Nuffnang

Followers

Sunday, June 12, 2011

X-Men sememangnya First Class!!!

Semalam kami menonton filem X-Men First Class kat GSC, Berjaya Times Square. Kesimpulan yang dapat aku berikan untuk filem X-Men kali ni.... Sila baca tajuk. Dah maklumkan pun, memang terbaik! Filem ni terangkan segalanya kemusykilan kita kenapa Profesor X dan Magneto dari berkawan jadi lawan. Dan macam mana sekolah X-Men mula terbentuk. 

Penjahat dalam filem ni. Sebastian Shaw lakonan Kevin Bacon dan Emma Frost lakonan January Jones.



Profesor X lakonan James McAvoy ketika muda sebelum botak. Dalam filem ni ceritakan macam mana Profesor X boleh lumpuh di akhir cerita. Spoiler, akibat peluru yang ditangkis Magneto.
Raven aka Mistique berkenalan dengan Hank McCoy aka Beast. Beast ni genius yang cipta banyak gadget untuk X-Men.  Spoiler: Beast cuba hasilkan ubat yang dapat berikan rupa manusia sepenuhnya buat dia dan Mistique. Tapi ubat tu beri kesan sebaliknya dengan tingkatkan pula sel-sel mutan dalam diri dia.

X-Men dapat pengkalan sulit. Rumah keluarga Charles Xavier yang lengkap dengan kubu dan pusat pertahanan sulit.

Mistique masa muda belum berani nak gunakan tubuh badan asal (biru bersisik). Jadi dia gunakan tubuh remaja perempuan biasa walaupun sebenarnya dia memang tak suka sembunyikan status dirinya sebagai mutan.
Lucas Till sebagai Alex Summers aka Havok. Mutan yang ada kuasa laser. Rela hati masuk penjara sebab takutkan kuasa sendiri sebelum diajak Charles Xavier dan Erik Lehnsherr join X-Men.

Magneto ambil helmet (yang pada aku buruk haha) dari Shaw. Helmet ni mampu lindungi pemikiran pemakainya dari dibaca oleh telepati cam Profesor X dan Emma Frost. Helmet ni Sebastian Shaw order khas dari pihak Russia.

Campur masuk kesan khas dan lakonan mantap semua pelakon. Harus aku katakan kat sini. X-Men First Class memang superb! Rugi kalau tak tonton...

6 comments:

Mama Zharfan said...

sounds interesting ni :)

Nurfazilah Cipa said...

btol2..cipa pon da tgk da:) mmg first clss:)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

wan.. ila menang xmen cosmo tempat ketiga anti dah amik hadiah ila update hehe

Wansteddy Tales said...

mama zharfan ~ mmg beshh :D

Wansteddy Tales said...

Nurfazilah Cipa ~ besh kan Cipa. berbaloi tonton walaupn waktu malam buta haha

Wansteddy Tales said...

Baby ~ Alhamdulillah... Tahniah Ila! Wan dpt gak hadiah contest Xmen tu. dpt nombor 2 :D