Nuffnang

Followers

Thursday, June 2, 2011

Misteri aku bermuka ketat...

Baru-baru ni bila aku perhatikan muka sendiri dalam cermin atas meja kerja. Automatik aku terbayangkan kartun aku dengan ekspresi begini....

Itu belum detail. Nak lebih perinci patutnya aku tambah tombok bintik hitam kat pipi dan atas hidung. Belum lagi kesan kening serabut sebab tak dirapikan. Hakak takde make up artis nak tolong tacap2 muka okey... Belum lagi tambah efek rambut bersepah semulajadi aku ni. Suka bersyampu, tak suka bersikat. Belum lagi taruk faktor penting, gigi berlapis aku ni. Efek gigi kuning pun  agak dramatik juga. Tapi tak nak la sampai nampak huduh benar kan... Kalau taruk semua elemen tu maka lengkaplah imej aku sebagai kartun. Masalahnya aku sedang beri tumpuan pada kerja aku dulu. Makanya butir-butir halus tu bakal dikembangkan kendian......... Kalau rajin. 

Aku agak berbulu tengok borang contest sekarang ni. Bukan sebab aku dah pandang enteng bab contest-contest ni. Tapi sebab aku takde masa nak handle hobi itu. 3 minggu. Lama tak lama sangatlah. Banyak tu contest aku terpaksa skip. Yang dah ada resit dan siap isi form pun dah ada.  Lupa nak pos. Cis! Bagi kaki  comper yang dah biasa join contest, faham benar kot perasaan dan hati kecil aku ini. Resah gelisah segala perasaan. Tapi tak mengapa. Aku tak kisah... Yang dulu, perlu didahulukan. Kata aku  memujuk diri, setiap kali perasaan gusar itu bertandang. 

Salah satu sebab bibir dan rahang dagu aku kian condong ke bawah sebab stress pelbagai faktor. Aku tak salahkan urusan kerja. Kerana ia periuk nasi. Aku tak sesekali kesalkan lepas duedate contest segala,  kerana itu suratan Tuhan bab-bab rezeki. Dan aku dah takde perasaan kecewa, bila kawan-kawan dah tak nak kawan dengan aku. Itu semua mainan perasaan semata. Sampaikan bila tersenyum, aku tak pasti aku tengah senyum ke tidak. Nak-nak time orang senyum kat aku dulu,  pastu aku balas senyuman dorang dengan muka kosong. Entah-entah dorang pikir... "Minah  komando mana la sesat kat opis ni..." Serius je muka.... Habis ketat urat saraf. Keh keh keh.... Mungkin muka aku serius, sebenarnya aku tengah senyum tu. Faham-fahamkanlah korang.....

Walaupun aku menaip kehkehkeh... hahhahaha... hohoho... bibir aku masih tertarik ke bawah. Mata kendur, kening berkerut. Muka orang takde perasaan tengah gelak. Ton suara gelak pun mendatar je... Cuba korang praktikkan... Macam tu la situasi aku sekarang.

Terkini aku dapat tahu fakta akan sesuatu. Yang agak menyentuh hati aku yang cepat sensitif ini. Ye... hakak cepat terasa, sensitif dan kuat merajuk. Mengaku je la haku.... Perkara itu buatkan aku berfikir sejenak... Hidup ini memang tak dapat puaskan hati semua pihak. Maka terimalah seadanya keadaan diri kita. Redha. 

4 comments:

Wan_hazel said...

heheh..comel je entri akak nie..walaupun akak menulis dalam keadaan yg tension...rezeki Tuhan bagi kak..tak pe sesekali melepas kontes..ehehe..


Manusia kak..semua tak kan rasa puas dgn apa yg ada..macam mane pun kita nak puaskan hati orang tu..org tu tetap tak kan puas..Dan akhernya kita Redha ..dalam pada kita Redha tu pun hati kita nie asyik asyik je melenting fikirkan apa yang salah dan apa yang perlu kita lakukan untuk senangkan hati semua pihak..dan kadang kadang kita buntu..Entah anasir apa yang menyelubungi fikiran kita hinggakan tanpa sedar kita dimonopoli perasaan amarah..


Wan doakan semua berjalan lancar kak..Smile k

Wansteddy Tales said...

Wan Hazel ~ TQ Wan. akak pn harap semuanya berjln lancar. Walaupn agak penat fizikal mental. Tapi kesannya rasa manis gak. pengalaman itu walau pahit, ada manisnya :)

hakak tak boleh strict menulis dlm keadaan tension. biar entry tu nampak santai sikit supaya tak nampak emosi sngt. Gasaklah merapu gaban pn asalkan terbit juga yang tersirat tu. lagipn dah lama xmanjakan diri design suka2. besh gak sesekali lukis muka sndiri hahahha...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

senyum wan.. jangan banyak fikir.. kekadang kita tak kacau org..org lak kacau kita.. ila pulak mmg jenis senyum manjang + mals nak pk banyak sbb dalam kepala dah beratur nak buat apaa..kat umah pun dah beratur nak buat apa... ada beberapa staff dr depatment lain cakap "mesti org semua senang keja dgn ila sbb ila senyum je" haha.. lum tgok ila meroyan!! pontianak pun takut masa tue semua kena bambu!! sebab tue janganla buat ila ngamok.. buat keja masing2 elok2 tapi bila korang buat keja tak betul menyebabkan ila pulak yg kena.. siap korang ye..manusia tukar jadi pontianak di siang hari...

senyum ye wan.. bila stress ingat anak2 ..insya allah kita akan rasa lega & happy + semangat tue datang membuak2...

Wansteddy Tales said...

Senyum.... expresi senyum wan terlalu abstrak Ila. kadagn tu muka tgk senyum dorg ingt wan tgh wat muka bengkek. ahhahah... dah lama tak menulis camni. Biasa tu tulis entry contest je. jemu jugak sebab xdapat luahkan bebelan peribadi. Tapi nak tak nak kena tunggu masa sesuai nak menulis bagai nak rak macam ni. Sekali sekala lepaskan idea terperam dalam kepala besh gak. Trimas Ila, kdg2 bila bnyk sngt faktor dok pk ni. lupa benda2 manis. Tapi bila tarikh napas panjang2 hela sepuas hati. Rehatkan kepala dari berfikir. Barulah jiwa rasa tenang. Ingat balik dugaan2 kecil camni xperlu lekat di hati. Rilex2 je... hehe...