Sekitar minggu lepas ibu mertuaku melawat dari Sandakan, Sabah. Tak dapat bercuti lama, seminggu saja di Kuala Lumpur. Mak abah bila tahu besan dorang datang KL, segera ajak balik kampung. Sebab memang jarang-jarang dapat berjumpa. Al maklum tinggal berjauhan. Tapi disebabkan aku kerja, hubby pun tak berapa sihat. Inak (gelaran ibu pada mak mertuaku) teringin melawat sanak saudara yang tinggal di Kuala Lumpur. Maka hajat tak kesampaian. Insya'allah di lain waktu bila inak berkunjung ke KL lagi, kitorang akan plan cuti betul-betul. Bawa inak balik kampung. Enjoy makan durian! Wohooo...
Sempat bawa inak dan abang Amin (ipar) ke iCity Shah Alam. Inilah pertama kali berkunjung ke sini. Aku memang jarang meyinggah ke Shah Alam. Kecuali kalau ada urusan atau nak singgah ke mana-mana majlis di Shah Alam. Kalau saja-saja memang tak datang. Tapi dek kerana inak dah terbiasa dengan Shah Alam. Dulu hubby belajar di UiTM Shah Alam. Pernahlah inak dan keluarga melawat hubby zaman belajar di sana. Untuk menghiburkan inak, hubby bawa berjalan ke iCity.
Tempat pertama yang dilawati Damia, taman tema mini kat sebelah SnowWalk. Ada kereta api mainan. Sementara tunggu mummy dan ayah bergilir solat. Kat sini lah Cik Damia melepak. Satu kelemahan ketara yang aku tengok. iCity ni ruangnya besar. Bangunan pun banyak. Tapi ruang solat sempit dan tak selesa langsung. Surau perempuan kecil sangat macam ruang stor saja. Panas berbahang takde kipas pula. Bukan nak komplen sebarang. Tapi tempat yang luas dan baru begini, patutnya sediakan kemudahan yang lebih bagus. Lebih-lebih lagi keselesaan muslim nak tunaikan solat. Harap-harap pihak pengurusan dorang akan ambil tindakan sediakan tapak yang lebih selesa lepas ni.
Aku suka masuk dalam SnoWalk. Tak masuk dalam pun. Kat lobi saja sebab nak pekena aircond. Snowman pun dikenakan lampu berwarna warni. Mula-mula Damia cuak juga tengok snowman ni.
Yang paling aku suka tentunya kereta kuda berhias ni. Ala-ala Cinderella punya kereta kuda. Hiasan dah lawa, tapi hiasan dalaman kurang menyerlah. Kalau diperelokkan lagi tentu lebih menarik tempat ni. Nak ambil gambar pun lebih besh. Perhiasan dah okey. Cuna kemasan interior ruang menunggu ni je tak menarik.
Inak di depan SnoWalk. Mungkin hari minggu tempat ni akan lebih sesak dengan pengunjung. Siap ada mini zoo. Tapi kitorang tak masuk tengok sebab nak ke tempat lain pula. Sekadar berlegar di kawasan pokok berlampu saja.
Hubby tak sihat masa ni. Tapi bawa juga famili berjalan. Suka berjalan dengan pancaran cahaya di sana sini. Pokok-pokok tiruan ni semuanya berhiaskan lampu berwarna-warni. Kalau tengok dari jauh memang cantik.
Lepas penat berjalan, lepak kat restoren kat apa ya, tak ingat nak restoren tu. Damia puas santap nasi dan roti canai dengan jayanya. Lepas tu kitorang lawat famili kat Shah Alam pula. Takde gambar yang sesuai nak kongsikan kat sini. Nanti ada lagi gambar, aku share kisah lain sempena lawatan inak ke Kuala Lumpur.
2 comments:
rumah tak jauh je dari i-city...
aida masih lom dpt ke i-city meskipun perasaan tu membuah-buak nak gi. takde time!!!! best nyer tgk lampu lampu neon tu. sure nurin & syuhada excited giler kalu sampai situ...
Post a Comment