Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Tuesday, April 26, 2011

Ke laut mood aku pergi....

Aku takde mood nak berborak lebih dari dua perenggan sekarang. Aku nak kongsikan entry bergambar, takde hati nak belek folder gambar dan edit saiz. Aku rasa jadual dah susun baikkkk punya. Tapi masa tu asyik tak mencukupi. Lagi telek, lagi banyak kena buat. Yang tambah merungsingkan, bila kawan-kawan opis asyik bebel... takde kerja nak buat... boring... blablabla.... 

Ehhhhhh....! (sambil mencekak pinggang, teleng lenggokkan kepala kiri kanan, dua tiga kali ~ senada dengan rentak perkataan tadi) Nakkkkk... je aku cakap. Takde benda nak buat, cari la sesuatu yang berfaedah yang boleh dibuat. Dari kulu kilir merepek bukan-bukan. Akuuuu juga yang pening!  Dah la tala memikir kerja yang tak siap-siap ni. Dengar keluh kesah orang pula. Haih... Tapi, tak sampai hati nak luahkan. Takde mood nak buka mulut pun, iya juga. 

Baiklah aku diam-diam, hadap kerja aku sampai siap. Ehhh....! Genap tiga perenggan. Yaaaaaay...! Ok la tu!

3 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

ada masa mmg kita tak de mood. bila dengar org dok mengadu-domba kat kita, kita jadi stress .hehe

AyuArjuna BiGoshh said...

dalamnya lautan itu wan...cepat2 berenang ke tepian :)

zahidah dihaz said...

semalam tak sempat nak bw sebab monday yang agak blues..hari ni pergi balas dendam, bw sampai lebam....hehehehe




New Entry: Start your day with