Nuffnang

Followers

Saturday, July 30, 2011

Makan angin di Ipoh

Kalau saja-saja mustahil aku nak sewa hotel kat sini. Sebabkan ada agendalah baru ada kesempatan dan keinginan nak lepakian di Ipoh. Lepas balik kerja tadi, terus hala ke Perak. Itu pun dah masuk jam 6 petang. Memanglah rasa sedikit ralat, sebab kalau turun awal sikit, boleh lepak lama-lama kat pelbagai tempat kat Bandar Ipoh ni. Ini dah melewati jam 12 malam barulah tiba di hotel Syuen. Itu pun selepas berpusing beberapa kali gara-gara kelembaban GPS yang menjengkelkan. Tapi okeylah, sampai juga. Alhamdulillah...
Teruja aku dan Damia bila check in Hotel Syuen, Ipoh. Aku sangkakan hotel biasa-biasa saja. Tapi selayaknya macam hotel 5star! Macam-macam kemudahan ada. Ruang bilik dan  interior design  pun besh juga. Berialah dua beranak ini berjoget sakan posing sana sini. Sekali lagi ralatnya, kamera aku tak cukup bateri. Kabel kamera tertinggal kat rumah! Memang tak patut... Grrr... Harapkan kamera iPhone je la huhu...

Gambar-gambar baru sampai kat hotel. Beria Cik Damia tak tidur lagi tika ini merayap keliling bilik. Orang tu dah cukup rehat, tidur lama dalam perjalanan. Aku dalam misi nak meng'iron baju dan rehat. Besok nak ke majlis tersebut.

Ada beberapa nama familiar. Tapi takut takut silap orang. Justeru rasa tak patut nak maklumkan kat sini. Dan ya, ini hadiah anjuran Fomca. Nantikan dalam masa terdekat, aku update cerita sekitar majlis pula. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar :)

6 comments:

Wan_hazel said...

best nye bercuti..ehehhe...cuti2 lah gak kan kan...semoga semua berjalan lancar kakk

Salina@IbuAqil said...

Selamat datang ke Ipoh wan.. ;)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

cantikla hotel ne.. bape rm semalam?

Wansteddy Tales said...

wan hazel ~ cuti2 bersebab ni Wan. 3in1 projek hahaha... tQ Wan :D

Wansteddy Tales said...

Salina ~ Sempatlah lepak Ipoh Parade yang bertahun sudah tak pergi tu Ina, hahhaha

Wansteddy Tales said...

Baby ~ Tah la Ila, FOMCA yang bagi bilik free ni, kira hadiah pnginapan gak ni :D