Nuffnang

Followers

Tuesday, July 19, 2011

Kehilangan

Perasaan itu hanya Tuhan yang tahu. Sebahagian besar dalam diri terasa hilang. Tunggak segala hubungan yang pergi, ibarat membawa sekali hati kami pergi. Inilah rasa kehilangan yang nyata.

Bangkit dari tidur, rasa macam arwah nenek masih hidup. Kat kampung, dek terpandang katil nenek selalu tidur, sofa yang nenek selalu duduk, ruang-ruang dalam rumah yang dulu terasa penuh. Harini rasa kosong. Walaupun masih terasa kelibat nenek duduk dengan gaya biasanya. Itu hanyalah bayangan kerinduan. Dan ada ketikanya aku berharap ia bukan sekadar bayangan. Rasa nak je panggil nama penuh nenek macam selalu, dan tengok reaksi spontan nenek yang tersipu-sipu dari lamunannya...

Topik yang dibualkan sepanjang di kampung sama saja. Kisah nenek. Tentunya rasa hiba masih kuat terasa. Bak kata mak, kalau nenek merajuk, bolehlah lagi pujuk-pujuk ajak balik... Sekarang dah pergi, takkan boleh kembali.P

Bersemadilah dengan aman nendaku tercinta. 82 tahun usianya... Al fatihah untukmu Wan Fatimah Wan Ngah...

7 comments:

Salina@IbuAqil said...

Al-fatihah buat arwah..

Pija Madzlan said...

Innalillah... semoga yang tinggal juga sentiasa beringat bahawa satu hari nanti kita akan menyusul ke sana....

Wan_hazel said...

Al fatihah buat arwah nenek..yang dtg akan pergi jua kak...

rusna wana said...

AL-Fatihah utk arwah nenek wan - smoga dia ditempatkan dlm golongan orang2 yg dirahmatiNya..

Kehilangan itu adalah satu kesedihan -

kakyongnida said...

Al-fatihah. kite pon dah takde nenek

eim said...

Al-fatihah buat arwah..

yantz-yeem said...

al-fatihah....tergiang2 aksi ko bercerita pasal nenek ko tu...smuga rohnya bersemadi ngan aman ...