Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Friday, June 3, 2011

Busy Wansteddy

Owh... baik sungguh aku harini. Penuh kesopanan tak pergi mana-mana.  Duduk je setempat. Makan setempat. Sempat menguap gaya abang gorilla barang sedas dua. Tapi.... bunyi ketukan keyboard dan mouse mencicit macam generator. Aku cuba sebolehnya siapkan projek kerja aku tu harini. Dan hasilnya..... 4 drawing dalam 1 hari! Perghhhhh..... gegel tangan haku! 
 
Ini hasilnya jika tidak melepak layari internet ye Puan Wan..... Tidak curi-curi download  lagu dan  baca online manga.  Tidak sibuk mencari link-link contest terkini. Tidak buang masa ke tandas seminit lebih lama. Owh, harini aku langsung tak pergi toilet. Baru rasa nak pergi buang air, ketika menaip ni hohoho... Teruk betul!

Sesudah siap. Barulah aku nak menulis dengan penuh kebahagiaan dalam blog ini. Kepala rasa lebih ringan. Kalau kena oter mana-mana tak rasa risau sangat. Janji base drawing dah ada. Sekarang aku pikir.... aku nak tidur malam dengan lebih awal. Tapi... besok hari sabtu. Biasanya aku biasa berjaga malam siapkan order customer hari weekend. Owh ya... lepas ni aku kena mulakan semula kerja-kerja yang tertangguh itu. Kesian yang dah tunggu lama.... Korang jangan marah aku yeh... Kan aku dah bilang. Aku staf gomen. Kerja didahulukan, duit diutamakan.

Baiklah! Berusahalah! Mesti boleh siap pada kadar yang pantas! Caiyo... caiyo!  Tempahan design dan borang contest menantiku.... hohoho....

3 comments:

Mama Zharfan said...

good job hehehhe :)

CatlinaFly said...

samalah kite wan..;) take care ye..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam wan...makasih la dlm sbk2 wan sempat ziarah blog k.atie!take care dear...