kasar sngt. nk sebut yg huruf K tu xsesuai gak kot. Sudahnya bgtay tu Piggy - sama karekter cm dlm kartun pooh tu.
perghhh yoyo kata xmo pi hahahaha...alahai baik pulak mek dmaia tu yea...aku dah terpikir ko yg dok luar n azmi kat dlm ngan damia...ok lah tu tgk live xpe melabur demi anak2....
Bagus damia.. behave... hehehehe
beshnya heheh
damia good girl :)
huhu..wan duk belah mana akak kat belah kanan....
pop corn mahal kan...cawan yang ader air batu pun mahal...cam malas nak beli hehehe..wan belike??
yantz-yeem ~ aku kata nak pegi tp mayb mi saja yg masuk hahah... tp xblh jadi. xde tmpt nk lepak2. last leburkan duit beli gak. sep bek guna strategi, jimat belanja ;)
Ema ~ jarang dia baik2 gini ema. gamaknya dia excited tgk tu yg sudi diam2 tu ^^'
Mama Zharfan ~ K.suziey tgk kat disneyland lagilah seronoknya ^^
AyuArjuna BiGoshh ~ wan duduk kat hall 14. tu pn dah tengah citer baru masuk. btl la.. mahal segalanya. RM35 utk gula2 kapas. hubby beli nuget sejuk bedi kering keras 3ketul rm2! mmg masa tu la dorg nk cekik darah haih...
Post a Comment