Nuffnang

Followers

Monday, April 18, 2011

Goodies Smart Kids

Lanjutan kisah Smart Kids 2011 tadi. Kali ni nak tunjukkan barang-barang yang diperolehi. Nak masukkan dalam satu entry macam tak kena pulak. Berderet gambar jadinya hahaha... Jom tengok apa aku dapat kat Smart Kids 2011 kali ni.

Pertama nak share goodies yang dihadiahkan Azwan. Ingatkan dapat colouring book Smart Kids dan booklet saja, rupanya macam-macam ada. Antara yang terkandung dalam paperbag ni: Biskut Munchy's, voucher Sakae Sushi RM20, Thumb Drive Smart Kids 1g, totebag Mickey Mouse, magnet Smart Kids, handphone case, buku Smart Kids, Milky Cookies dan permainan macam Lego. Tak ingat namanya. Besh! Trimas Wan. Semoga murah rezeki Wan selalu, amin...

Beli cereal produk Super bernilai RM22 dapat 3 pek dengan totebag dan mug Super.  Kat luar 1 pek Super Cereal ni ada la dalam RM9 ke atas. Beli kat Smart Kids, dapat free goodies lagi. Berbaloi-baloi...

Beli produk Tropicana bernilai RM10, dapat 5 botol air. Diberi card reedemtion, main game dalam booth ni. Dapat free 1 goodies bag. Dalamnya terkandung 1 botol jus Tropicana, pemadam, pembaris, note book, paper bag dan gambar berposing sakan kat dalam booth pada hari kejadian! hahhaha... Gigihlah hakak pakai aksesori kepala buah limau sunkis segala. Damia tak sporting, tak nak pakai lilit-lilit leher. Budak tahu melawa, mana sudi pakai mafela bulu-bulu oren tu! haih.... ahhaha...

Produk Spritzer bernilai RM5! Semua ni terkandung dalam tote bag ni. Boleh tahan juga itemnya. Teringin nak rembat bekas letak botol air kat booth Sprutzer ni. Kalau ikut nafsu, memang nak ambik dah. Pikir-pikir balik. Bukan ada tempat nak letak pun. Jimat duit aku RM25. Kalau tak... aku tau dah, mesti aku simpan je dalam kotak, humban dalam bilik aka stor tu hhahahhaa...

Segala yang diperolehi di Smart Kids 2011. Item tidak termasuk kaki anak dara aku tu ya! Jenuh nak ambil gambar semua produk ni dikacau dek Damia. Aku susun, dia ambil. Aku susun dia punggah. Sudahnya aku yang mengah! ahhahaa... Kesimpulannya memang berbaloi belian haritu. RM37 dapat item yang begini punya banyak. Beshhhh!

4 comments:

mummy_ayu said...

wah..memang berbaloi..RM 37 dapat mcm2..paper bag dia pun comel2...best tu..

maszmadi said...

wah!! manyaknyer dapat hasil..... meriah lah damia kan dengan sume makanan tu.. hehe

AishaAminudin said...

hasil yg lumayan..berbaloi-baloi

rusna wana said...

memang meriah...akak pergi hari jumaat dn sabtu - mengumpul hadiah percuma- anak2 berkampung di booth kelab nuri..