Nuffnang

Monday, June 6, 2011

My fav Shoulin Soccer scene!

Ingat tak filem Shoulin Soccer lakonan hebat Stephen Chow? Aku rasa dalam banyak-banyak filem beliau, filem inilah yang paling kekal dalam ingatan aku. Dan aku rasa, inilah filem Hong Kong terbaik! Aku tak nak cerita panjang lebar. Bagi sesiapa yang belum tonton, lebih baik beli DVD dan layan sendiri. Memang tak kan rugi sebab bikin pecah perut dari mula sampai akhir! Walaupun teknik CGI tak setanding filem bajet besar yang lain. Tapi jalan cerita yang mantap, lakonan hebat kesemua pelakonnya memang meng'gah'kan filem ni. Beshhhh.... superb besh!

Dalam banyak-banyak scene kegemaran aku dan sukar dilupakan. Scene ketika Mui lakonan Vicky Zhou nak buat makeover kat salon mak nyah. Tak tahan aku tengok mak andam yang sakan korek-korek hidung, pastu selambaland je sapu taik hidung tu kat baju Mui! hahhaha.... Bergolek aku kenang-kenangkan scene tu. Sebab apa tau? Sampai sekarang... Kalau aku nak mengusik kakak aku, aku buat adegan yang sama. Dialog pun sama. Walaupun tak korek hidung betul-betul macam dalam citer Shoulin Soccer tu. Cukup dah buat kakak aku geli lagi gelabah. Siap boleh bikin perang dua beradik tu! Wakakakka.... 

Dah lama aku nak bikin komik strip adegan tu. Tapi masa yang terhad. Takde mood dan takde idea nak create kartunnya, buatkan impian tu terbatas. Tapi harini, dengan gigihnya aku siapkan juga kartun adegan yang sama. Supaya korang boleh imagine sikit jalan citer. Jom tengok!

Ye.... mak andam tu guna 3 dialog je. Tapi cukup berkesan di hati! Kartun ini aku dedikasikan pada kakak aku yang dikasihi. Dengan ucapan.... "Esok aku balik kampung, aku nak praktikkan lagi adegan ini! Wahahahhaa...."

8 comments:

CaDLyNN said...

haha..sakan wan menyakat kakak wan ye..sian die

Wansteddy Tales said...

Cadlynn ~ sekali sekala buli kakak! kui3

AcuRose said...

hehe... kelakar la, jenuh la dpt adik kuat menyakat camni, tpi acu pun ske gak nyakat kakak acu..huhu

tpi citer tu mmg kelakar abes la, mmg tak jemu tgk balik.. :)

Wansteddy Tales said...

AcuRose ~ baru je bergaduh' dgn kakak dlm phone tadi. hohoho... kitrg mmg camni acu. lawak kadang tu ganas2 tp dua2 dah paham hati budi. xde la nk jd kes majuk2 sebulan dua kakakaa

Wan_hazel said...

hahaha..lucu lucu..law wna ..wan tak leh lupa scene yang stephen tu men bola lepas tu tetiba lak jadi perang..ahahha.memang lucu gila..camne lah tetiba lak ade bom n senapang...memang otak kretif kan wat movie nie

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam wan..K.atie pon suker citer tue mmg xjemu tgk!kelakar betuiii kan?

P/s:k.atie nak minta tolong vote blh.?..TQ

Wansteddy Tales said...

Wan_hazel ~ besh kan citer ni. bnyk scene dia betul2 lekat kat kepala. citer yg berjaya, boleh buatkan kita penontonnya ingt sampai ble2 walopn dah lama tayang kekeke

Wansteddy Tales said...

♥♥azatiesayang ♥♥ ~cerita yg xblh dilupakan hehehe... boleh je k.atie. nk kena jengah blog k.atie ya? otw :D