Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Thursday, May 12, 2011

Perjalanan ke Kota Bharu, Kelantan

Dalam perjalanan ke Kota Bharu, Kelantan. Seingat aku, pertama dan terakhir aku jejakkan kaki ke negeri Cik Siti Wan Kembang ketika masih bersekolah rendah. Ingat lagi jauhnya jarak perjalanan. Sudahlah waktu dulu-dulu jalan jenis bersimpang siur. Sudahnya aku fobia nak ke Kelantan lagi hahah...

Aku memang jenis tak tahan travel jauh. Mudah pening nak-nak kalau duduk seat belakang. Tersengguk-sengguk, mula la rasa nak pening ni.

Baru melepasi Karak, aku dah terbayang wajah anak. Gerak tadi pun tak sempat salam hubby. Walaupun opis sebelah cawangan je. Kejar masa sebab kawan lain semua dah tunggu di kenderaan jabatan.

Doakan perjalanan kami selamat tiba ke destinasi dan selamat kembali ke Kuala Lumpur. Sambung cerita lagi kala boring nanti hehe...

1 comment:

Mama Zharfan said...

negeri me tu...selamat pergi & selamat kembali yer wan