Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Sunday, May 22, 2011

Hola Hop Damia

Masa kecik-kecik dulu aku bermain hola hop dengan muka takde perasaan dan mampu berputar lebih 6 kali dengan mudah. Harini, dengan menggunakan hola hop baru milik Damia, aku dengan pasrahnya mencuba eksersais cara lama medium baru. Hola hop bersaiz standart berwarna oren.

Hola Hoop
 Google. Gambar sebenar malas nak ambik dan upload :P

Belum pun masuk putaran kedua, benda alah gegelung tu dah give up dengan aku. Awal-awal melurut ke bawah. Ciz! Nampak sangat stamina aku dah hilang momentumnya. Tergamak tak nak pusing beronda-ronda keliling pinggang haku. Dengan selamatnya aku biarkan je atas lantai. Takde pekdah nak main dengan kao lagi, HUH! sambil memandang sinis pada gegelung itu.

Datang mek kecik Damia, sambung gantikan aku bermain hola hop. Dia paksa ayahnya yang tolong putarkan. Ada ka patut... Teknik baru, tapi main tipu! hahhahaha.... Boleh dipraktikkan kalau cubaan aku yang berikutnya tak berjaya juga.

Tak pasti ayah Damia akur belikan gegelung tu untuk siapa. Untuk anak diakah, atau bininya inikah... Kalau ditujukan pada haku... aku dengan bahasa dalamannya (cakap dalam hati) bercakap begini. "Ai... bang! Dah takde taktik baru ke u nak perli ai, perut bini u dah boncit?" huhuhu.... 

Sedar diri... bukan tak sedar.... Spesis suka biakkan lemak, malas bersenamlah pulak.... Diet, lapar... diet, lapar....  bersenam, malas.... bersenam, malas.... Kalau dah gitu zikirnya hari-hari... Memang misi nak kurus, tak menjadi-jadi!

4 comments:

Nur-nba said...

Memang tak pernah pandai main benda alah ni.. hehe

Eejay said...

cute post! suke jgk main hoola hoop dulu....i rekemen u try pakai Premium Beautiful..instantly ade pinggang...n komperm hoola hoop tak cepat jatuh.. ;)
Pakaian Perampingan Terbaik!

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

samalah kita.. eh tapi blh jugak beli ne.. hujung minggu je main dgnamana kat beranda..

Mama Zharfan said...

nak gak :) me suka main benda ni :)