Nuffnang

Monday, April 18, 2011

Smart Kids 2011

Sabtu lepas kami ke Smart Kids yang berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur. Sampai saja dah lewat petang. Bersantap dulu barulah daftar masuk secara percuma! Kalau sebelumnya kalau register kena bayar. Kali ni masuk je siap dibekalkan dengan tiket lucky draw! Untunglah siapa yang dapat cash RM10'000 tu.

Paling menarik perhatian aku tentulah dolly design dalam event ni. Sangat comel dan penuh kepelbagaian. Kreatiflah! Damia paling tertarik kat dolly Spain sepeti gambar kat atas. Agaknya sebab jenis rambut sama kot hohoho... padahal karektor boy tu!

Nak masuk kena lalui lorong ni. Ala-ala dalam airport gitu. Kreatif kan. Iyelah, event ni kan produk antarabangsa, memang kenalah dengan temanya. Besh sangat!

Permainan pertama Damia di tingkat atas. Jigsaw puzzle. Tapi  tak dapat habiskan pun sebab kejar masa nak meninjau lorong-lorong bawah pulak. Ikutkan Damia, memang dia tak nak lepaskan permainan tu...
Sempat meninjau miniature design hasil kerja kreatif kanak-kanak.

Dari kejauhan tiba-tiba kitorang 'diserang' kumpulan pelik ni. hahhaha.... Kemain aktif lagi semuanya. Part kelakar tu budak-budak semua takut nak dekat. Mungkin sebab terlalu aktif atau warna yang over striking gitu hohoho.... Tengok Damia, tak nak dekat dengan maskot tu hahaha...

Satu lagi jigsaw puzzle. Kalau berjaya disiapkan, kanak-kanak diberi goodies permainan. Jigsaw puzzle Damia ni susah. Ada la budak lelaki Cina dan Melayu dok jeling dari jauh sambil tersengih-sengih tengok gelagat Damia terkial-kial pasal jigsaw puzzle ni. Bajet Damia tak boleh buat la tu. Sebenarnya Damia buat juga. Tapi dia taruk susunan kayu tu atas kertas contoh! Tergelak staf yang jaga kaunter tu. Yang beshnya, tak siap/betul pun Damia dapat juga goodies. Kemain suka Damia! hahaha...

Part besh tu bila jumpa geng comper: Dari kiri Azwan Azri, Hidayat dan Miss (tak ingat nama: sorry sangat-sangat). Ada simpan call card, tapi lupa nak add dalam facebook. Kalau jumpa ID FB kitam silalah add kita ye. Sori sangat kat semua sebab tak dapat borak-borak lama. Kalau bawa anak, keutamaan kat dia dululah jawabnya hohoho... Takpe, lain kali jumpa lagi, bolehlah borak panjang. Tentunya pasal contest! hahha... Part paling besh, Azwan dengan murah hati berikan satu goodies bag pada aku! Lumayan juga kandungannya. Terima kasih banyak Wan, moga murah rezeki Wan selalu...

Permainan kegemaran Damia. Tapi tak boleh main sebab kejar masa nak tengok booth-booth lain pula.
Dalam booth Tropicana. Beli produk bernial RM10 dapat join macam-macam permainan dalam booth ni. Kumpul mata, dapat redeem goodies bag Tropicana lagi! Beshhh...

Damia tekun mendengar arahan. Permainan ni tak susah sebenarnya. Tapi nak jelaskan kat budak 3 tahun? hahahha.... Sudahnya main taktik kotor. Mummy yang hulurkan tangan dan kaki Damia atas pad! Asal dapat tick markah jadilah.... hahahha...

Tak ingat booth apa. Tapi Damia sibuk perhatikan model kereta ni.

Salah satu permainan munchy's. Nak join permainan ni kena beli produk munchy's bernilai RM20. Tapi aku tak beli pun sebab Damia alah tenusu. Beli kang Damia nak makan pula. Satu kerja nak halang! hhaha... Sampai sini kisah pasal Smart Kids. Entry berikutnya aku akan paparkan barang-barang yang diperolehi sepanjang sertai event Smart Kids 2011. Tunggu yeh!

2 comments:

mummy_ayu said...

wah..best tu..macam2 games ada...

Wansteddy Tales said...

betul tu Ayu. Ayu join Smart Kids tak tahun ni? Memang gempak kan ^^ ada lucky draw yg besh tu hohoho