Nuffnang

Followers

Friday, April 1, 2011

Pengalaman pertama berSPA di Vila Manja... BESH!!!

Pertama kali memanjakan diri di spa. Dan pengalaman pertama itu sungguh mengujakan! Melihatkan lanskap luar sahaja menangkap mood. Terasa nyaman bagai berada kat kampung! 

Dapat merasa hadiah yang dimenangi Kak Yantz sebenarnya. Pakej bernilai RM770 untuk dua orang! Besh sangat-sangat kan... Trimas pada Kak Yantz yang murah hati tawarkan aku peluang ni. Aku berbelah bagi juga pada mulanya. Sebab aku agak kesibukan dengan kerja. Tapi rezeki jangan ditolak. Peluang mungkin akan datang lagi. Tapi dengan tawaran berbeza. Jadi, apa salahnya mencuba. Apatah lagi kerana ia pakej yang menarik dan paling penting ~ PERCUMA! Beshhhh!

Inilah pemenangnya. Muka happy sebab akhirnya temui juga pusat SPA Vila Manja yang bertempat kat Jalan Damai, jalan Tun Razak. Awalannya sesatlah juga. Sebab masing-masing tak arif jalan sekitar Ampang ni kan. Mujurlah ada yang sudi membantu. Alhamdulillah, destinasi berjaya ditemui.

Sebelum berSPA. Bilik menunggu saja besh gini. Rasa macam lepak kat kampung-kampung je. Dengan hiasan ala Bali. Dengan aroma memikat hidung.

Baru memanaskan rentak posing.  Masih dalam mode terpinga-pinga sebab baru sampai. Masa ni kitorang tunggu staf Vila Manja sediakan bahan-bahan untuk proses treatment tu. Layan je la beberapa gambar lagi. Aku malas nak bagi keterangan lanjut. Takde idea. hahhaha

Sessi menjakunkan diri. Bila masing-masing dah agak terbiasa dengan tempat tu. Naiklah tocang bergaya sana sini suka hati macam itu rumah, kami yang punya! hohoho... Ya, perhatikan kat kaki aku. Memang ada kolam dalam rumah! Kita kena pijak batas-batas buatan macam jejantas nak ke ruang utama. Bawah tu ada ikan berenang sana sini dengan meriahnya. Memang besh!

Sessi rawatan SPA. Gambar ni K.Yantz yang ambil. Maka yang sedang berSPA tu aku ler. hohoho.... Banyak juga katil disediakan. Ada 7 staf di Vila Manja. Masing-masing berpengalaman dalam teknik SPA dan mengurut. Memang besh hasil kerja dorang ni. Tekniknya lembut je macam tak rasa apa. Tapi kesannya dapat dirasa. Memang hilang lenguh-lenguh di badan.

Kak Yantz bersama pengurus Vila Manja, Marion. Tak pasti nama sebenar. Tapi sebutannya lebih kurang begitulah. Ramah juga Miss Marion ni. Paling besh, beliau tak paksa pun kitorang jalani rawatan Spa kat situ lagi. Macam yang selalu dibuat pusat-pusat spa lain. Sebab tu kitorang sebenarnya agak cuak waktu nak balik tu. Yelah, manatau kena desak. Tapi Marion ni memang sporting. Siap nak  bagi diskaun lagi kalau kami datang kali kedua. Tapi kalau boleh, memang aku nak berspa di sini lagi. Sebab memang besh! Pakej pun murah juga. Rawatan pun selesa dan memuaskan hati.

Minta tolong Miss Marion ambilkan gambar ni.  Berikutnya aksi bergedik kami lagi ahahhaa...


Alamat Vila Manja:
Vila Manja
 Bungalow 41, Jalan Damai, 
Off Jalan Tun Razak, 55000 
Kuala Lumpur
0321615418

3 comments:

Wan Amira said...

rezeki jangan di tolak, keje tak keje, bile dapat pegi orang yang boleh manje2 kan jalannn saje :D

BIONIC WOMEN said...

wow wan..bestnya..walaupun bukan semua gmbar bleh view sebab bodben slow, tapi dapat tgk yg separuh tu pun sangat teruja.

nnti kalau wan menang spa utk berdua lak, wan offer ler eily..hahahaha
eily pun jakun x pernah berspa..

AyuArjuna BiGoshh said...

ayu pernah pegi sini sekali..mmg beshhh