Rabu lepas balik dari kerja, terus hala ke Cathy Cinemas kat eCurve. Nak tonton filem animasi HOP hadiah anjuran Nuffnang. Kali ni yang bagusnya, tiba lebih awal dari kebiasaan. Selalunya dah hujung magrib baru sampai. Jadi selalu kelam kabut antara nak tunggu beratur ambil tiket, solat dan makan malam. Disebabkan haritu balik lebih awal dari yang dijangkakan, semua aktiviti dapat dilakukan dengan lebih santai.
Inilah hasil yang diperolehi. 2 keping tiket. Yang bikin saspen envelop plastik berisi folder sulit. Yang bagi tu pun dressing ala-ala agen khas, siap berkot dengan briefcase bagai, dengan cermin mata hitam pastu buat muka serius! Terkejut aku diterjah mendadak. Agen lelaki yang bagi folder tu kat aku. Terpinga-pinga aku tanya "Untuk apa ni?" Tapi dengan gaya ala-ala spy, dorang buat dek je dengan soalan aku. Terkial-kial aku imbas memori tu. Elok sampai kat hubby aku dah gelak terbahak-bahak. Ada gimik la gamaknya. Dalam file tu siap dorang sediakan nota rahsia. Korang boleh jengah blog Lambang Misteri. Aku sampai sekarang masih didalam status blur-blur. Ada yang kata gimik contest la, sponsor la dan lain-lain. hohoho...
Isi borang contest mewarna untuk Damia kategori kanak-kanak 3 - 6 tahun! Percaya atau tidak, budak 3 tahun nak lawan budak umur 6 tahun hohoho... Yang penting pengalaman tu. Lain-lain tolak tepi. Mula tu memang takde plan nak join, tapi hubby yang nak galakkan Damia mencuba. Aku on saja. Kena bayar RM15 untuk pendaftaran. Bayaran boleh dibuat di kaunter belian tiket wayang kat Cathy Cinemas. Perkara penting lagi menarik untuk dikongsi dengan korang. Setiap peserta akan menerima bag goodie bernilai RM700 beserta 2 tiket percuma Hoodwinked Too! Apa lagi... jom daftar sama! Terhad pada 50 peserta bagi setiap kategori.
Maklumat lanjut korang boleh rujuk kat entry aku yang sebelumnya: Hoodwinked Too! Hood VS. Evil Colouring Contest! Contest ni dibuat pada 24 April 2011 kat Centre Atrium, eCurve. Program bermula dari jam 10 pagi. Contest mewarna ni bermula jam 11 pagi. Pastu ada lunch break untuk setiap peserta. Jam 1 petang barulah sessi penyerahan hadiah. Tapi aku awal-awal tak target Damia menang apa-apa. Tahu sajalah budak kecik tu. Suruh mewarna baju, dia lukis stroke baru hahaha... Eh, tapi mana tau kot Damia beri aku kejutan ke hari tu kan. Tak salah berangan, hohoho...
Sebabkan masa masih panjang, sempat makan malam dengan penuh santai. Makan nasi ubuk-ubuk. Macam nasi ayam penyet juga cuma nasinya guna nasi lemak. Aku mintak nasi putih. Tak hadap nasi lemak malam-malam hahah...
Adik bongsu aku. Dia terpaksa tengok filem lain sebab tiket free dapat 2 keping je. Bolehlah... layan Sucker Punch yang bermula setengah jam lebih awal dari filem kitorang.
Saya sayang Nuffnang! Badge ni Damia sorang je sudi pakai. Orang lain simpan je dalam beg hahhaa... Dak kecik ini. Pada mulanya buat pangai juga. Ada scene dia boring. Tapi keseluruhannya puas hati tengok filem ni. Sebab Damia suka filem animasi. Buat pertama kali Damia tak merengek nak ke sana ke mari sebab layan Chicky jahat dan Bunny terer main dram tu. Tanya kat dia, best ke citer ni Mia? "BESH..." Jujur je anak aku. hohoho...
Tiket yang dijatuhkan Damia. Punya sayang kat tiket ni tak nak berenggang. Pegang je dari mula filem sampailah dah dekat hujung citer baru aku perasan tah kemana hilangnya. Mungkin tercicir. Patutlah kalut suruh aku tengok-tengok belakang dan bawah. Tapi design tiket ni memang smart. Cute je.
Promosi filem ni di merata tempat ada. Dari hanging ad ke props ad ada. Paling gempak yang inilah. Siap ada lampu lip lap lip lap lagi. Bola warna-warni tu asyik jadi habuan mainan Damia je. Ada tali pun tak guna. Budak-budak boleh tembus masuk. Jangan kata Damia, aku pun teruja tengok hiasan besh camni! Kesimpulannya filem ni memang besh! Tak rugi usung satu keluarga lepak-lepak dan tonton! Hop! Hop!
3 comments:
ala comelnya damia.. kalo dania ada mesti suka.. dania tue suka berkawan.. tue yg tak sangka yana anak ayu dok sebelah kami.
elok sngt kalau dania bertemu damia kan. leh jadi geng! hehe..
wan suka headband kat kepala dania tu. dr jauh je sbb pic jarak jauh tp cute sngt kena dgn muka superb comel dania ^^ anak2 k.ayu besh2 belaka kan. semua mesra dan xsegan dgn kawan2 mummy dia. esp Yana yang sopan sngt. jumpa kat bukit merah dulu cm dah kenal lama lak. suka tgk dia. sweet ^^
cute damia... i nanti tengok HOP ahad ni bawah Voila..tak sabar jugak.. ha ah , lambang tu pun i nampak jugak dekat dalam tv tadi.. huhu terus senyap jer.. saje je orang nak b uat propa kan hehehe
Post a Comment