Nuffnang

Followers

Saturday, April 9, 2011

My Lady

Dah lama tak paparkan hasil lukisan tangan dalam blog ni. Memang dah lama skecth drawing ni, tapi takde masa pula nak scan masukkan dalam blog. Sekarang barulah berkesempatan. 
 
Memang aku suka lukisan vintage. Karektor gadis dengan gaya-gaya bangsawan inggeris dan sebagainya. Tapi keyakinan aku nak hasilkan dalam bentuk penuh dan banyak masih goyah. Lazimnya aku suka bermain dengan stroke. Uji gaya stroke yang sesuai untuk sesebuah lukisan. Kalau puas hati, barulah aku teruskan hasil lukisan seterusnya dengan stroke yang sama. 

Skecth ini sekadar rujukan untuk bina rekabentuk dolly baru nanti. Tapi masa sangat suntuk. Kesibukan dengan kerja. Sehinggakan masa nak design kerja-kerja commision pun asyiklah terbengkalai. Ada tak ada aku berhenti sementara sudahnya mana yang perlu diutamakan. Sampai masa senggang, aku akan mulakan semula aktiviti tersebut. Dan tentunya... jadual kerja aku berterabur sekarang ni. 

Harap-harap para pelangganku setia menunggu dan bersabar. Aku pun resah gelisah selagi kerja-kerja untuk kalian belum ditunaikan...

12 comments:

Wan_hazel said...

sama lah kak..wan pun bz skang..template n header org byk yg wan tak siapkan..malas pun ada gak..bila dah sibuk penat..nak wat pun dah tak de idea...

Mama JnJnJ@Sue@Anang said...

nice.. :-)

BabyIntan said...

Comei cute nya gambar yg wan skecth nie! Haish bestnya kalau ada bakat mcm wan nie :D

Adil said...

cantek :)guna pen hitam dkwat basah ke?

AcuRose said...

sungguh comel my lady ini..
teringat citer sound of music :)
yodelaehuuuu...

CaDLyNN said...

ini baru dikatakan berbakat :p
comel bangat :)

Wansteddy Tales said...

Wan Hazel ~ jujurnya itulah. Kesempatan yang kurang. Dalam kepala berkepuk benda nak buat tapi kebzan melanda asyik hold semua benda kan. Kita nk design2 ni idea yg penting. Sbb tu makan masa nak siapkan.

Wansteddy Tales said...

Mama JnJ ~ trimas ^^

Wansteddy Tales said...

Baby Intan ~ ikut mood nak drawing tgn skrg ni Intan. Kalau saja2 sketch kadang tu drawing asik hilang sbb tak dibukukan hahah

Wansteddy Tales said...

Adil ~ ye Adil. biasa akak guna Uni Pin sbb pen ni bnyk pilihan saiz pen :)

Wansteddy Tales said...

AcuRose ~ hahaha... Wan dok pk watak ni dgn kambeng biri2nya tapi malas nk lukis perabis ---> malas betul hahah

Wansteddy Tales said...

Cadlynn ~ belum siap sepenuhnya Lynn. ada masa wan upgrade ke stroke digital pula :)