Nuffnang

Followers

Tuesday, April 5, 2011

Rio

Dalam minggu lepas terima email dari pihak Yes World. Alhamdulillah berjaya memenangi 2 pas masuk tayangan perdana Rio. Kisah spesis burung yang hampir pupus dan tak reti terbang ni. Damia awal-awal tengok teaser movie ni dah happy. Mummynya terlebih lagi! hohoho.... Mengantoikan diriku :P Maka  berjogetlah dua beranak ini sebab aku menang contest anjuran Yes World!
 
Selalunya admin kalau dah email, pandai-pandai pemenanglah nak pergi cari tempat sendiri. Tapi tidak dengan Yes World. Wakil Yes World siap hubungi aku lagi nak mengesahkan aku dah selamat terima email dari dorang tak. Aku punyalah rasa terharu ---> spesis mudah terharu hohoho....

Bagaimanapun, harini setelah aku semak jadual diberi. Rupanya tarikh tayangan pada 5hb yakni pada jam 9 malam ini! Silakanlah panik. Aku dah termengeluh sekejap. Aku langsung tak prepare apa-apa baju jalan Damia. Beg pun bersepah kat rumah. Takkan nak suruh Damia pakai baju tido je  tengok wayang kan. Lagipun aku kenangkan rumah bersepah. Baju barang-barang belum siap packing, sebab nak balik kampung dalam minggu ni. 

Dan tanpa disangka. Rezeki lain yang masuk kerana Rio. Alhamdulillah... Nampaknya terpaksalah batalkan niat nak ke 1Utama malam ni. Kalau ada yang nak redeem atas nama aku. Okey je. Ada dua tiket atas nama aku. Enjoy ye! Ini maklumat lanjut pasal tayangan perdana Rio malam ni:

Date: 5 April 2011, Tues
Time: 9.00 pm
Venue: GSC, 1Utama

5 comments:

Mama Zharfan said...

me mesti tgk citer ni--sbb me minat semua citer ice age tu :)

Wan Amira said...

waaa.. menarik tu!! tapi dah lambat, hari ni 5 kan..

AishaAminudin said...

tahniah wan..suka gak citer animasi..nk pegi tgok kene amik cuti dulu..hehe..bz la skrg

Nia said...

ada tengok trailer dia,..hehe..mcm comel jek..

CaDLyNN said...

kalo midvalley boleh lin tlg redeemkan :p